Khamis, 11 Ogos 2016

Rumah Idaman : Porch Tangga Siap

Alhamdulillah…

Semalam sempat lagi AM balik melawat Rumah Idaman AM dalam proses pembinaan peringkat akhir. Kesemua pembinaan utama telah siap sepenuhnya. Hanya yang tinggal adalah kerja-kerja mencantikkan sahaja lagi.

Tukang rumah juga telah maklumkan kepada AM bahawa porch tangga telah siap. Artikel mengenai Porch Tangga. Hanya siling sahaja lagi belum dibuat kerana bahan untuk membina siling AM belum beli lagi.

Isnin yang lepas tukang rumah hubungi AM memaklumkan atap genting yang lebihan rumah ayah AM tak cukup pula. Beli warna yang sama dengan kos RM 306 kesemuanya. Selasa sampai dan semalam tukang telah memasang kesemuanya.

Kebetulan pula getah untuk atap AM sebelum ini masih ada dan tukang hanya menggunakan getah yang lebih untuk menutup bahagian atas atap genting bagi mengelakkan kebocoran. Begitu juga dengan bahagian dinding layar. Mungkin gambar di bawah boleh menjelaskan keadaan getah yang AM maksudkan.


Rumah Idaman : Porch Tangga Siap

Rumah Idaman : Porch Tangga Siap


Semalam juga AM telah menyiapkan kerja-kerja mengecat ruang keluarga yang sebelum ini AM kongsikan. Cat Colour Ruang Keluarga.

Rumah Idaman : Porch Tangga Siap

Rumah Idaman : Porch Tangga Siap


Kerja-kerja ini AM lakukan selepas waktu kerja AM sebagai Juruteknik Komputer di Sekolah di Kota Bharu. Hanya sorang-sorang sahaja lakukan kerja ini dengan tenang dan berhati-hati.

Perancangan untuk hari ini pula adalah menyiapkan kerja-kerja mengecat siling kapur yang tukang rumah baiki tempoh hari sebelum AM memulakan kerja mengecat dinding bilik tidur pula hujung minggu ini.


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua dalam membina Rumah Idaman sendiri nanti.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

3 comments

Besarnya rumah Am. AM design sendiri ke?

perrgghh...laju blog ni loading... terbaik ni...
tahniah untuk bro..

tahniah juga untuk cat baru tangga rumah.. rumah lain bila pulak lagi? hehehe..

Mana ada besar.. Biasa2 sahaja..keluasan hanya 1170 kaki persegi sahaja..

Nampak besar sebab ada 1 bilik dan 1 bilik air yang di pindahkan ke tempat lain..Ruang keluarga menjadi besar la..

Design ayah AM yang buat dan AM ubah pula pada rumah..Jika info nak ubah confrm tak lepas dari ayah AM..hhuhuhu


EmoticonEmoticon