Selasa, 30 Ogos 2016

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Alhamdulillah..

Semalam AM kongsikan proses kerja pemasangan tiles untuk kabinet Rumah Idaman AM yang cukup memenatkan tukang tiles untuk menyiapkan asas kerja.

Semalam juga siap sudah kabinet dapur sebelah atas sahaja dan kerja-kerja pemasangan tiles untuk kabinet dapur bersambung pada sebelah malam pula.

Semasa AM melakukan kerja mengecat frame pintu bilik dan frame pintu dapur, tukang tiles sampai untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan kabinet dapur Rumah Idaman AM.


Seperti mana yang AM kongsikan dalam artikel sebelum ini, harga bagi pemasangan tiles kabinet dapur ini adalah RM36/kaki persegi dan harga tiles pula adalah RM28/keping yang bersaiz 2kaki x 2kaki. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Semalam punya cerita selesai susun dan pasang tiles sebelah atas kabinet dapur Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Tukang menyiapkan pemasangan sketting kabinet dapur, kerja yang amat teliti kerana bahagian tepi sebelah atas telah dimesin oleh kilang lagi. harga yang sedikit mahal tetapi memudahkan kerja tukang tiles kerana tidak perlu mesin lagi bahagian tepi nanti. 


Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Tukang tiles telah menyiapkan pemasangan sketting pada bahagian tepi kabinet dapur Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur




Pita pelekat digunakan untuk memegang tiles yang baru dipasangkan. Sementara menunggu simen menjadi keras dan mengelakkan tiles bergerak atau jatuh ke bawah. Setelah yakin simen sedikit kering, tukang menanggalkanpita pelekat dan mencuci lebihan simen pada tiles yang dipasang tadi. 

Tukang masih lagi berkira-kira untuk memasang lebihan tiles yang ada pada sebelah bawah kabinet pula. Kerja-kerja ini mungkin akan bersambung pada malam seterusnya. 

Pada awalnya AM merancang untuk menggunakan lebihan tiles yang ada untuk membuat tempat memotong daging dan sayur. Nanti nak memotong apa2 boleh digunakan sama dengan kabinet TETAPI tukang tiles mencadangkan untuk memasang lebihan tiles pada sebelah bawah kabinet pula untuk memberi gambaran tiles dipasang sepenuhnya.

Ok juga cadangan tukang tiles, AM terus setuju kerana harga pemasangan masih lagi sama..hihihi

Semoga perkongsian ini mampu memberi ilham kepada sahabat AM semua untuk membina Rumah Idaman dan juga memilih tukang yang terbaik.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

sikit lagi je tu..esok2 siap lah tu..

Insyallah...Slow-slow kayuh nie


EmoticonEmoticon