Jumaat, 2 September 2016

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur

Alhamdulillah…

Khamis yang yang cukup mengembirakan dan juga paling memenatkan. Ini kerana AM bermula dengan kerja hakiki AM sebagai Juruteknik Komputer di sebuah sekolah di Kota Bharu.

Selepas waktu bekerja terus pulang ke Rumah Idaman yang masih dalam proses pembinaan. Kebetulan pula isteri AM juga bercuti pada hari yang sama. AM dan isteri mengambil peluang untuk melakukan kerja-kerja mengecat pintu utama, pintu bilik tidur dan juga pintu dapur.

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur


Pintu-pintu ini AM telah menempah semasa kerja pemasangan tiles bermula yang AM pernah kongsikan sebelum ini. Tempahan dibuat sedikit lewat kerana menunggu kerja-kerja render lantai dan juga pemasangan tiles perlu dilakukan dahulu sebelum ukuran pintu diambil bagi mengelak sebarang masalah pada pintu nanti.

Tempahan ini dibuat melalui seorang guru di sekolah AM yang mencadangkan untuk menempah dengan kenalannya. Harga memang murah sangat-sangat. Harga bagi pintu utama adalah RM960 sahaja. Kayu yang digunakan adalah seraya kitam. Kesemua pintu bilik dan dapur menggunakan kayu yang sama.

Hampir 2 minggu sudah pintu-pintu ini sampai di Rumah Idaman AM, pada hari Khamis baru dapat menguruskan kesemua pintu ini. Dengan ruang tamu dan ruang keluarga masih kosong, AM meletakkan kesemua pintu-pintu ini untuk dicat menggunakan cat dari Jotun iaitu Gardex Primer. Cat ini AM beli semasa AM memilih cat Rumah Idaman AM yang lepas.

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur



Cat ini adalah cat alas bagi memberi perlindungan kepada kayu daripada keadaan cuaca yang sentiasa lembap dan panas sepanjang tahun. Hanya selapis sahaja menggunakan cat ini untuk kesemua pintu dan frame pintu yang menggunakan kayu. 

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur

Petang ini dibantu oleh isteri tercinta untuk kerja-kerja mengecat pintu utama, pintu bilik dan juga pintu dapur. Alhamdulillah.. 

Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur

Kerja-kerja mengecat masih bersambung pada sebelah malam pula untuk menyiapka kesemua 6 daun pintu. Dibawah adalah hasil daripada kerja mengecat pada sebelah petang punya. 
Rumah Idaman : Cat Alas Pintu Utama, Pintu Bilik, Pintu Dapur

Alhamdulillah.. dapat disiapkan kesemua 6 daun pintu untuk cat alas menggunakan Gardex Primer dari Jotun.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

AM... ada no fon supplier pintu ker.
Harap boleh email di zul_2716@yahoo.com
Tq.

Insyallah akan di emailkan..
Jika baca disini kembali..
0199399377 atau 0179256071 - Zehan


EmoticonEmoticon