Sabtu, 3 September 2016

Rumah Idaman : Kerja Mempelas Pintu

Alhamdulillah..

Sepanjang hujung minggu AM hanya fokus kepada kerja-kerja “mempelas” pintu-pintu Rumah Idaman AMyang telah dicat oleh isteri yang AM kongsikan sebelum ini.

Kebetulan pula isteri bekerja pada sebelah petang, kebanyakkan masa AM melakukan kerja ini berseorang disamping ditemani oleh tukang tiles melakukan kerja-kerjapemasangan tiles untuk tangga Rumah Idaman AM.

Bermula pada pagi jumaat, AM mula melakukan kerja mempelas pintu yang telah siap di cat dengan Gardex Primer. AM ingatkan kerja mempelas ini merupakan kerja yang mudah sahaja.

TETAPI…

Tidak semudah orang yang melihat kita bekerja daripada kita sendiri yang melakukan kerja-kerja mempelas ini. Untuk menyiapkan 1 pintu sahaja pun sudah cukup memeritkan tangan. Apatah lagi nak menyiapkan kesemua 6 daun pintu Rumah Idaman AM ini.

Selama 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu bermula dari pagi hingga ke malam hanya mempelas sahaja kerja AM. Penat yang teramat sangat.


Antara gambar yang sempat AM ambil selepas kerja mengecat dan sebelum mempelas di lakukan oleh AM. 
Rumah Idaman : Kerja Mempelas Pintu

Pintu yang telah dicat oleh isteri AM pada hari khamis yang lepas.Untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sahaja mengambil masa yang agak lama, bermula petang sehingga lewat malam bersama isteri. Terima kasih berbanyak kepada isteri AM yang sudi membantu menyiapkan kerja mengecat ini. 

Rumah Idaman : Kerja Mempelas Pintu

Pintu bilik tidur AM yang siap dicat tetapi belum lagi di mempelas dengan menggunakan kertas pasir. AM ada juga bertanya kepada kekawan AM jika kertas pasir boleh diganti dengan mesin mempelas. Rupanya tiada cara atau teknik lain yang lebih bagus daripda mempelas menggunakan kertas pasir dan keringat diri AM. 

Rumah Idaman : Kerja Mempelas Pintu

Kepuasan dapat dirasai apabila kesemua 6 daun pintu Rumah Idaman AM dapat disiapkan pada malam sabtu yang lepas. ALhamdulillah..

Penat memang penat sangat-sangat melakukan kerja-kerja mempelas pintu ini. Belum lagi kerja mengecat pintu. Untuk mengecat ini AM perlu memastikan kesemua pintu siap dipasang kesemuanya.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon