Khamis, 22 September 2016

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas

Alhamdulillah…

Semakin hampir untuk memiliki dan mendiami Rumah Idaman AM sendiri nanti. Hanya kerja-kerja pemasangan lampu,kipas dan meter TNB sahaja lagi belum sempurna.

Hampir sebulan yang lepas AM dan isteri sudah mula mencari kedai-kedai lampu untuk Rumah Idaman kami bersama.

Pada permulaan kami merancang untuk membeli kesemua lampu dan kipas di House Lighting di Puchong.

TETAPI…

Memandangkan kami telah mengubah perancangan untuk memakai lampu dan kipas biasa sahaja. Maka pencarian kami hanya sekitar Kota Bharu, Kelantan sahaja.

Ada beberapa kedai yang kami singgah dan ada juga yang kami sekadar memandang sahaja kedai yang lain. Antara kedai yang kami singgah adalah

Kindom Electric Sdn Bhd, jalan Sultanah Zainab
Ini adalah kedai yang pertama kami singgah, banyak barang yang dijual termasuklah lampu-lampu hiasan. Bawa je duit banyak-banyak. AM dan isteri hanya sekadar window shopping sahaja. Harga bagi AM sedikit mahal. Pilihan juga tidak berapa nak banyak.

TNT Glory Enterprise, Jalan Sultan Yahya Petra.
Kedai yang sedikit terlindung bagi AM kerana kedudukan yang ke belakang sedikit dan dibayangi oleh Bank Muamalat. Kedai ini adalah kedai yang AM dan isteri tidak merancang untuk singgah.

Kerana tidak merancanglah menjadi pilihan AM dan isteri untuk membeli lampu Rumah Idaman. Harga adalah murah sedikit berbanding dengan kedai lampu yang lain sekitar Kota Bharu. Untuk lampu sahaja ya.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Disini AM membeli lampu downlight 12watt dari Ledeon dan juga lampu 18watt dari YetPlus. Untuk kipas hanya jenama yang baru sahaja ada disini. AM merancang untuk menggunakan kipada dari jenama Panasonic atai KDK sahaja.

Onn Lighting & Electrical, Jalan Pengkalan Chepa
Kedai ini juga bukan kedai pilihan AM dan isteri juga kerana kedai yang kecil sahaja berbanding dengan 2 kedai yang AM cerita di atas. Kerana bukan pilihan juga menjadi tempat AM membeli beberapa barang terutamanya kipas siling.

Apa yang AM rancang dan hendak berada disini, kipas KDK akhirnya menjadi pilihan AM untuk digunakan Rumah Idaman AM dan isteri.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Untuk bilik tidur AM menggunakan Kipas KDK K14X2 yang mempunyai 3 bilah bersama remote control yang berharga RM 210 sahaja. Sebanyak 3 unit dibeli.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Selain itu, kipas untuk ruang tamu dan ruang keluarga juga AM menggunakan kipas dari jenama KDK juga iaitu K15Y2 yang mengunakan 5 bilah kipas dan remote control. Kipas ini berharga RM 490 untuk 1 unit.

Hard Wire Trading, Jalan Abdul Kadir
Kedai ini adalah kedai yang AM selalu membeli barang terutamanya barang-barang elektrik. Semasa membina Rumah Idaman AM. Kesemua barang-barang elektrik AM membeli disini. Kerja-kerja awal pendawaian elektrik

Lokasi yang dekat dengan rumah sewa dan juga harga yang murah berbanding dengan kedai elektrik yang ada sekitar dengan kedai ini.

Untuk bilik tidur utama iaitu bilik AM dan isteri sedikit kelainan daripada bilik tidur yang menggunakan kipas biasa KDK.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


AM membeli kipas jenama KDK juga dengan model yang berbeza iaitu K14Y5 yang mempunyai 5 bilah dan remote control. Harga bagi model ini adalah RM 298 untuk 1 unit.

Begitu juga dengan beberapa unit Exhaust Fan atau Wall Mounted Ventilating Fans. AM membeli disini juga kerana harga yang amat murah jika dibandingkan dengan Onn Lighting.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Untuk Exhaust Fan ini, AM menggunakan model 25AQM7 yang bersaiz 10inci kerana frame atau bingkai yang bersaiz 12inci. Sebanyak 5 unit AM beli untuk 3 bilik tidur, 1 untuk ruang tamu dan 1 unit untuk ruang keluarga. Model ini berharga RM 105 untuk 1 unit.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Bagi ruang dapur AM menggunakan model yang berbeza dengan model di atas kerana tugasan kerja yang berbeza. AM menggunakan model 25AUFA yang bersaiz 10inci juga.  Model ini berharga RM168 untuk 1 unit.

Kipas sahaja yang AM belum pasang kerana AM masih lagi membaiki tetulang siling kapung yang terpaksa dipotong untuk membeli ruang kepada pemasangan lampu dan juga kipas.

Mungkin hujung minggu ini AM akan mula memasang kipas di Rumah Idaman AM. Kos untuk keseluruhan untuk lampu dan kipas yang AM beli akan AM kongsikan nanti setelah kesemuanya selesai dipasang.

Sedikit sebanyak perkongsian yang AM dapat kongsikan untuk sahabat AM bagi membina Rumah Idaman sendiri nanti. Untuk membina Rumah idaman bukan sukar tapi sedikit rumit apabila hampir siap..




Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon