Selasa, 20 September 2016

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB


Alhamdulillah…

Hampir selesai sudah kerja-kerja pendawaian Rumah Idaman AM yang dilakukan oleh AM sendiri dan dibantu oleh sahabat AM.

Kerja-kerja pendawaian ini telah dilakukan hampir 2 minggu yang lepas dan juga dilakukan pada sebelah malam sahaja. Hanya 3 jam sehari untuk AM dan sahabat melakukan kerja pendawaian ini kerana masing-masing mempunyai pekerjaan hakiki yang lain.

Sudah sebulan juga AM cuba bertanya mengenai cara untuk memohon meter TNB bagi Rumah Idaman AM. Kebetulan pula pada bulan Ogos TNB melakukan kerja-kerja menaik taraf kesemua sistem.

Untuk bulan September pula, kesemua urusan yang melibatkan TNB sudah boleh digunakan secara online sahaja dengan laman sesawang MyTNB. makin senang sudah sekarang untuk berurusan dengan TNB. Persoalannya adalah makin memudahkan atau makin susah???

AM mencuba untuk memohon meter TNB di Rumah Idaman AM. Langkah-langkah memohon meter TNB seperti di bawah.

1. Buka laman sesawang MyTNB. Daftar dahulu sebagai pengguna MyTNB. Apabila dah dapat ID dan Password. Login je kat web MyTNB seperti di bawah. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

2. Selepas dah login akan keluar paparan seperti di bawah nie. Kira papan muka atau dalam bahasa english adalah My Dashboard. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

3. Kerana Rumah idaman AM adalah rumah baru dan AM hendak memohon meter baru TNB, maka klik pada Applications untuk memohon meter dan sebagainya. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

4. Applications juga mempunyai pelbagai pilihan seperti gambar di atas. AM klik pada Supply Application untuk memohon meter TNB. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

5. Pada bahagian Supply Application nie ada 2 pilihan pula iaitu <100kVA atau >100kVA, ini adalah beban yang kita perlukan. Untuk Rumah Idaman AM, sekadar <100kVA sahaja. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Ini adalah detail mengenai Load Requiment bagi <100kVA dan juga >100kVA.


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB
6. Kerana Rumah Idaman AM adalah rumah biasa, permohonan adalah Single Premise sahaja. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

7. Apabila kita memilih untuk Single Premise masih perlu memilih untuk akaun pula. Pilih akaun Individual untuk perseorangan. Dah selesai semua pilih memilih, masih ada beberapa langkah yang WAJIB di isi dan mengikut langkah-langkah. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

8. Mula-mula adalah isi maklumat peribadi anda, nama, no ic, alamat, nama ibu, email, no telifon, waris dan sebagainya. Selesai semua..  


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB


Untuk alamat rumah pula pilih By Address . Pilih pula  Create a new address dan seach alamat rumah anda.

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

9. Untuk Premise Information ini perlu sedikit teknik try and error kerana AM juga mengalami masalah untuk mendapatkan alamat Rumah Idaman AM. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Jika anda bermasalah mengenai alamat boleh merujuk gambar di atas ini, boleh membantu anda. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

10. Jika rumah biasa sila pilih Landed sahaja. dan masukkan no lot atau no tanah. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

11. Other Information juga perlu pilih memilih juga, bagi Premise Type pilih pada Domestic sahaja. Jenis bangunan pula adalah kategori bangunan anda, jika membina rumah seperti Rumah Idaman AM, pilih sahaja Bungalow. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

12. Langkah seterusnya pula adalah memilih pihak kontraktor untuk menguruskan segala dokumen dan menjadi orang tengah untuk anda dan TNB. 

Nasihat AM : Dapatkan pihak kontraktor dahulu. Nama syarikat mesti berdaftar dengan pihak TNB. Seach dan pilih sahaja. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Apabila dah siap semua. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti 
  • Surat Akuan S&P bagi yang membeli rumah dengan pihak pemaju.
  • Salinan kad Pengenalan Diri
  • Borang A.

Hanya 3 salinan ini perlu scan dan juga upload ke dalam sistem MyTNB.

PERINGATAN...

AM sendiri Surat Akuan S&P tidak ada dan Rumah Idaman AM di atas tanah ayah AM. Untuk menyelesai permasalah ini, pihak TNB akan meminta Surat Akuan Kebenaran untuk membina Rumah Idaman dari ayah AM dan saksi pula adalah Penghulu Kampung. 

Borang A pula anda kena print dari sistem MyTNB tadi. Anda sain dan juga scan dan upload ke dalam sistem kembali.

Dah siap semua anda boleh sumit permohonan anda kepada pihak MyTNB. Tunggu pula jawapan dari pihak kontraktor untuk menguruskan permohonan anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua.






Artikel Terkait

6 comments

wah mudah sangat semuanya bagai dihujung jari...terima kasih atas perkongsian ini

Ya tuan..Semakin mudah dah sekrang..servis untuk pemasangan je yang tak mudah sekrang..huhuhu

Saya tak dapat masukkan address di pilihan address tu. Banyk try and error dah still belum dapat. Macam mana ya

Isu address ini juga menjadi isu yang susah untuk diselesaikan ketika AM mengisi address rumah AM.. Puan boleh rujuk gambar di atas mengenai address

contoh surat akuan kebenaran mcm mana ya tuan.

Hanya perlu menyatakan tuan tanah membenarkan kita untuk membina rumah dan memberi kebenaran untuk TNB memasang meter di dalam tanah tuan tanah


EmoticonEmoticon