Isnin, 26 September 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Alhamdulillah..

Beberapa hari yang lepas AM sedikit sibuk dengan Rumah Idaman yang semakin hampir siap. Insyallah..

Sepanjang minggu masa AM hanya diluang kepada Rumah Idaman sahaja. Tiada masa untuk perkara lain-lain selagi mana Rumah Idaman belum siap.

AM nak kongsikan kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas Rumah Idaman AM yang AM pernah kongsikan sebelum ini mengenai Lampu dan Kipas Rumah Idaman AM.

Sahabat yang berada di Kota Bharu, boleh dapatkan lampu dan kipas di kedai AM ceritakan sebelum ini. Kedai lampu dan kipas di Kota Bharu.

Memandangkan Jumaat adalah cuti semua kedai lampu dan kipas yang AM hendak membeli tutup. Untuk jumaat sahaja AM dan isteri sempat menyiapkan kerja-kerja mengecat pintu dapur Rumah Idaman kerana tukang pasang grill sudah bertanya untuk menyiapkan pemasangan grill.

Pada Sabtu pagi, AM dan isteri keluar membeli kipas yang telah dirancang seawal pagi lagi. Ini kerana AM merancang untuk memasang pada sebelah petangnya pula. Kedai pilihan adalah Onn Lighting, Jalan Pengkalan Chepa. Kenapa kedai ini? Baca kembali kisah Lampu dan Kipas.

Setelah semua harga dah dapat dan kipas yang hendak pun dah dipilih dan mempunyai senarai pembelian maka memudahkan kerja-kerja membeli kipas.

Alhamdulillah..

Semua kipas yang dihajati ada stok dan boleh ambil terus. Apa yang memberi kesan kepada AM adalah kipas untuk ruang tamu sahaja yang berubah. Jika sebelum ini AM merancang untuk membeli kipas yang sama dengan kipas ruang makan. Kisahnya Lampu dan Kipas lagi.

Memandangkan harga untuk kipas model K15Y2 adalah RM 490 dan model K15Z5 pula berharga RM650. Harga yang boleh dibawa berbincang lagi. Maka kipas untuk ruang tamu berubah lagi kepada yang lebih mahal.

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas


Kenapa memilih model K15Z5?? Nanti AM kongsikanya.


Pada sebelah petang pula bermula kerja-kerja memasang kipas untuk kesemua ruang di dalam Rumah Idaman. Bermula dengan bilik tidur AM yang menggunakan model K14Y5. 
Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Sudah lama AM tak memasang kipas rumah yang mempunyai bilah yang banyak dan juga mempunyai remote control. Pemasangan tidaklah sepayah dan sesusah mana pun. 

Paling penting pastikan kesemua sensor yang ada perlu berada ditempat yang sepatutnya dan juga segala isu keselamatan mengenai kipas perlu dipastikan betul dan diulang periksa beberapa kali bagi megelak sebarang kerosakan pada kipas ataupun kepada pengguna sendiri.

Alhamdulillah..

Kerja-kerja pemasangan kipas kali ini dibantu oleh adik-adik lelaki AM yang ingin belajar pemasangan kipas. mereka banyak membantu AM untuk kerjapkerja pemasangan kipas yang ada untuk ruang tamu, ruang makan. dan bilik tidur.

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Kipas untuk ruang makan AM menggunakan model KNK K15Y2 yang telah siap dipasang. Sedikit berbeza dengan kipas di dalam bilik tidur utama AM. Perbezaan pada design dan juga material yang digunakan untuk bilah kipas. 

Untuk model KDK K14Y5 menggunakan material besi bagi membina bilah kipas, manakala untuk model KDK K15Y2 pula menggunakan material fiber yang mudah lentur, ringan dan tidak berkarat untuk jangka masa panjang. Harga pun berbeza juga.

bagitu juga dengan kipas ruang tamu yang AM ceritakan di atas sebelum ini yang telah berubah menjadi model KDK K15Z5 yang menggunakan material yang sama dengan model KDK K15Y2 di ruang makan. 

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas


Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Ini adalah model KDK K15Z5 yang menjadi pilihan AM untuk menghiasi ruang tamu Rumah Idaman AM.

Untuk bilik tidur AM yang lain-lain pula AM menggunakan kipas KDK juga tetapi hanya 3 bilah kipas sahaja. Ini kerana bilik ini tidak digunakan sepenuhnya nanti kerana AM masih lagi berdua bersama isteri. Maka kipas biasa-biasa sahaja. 

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Hanya masih berbaki kipas ruang dapur sahaja yang belum siap dipasang dan juga kesemua exhaust fan yang masih belum dipasang kerana kerja-kerja mengecat untuk bingkai atau frame belum dilakukan oleh AM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk memilih jenis dan model kipas yang telah AM kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.



Artikel Terkait

2 comments

Jib binjai ni long..nanti kongsi la gambar sutir rumoh hok siap doh..nk tgk..pahtu interior design alik dlm umoh etek..

Insyallah jib..
nanti ambo roger2 deh..


EmoticonEmoticon