Selasa, 6 September 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Alhamdulillah…
Akhirnya siap juga kesemua pemasangan tiles di Rumah Idaman AM. Tukang tiles menyiapkan kesemua kerja-kerja pemasangan tiles dan juga kerja-kerja mencantikkan cabinet, tangga dapur dan juga tangga utama Rumah Idaman AM.

Sebelum ini AM kongsikan tukang tiles mula melakukan kerja pemasangan tiles pada tanggautama dan tangga dapur. Kerja ini hanya mengambil masa 1 hari bekerja sahaja untuk disiapkan.

Pada hari hari ini tukang mula melakukan kerja-kerja mencantikkan bahagian tepi tangga pula. Seperti mana AM kongsikan mengenai pemasangan tiles kabinet yang mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, begitu juga dengan kerja mencantikkan bahagian tepi tangga Rumah Idaman AM kali ini.

Dengan menggunakan mesin canai atau angle grinder untuk melakukan kerja-kerja mencantikkan tangga. Bermula dengan mata memotong yang kasar dan diikuti dengan mata yang sedikit halus atau mata pasir yang halus. Selepas kesemuanya siap, tukang terpaksa menggunakan mata pasir yang halus dan diikuti dengan kerja akhir iaitu mata polish.

Bagi AM, jika nak dibandingkan dengan hasil dari mesin kilang dan tukang tiles adalah hampir 90% hampir sama. Memang teliti dan juga memuaskan hati AM. Masa yang diambil memang lama untuk menyiapkan tangga utama dan tangga dapur Rumah Idaman AM.

Walaupun kerja-kerja ini tidak terpaksa di dalam sebut harga sebelum ini. Dengan hasil yang memuaskan hati AM, AM sanggup bayar lebih kepada tukang tiles. Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat AM ambil. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Kabinet dapur yang telah siap dipasang tiles pada dinding Rumah Idaman AM. Tiles yang berwarna hitam untuk sinki dan juga dapur memasak nanti. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Tangga utama Rumah Idaman AM yang  telah siap dimesin bahagian tepi dan hasil kerja yang cermat dan berhati-hati, hasil adalah yang terbaik. 

Ini adalah gambar-gambar yang AM sempat ambil hasil kerja tukang tiles Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Ini pula antara kerja yang tukang tiles lakukan untuk tangga dapur Rumah Idaman AM. Gambar adalah candit sahaja. Abaikan tukang tak berbaju. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Siap Sepenuhnya

Semoga perkongsian ini dapat memberi inpirasi dan semangat untuk sahabat AM semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon