Ahad, 18 September 2016

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah

Alhamdulillah…

Seminggu bercuti dan seminggu juga lah AM tak menulis mengenai Rumah Idaman AM. Selama seminggu juga banyak perkembangan yang berlaku tetapi kesibukan dan kekalutan untuk beraya membataskan waktu untuk AM berkongsi.

Kali ini AM nak kongsikan perkembangan seminggu terus kepada anda semua. Selepas kerja-kerja pemasangan tiles siap dan porch juga siap dibina. Tukang Rumah Idaman AM mula melakukan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan seperti membaiki Tangki Septik yang telah ditanam sebelum ini.

Untuk tangki septik ini hanya kerja-kerja pembaikan yang melibatkan kerja-kerja untuk meninggikan permukaan tangki septik yang telah mendap selepas hujan yang lebat pada penghujung bulan julai yang lepas. 

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah

Begitu juga dengan paip air buang dari sinki juga telah disiapkan oleh tukang Rumah Idaman AM. AM mengambil cuti untuk menemankan tukang Rumah Idaman AM bagi memantau kerja-kerja baik pulih ini. Bukan tak percaya tetapi kerja-kerja ini perlu AM bersama kerana kerja-kerja yang memerlukan persetujui AM.

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah


Begitu juga dengan Main Hole juga terpaksa dibaiki kerana masalah paip yang berhubung antara Main Hole telah mendap juga. Kaki lima terpaksa di belah sedikit untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sistem paip untuk Main Hole telah dibuat kembali dan yang lama telah dibuang. Kerja ini mengambil masa hampir seharian juga.

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah


Begitu juga dengan kerja-kerja pemasangan perkakasan tandas utama dan juga tandas tertamu. Kesemua perkakas tandas seperti kepala paip, mangkuk tandas, singki dan penyangkut kain telah siap sebelum AM memulakan kerja-kerja pembinaan Rumah Idaman lagi.

Pembelian ini dilakukan semasa Karnival Perkakasan Rumah di Kota Bharu pada awal tahun 2016. Semasa karnival ini juga AM membeli atap Rumah Idaman AM iaitu Elephant Roof Tile. Harga semua barang di  karnival berlangsung adalah promosi dan harga runtuh. Sediakan duit secukupnya sahaja.

Ini adalah antara perkembangan sepanjang seminggu yang lepas semasa waktu cuti sekolah untuk perayaan korban 2016.

Memandangkan kerja-kerja pendawaian elektrik dilakukan oleh AM dan kawan AM sendiri. Banyak perkembangan tidak dirakam oleh lensa AM kerana kami masing-masing sibuk melakukan kerja pendawaian dan kerja ini dilakukan pada sebelah malam.

Kerja pendawaian ini mengambil masa hampir 3 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dan hanya 2 malam seminggu sahaja kerja pendawaian dilakukan kerana kekangan masa yang terhad antara kami. Nantikan perkembangan pemasangan lampu dan kipas yang akan AM kongsikan.

Sekarang kerja-kerja menebuk lubang siling kapur untuk lampu dilakukan oleh AM sendiri. Selain itu kerja-kerja akhir pendawaian elektrik juga telah siap semalam. Nanti AM kongsikan pada artikel yang akan datang.


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon