Rabu, 21 September 2016

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN

Alhamdulillah…

Semalam AM baru sahaja kongsikan Bagaimana Untuk Memohon Meter TNB yang AM memohon sendiri melalui laman web MyTNB.

Permohonan sekarang sudah boleh dilakukan oleh pengguna sendiri tetapi perlu juga bantuan dan lessen daripada orang pendawaian yang bertauliah. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memiliki syarikat yang berdaftar dengan SSM dan juga dengan TNB.

Kerana urusan sekarang adalah online semuanya. Permohonan kita juga semuanya akan melalui tapisan pihak TNB di ibu pejabat mereka. Tidak lagi melalui mana-mana cawangan TNB yang sebelum ini.

Pihak kontraktor yang AM gunakan telah pun menghantar permohonan AM pada sebelah malam 19.9.2016. kebetulan pada hari lahir AM yang ke… Rahsianya.

Dan pagi semalam AM juga menerima AM yang menyatakan pihak kontraktor telah pun menghantar permohonan dan pihak TNB telah menerima permohonan tersebut. 

Semalam dengan rasminya AM kongsikan Rumah Idaman : Memohon Meter TNB dan petang semalam juga AM terima email dari pihak TNB yang menyatakan permohonan AM telah LULUS..
Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Alhamdulillah…

Dipermudah OlehNya segala urusan memohon meter TNB.

Nasihat AM : 

Pastikan segala borang dan dokumen yang berkaitan disiapkan awal-awal bagi memudahkan pihak kontraktor menghantar permohonan kita.

Tidak berapa lama kemudian AM menerima lagi email dari pihak TNB yang menyatakan jumlah yang perlu AM bayar kepada pihak TNB.

Memandang AM telah memilih elektrik untuk 3 phase atau 3 fas, maka bayaran adalah sedikit banyak berbanding dengan elektrik 1 fasa. Kenapa 3 fasa? Nanti AM kongsikan kelebihan dan kekurangan pendawaian dan juga meter TNB 3 fasa berbanding dengan 1 fasa. Doakan AM sentiasa sihat ya.

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Email dibawah adalah jumlah yang perlu AM bayar untuk email pertama adalah RM 795. Am sendiri pun sedikit keliru mengenai bayaran ini. Jangan Tanya AM bayaran apa ya..Tidak di maklumkan secara detail.

Dibawah pula adalah surat rasmi yang dihantar melalui email oleh pihak TNB untuk beberapa perkara yang dinyatakan di dalam surat berkenaan.

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Antara bayaran yang dikenakan adalah 
  • Wang Cagaran
  • Duti Setem
  • Caj Pemprosesan
  • Caj Meter

 Apa perlu AM lakukan adalah membuat bayaran yang telah dinyatakan oleh pihak TNB, dan alhamdulillah, pihak kontraktor telah info bahawa pihak mereka boleh lakukan pembayaran berkenaan. AM hanya perlu serahkan jumlah tadi kepada mereka sahaja. Senang kerja AM, tidak perlu ke cawangan TNB.

Perlu diingat juga jumlah bayaran yang TNB nyatakan tidak termasuk untuk pihak kontraktor yang membuat urusan permohonan kitanya. Yang ini tertakluk kepada budi bicara pihak kontraktor untuk mengenakan berapa jumlah yang mereka minta.

Pihak kontraktor AM pula mengenakan RM 300 untuk urusan mereka menghantar dan juga lain-lain kerja sehingga meter TNB dipasang di Rumah Idaman AM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina rumah dan memohon meter TNB dengan sendiri melalui portal MyTNB.


Artikel Terkait

6 comments

Cikgu Ramlah. Melaka. delete 18/2/17

Terima kasih AM. Banyak membantu. Rumah baru dah 70% siap. Proses nak cari kontraktor TNB. Penyata bayaran AM saya jadikan panduan agar tidak byk beza dgn bayaran yg akan dikenakan oleh kontraktor nanti. Terima kasih.

Alhamdulillah...
Semoga mendapat kontraktor yang jujur nanti..

Assalamualaikum AM. Just nak bertanya, AM punya pemasangan tu adakah termasuk wiring sekali atau meter sahaja? Sebab saya tgh mencari cara2 unt memasang meter elektrik di rumah yg saya baru beli(rumah 2nd hand). Rumah tu wiring semua ok lg.

Wasalam..
Ini hanya pemasangan meter sahaja..
Wiring asing..

As salam Am, boleh saya tahu berapa lama proses untuk kelulusan untuk meter TNB.

Terima Kasih

Wasalam tuan..
Semasa saya memohon meter TNB nie. TNB sedang menaiktaraf sistem online mereka..

Permohonan saya diluluskan hampir sebulan lebih juga. Pelbagai masalah yang timbul kerana masih dalam percubaan.

Mungkin sekarang sudah OK kot..


EmoticonEmoticon