Sabtu, 10 September 2016

Rumah Idaman : Pinjaman Peribadi

Alhamdulillah..

Impian untuk mendiami Rumah Idaman Tahun Baru Hijrah tidak kesampaian lagi. Ini kerana masih lagi menunggu kehadiran pihak TNB untuk memasang meter elektrik di Rumah Idaman AM.

Sebelum ini AM pernah kongsikan bagaimana untuk memohon meter TNB secara online. Mungkin kerana system baru dan permintaan yang tinggi membuat mereka tidak cukup staff untuk memantau kesemua permohonan meter dan pelbagai isu yang timbul. Kita pengguna mampu bersabar sahaja.



AM tinggalkan kesemua permasalahan TNB dahulu bagi memberi ruang dan peluang kepada kerja-kerja lain yang masih berjalan dengan perlahan dan berterusan.

Untuk menyiapkan Rumah Idaman AM ini, AM terpaksa dan berkorban lagi untuk meminjam lagi pinjaman dengan pihak Bank Rakyat sebanyak RM 10 000.  Jika sebelum ini AM telah meminjam sebanyak RM 50 000 dengan pihak Bank Islam dan juga isteri AM juga melakukan perkara yang sama dengan pihak Bank Rakyat sebanyak RM 50 000.

AM memerlukan sedikit lagi pinjaman untuk menyiapkan kerja-kerja akhir untuk Rumah Idaman AM. Sebanyak RM 10 000 terpaksa di pinjam lagi.

Dengan RM 10 000 ini AM menyiapkan kerja-kerja akhir pemasangan grill Rumah Idaman, membeli tangki air steel dan juga water pump, langsir, lampu dan juga kipas Rumah Idaman.

Alhamdulillah, urusan untuk meminjam dengan pihak bank telah diuruskan oleh isteri AM, AM hanya perlu ke bank untuk tandatangan sahaja.

Alkisah AM mula meminjam dengan bank rakyat adalah pada tahun 2010 lagi semasa AM masih lagi bujang. AM meminjam untuk membeli kereta dan juga sedikit untuk tambahan perkahwinan AM 4 tahun yang lepas.

Untuk tahun 2016 pula AM terpaksa meminjam untuk menyiapkan Rumah Idaman AM pula.

Mungkin ini adalah pinjaman terakhir yang AM lakukan. Selepas ii berniat untuk tidak meminjam lagi jika tidak ada keperluan yang mendesak sangat.

Sedikit perkongsian antara pinjaman Bank Rakyat dan Bank Islam ini kerana AM juga mempunyai kedua-dua pinjaman dengan 2 bank ini.

Kedua-dua bank ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang perlu di ambil perhatian oleh pihak peminjam termasuklah AM sendiri. Dibawah AM kongsikan pengalaman dengan pihak bank semasa AM hendak meminjam semasa permulaan AM nak bina Rumah Idaman AM.

Bank Islam



Sebanyak RM 50 000 AM layak pinjam semasa awal tahun 2016 yang lepas sebelum AM membina Rumah Idaman dan juga sebelum kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji bagi penjawat awam.

AM hanya perlu maklum kepada pihak bank dan pihak bank akan menghubungi AM untuk melakukan temujanji bagi menguruskan pinjaman yang AM perlukan.

Alhamdulillah, urusan kali ini dipermudahkan dan hanya masa kelulusan sahaja sedikit lambat kerana masa AM tandatangan hampir dengan Perayaan Tahun Baru Cina.

Untuk banyaran bulanan adalah sedikit murah berbanding dengan pinjaman bank Rakyat sebanyak RM 570 sahaja berbanding Bank Rakyat sebanyak RM 580 yang isteri AM bayar kepada pihak Bank Rakyat.

Kekurangan bank islam pula potongan gaji tidak diberi oleh pihak bank islam. Setiap bulan AM terpaksa memasukkan jumlah pinjaman ke dalam akaun bank islam.

Bank Rakyat



Untuk membuat pinjaman kali kedua atau lebih dikenali dengan Overlap lebih mudah kerana kita tidak memerlukan sebarang pengesahan daripada pihak majikan. Maklumat kita telah ada dengan pihak bank.

Hanya perlu maklum kepada pihak bank nak meminjam berapa banyak dan berapa banyak yang kita lepas dengan gaji semasa kita.

Untuk 2016 AM lepas sebanyak RM 55 000 dengan gaji semasa dan juga pinjaman lain-lain. Untuk pinjaman kali kedua ini AM hanya memerlukan RM 10 000 sahaja ditangan dan pihak bank memaklumkan AM hanya perlu mengambil pinjaman sebanyak RM 42 000 sahaja. Alhamdulillah lepas.

Setelah kesemua boring siap di tandatangan pada sebelah petang dan keesokkan harinya duit dah masuk ke dalam bank.

Bank Rakyat menyediakan potongan gaji melalui majikan dan tidak perlu ke bank untuk bank in ke akaun kita. Keburukan adalah jumlah potongan bulanan kita akan tercatat di dalam slip gaji kita.

Bulanan juga sedikit mahal berbanding dengan pinjaman dengan pihak Bank Islam.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan kepada sahabat AM untuk membuat perbandingan pinjaman peribadi untuk membina Rumah Idaman mahupun kegunaan lain.

Artikel Terkait

2 comments

Singgah ptg selasa
bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

Sama la dengan AM..Sibuk nak siapkan Rumah Idaman nie..kadang2 je sempat nak update dan BW


EmoticonEmoticon