Khamis, 1 September 2016

Rumah Idaman : Siling Porch Tangga Siap..

Alhamdulillah…

Semakin hari semakin menghampiri untuk menyiapkan Rumah Idaman AM. Sebelum ini AM ada kongsikan mengenai Kerja Pemasangan Tingkap untuk Rumah Idaman AM yang siap sepenuhnya. Harga keseluruhan untuk tingkap Rumah Idaman AM adalah RM 4 400.

Dalam masa yang sama juga tukang rumah datang pada sebelah petang dan hujung minggu sahaja untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan porch tangga Rumah Idaman AM.

Sebelum ini AM ada kongsikan juga perkembangan pembinaan porch tangga ini yang kekurangan atap genting dan terpaksa menambah sedikit kos. Selain itu juga untuk pembinaan porch tanggan Rumah Idaman AM nie juga tak termasuk di dalam perjanjian pembinaan Rumah Idaman AM.

Untuk keseluruhan kos pembinaan porch tangga termasuk dengan siling kapur adalah RM 1000. Walaupun tak berapa mahal dengan hasil yang diberi tetapi poket dan baget Rumah Idaman menjadi semakin sesat dan perlu beberapa barang yang perlu ditangguhkan untuk membayar kos lebihan tadi.

Untuk siling kapur pula tukang menggunakan lebihan siling kapur yang ada selepas menyiapkan siling kapur di dalam Rumah Idaman AM. Sedikit penambahan bahan sahaja. Yang lain-lain menggunakan lebihan yang ada.


Hasil selepas menyiapkan porch tangga Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Siling Porch Tangga Siap..

Selesai bahagian kasar pembinaan Rumah Idaman AM ini. Apa yang tertinggal adalah pemasangan tiles, pendawaian elektrik dan pemasangan pintu utama, pintu bilik dan pintu tandas sahaja.

Permohonan untuk meter TNB juga perlu dilakukan juga. Sekarang permohonan untuk meter TNB boleh dilakukan dengan sendiri melalui portal myTNB. Nantikan perkongsian AM mengenai permohonan meter elektrik TNB.

Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham kepada pembaca blog AM untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon