Ahad, 4 September 2016

Rumah Idaman : Tiles Tangga Rumah Idaman

Alhamdulillah…

Rumah Idaman semakin hampir untuk diduduki tak berapa lama lagi. Tukang tiles yang sebelum ini banyak berusaha untuk menyiapkan kerja pemasangan tiles ini juga hampir siap.

Bermula dengan kerja-kerja render lantai, pemasangan tiles di ruang tamu dan ruang keluarga, render pula kabinet dapur dan tandas, kerja-kerja memasang tiles kabinet dan akhirnya kerja kemasan akhir untuk kerja pemasangan tiles.

Kesemua kerja-kerja pemasangan tiles menghampir masa sedikit lama kerana beberapa masalah dari masalah tiles yang tak cukup, menunggu tiles sampai di kedai, masalah tukangpasang tiles yang terpaksa menyiapkan tiles rumah lain dan sebagainya.

Begitu banyak cabaran dan dugaan untuk menyiapkan pemasangan tiles Rumah Idaman AM ini. Cabaran dan dugaan ditempuhi bersama-sama dengan tukang tiles. Mereka juga memohon maaf kerana kelewatan mereka.

Walaupun sedikit kecewa dengan kelewatan kerja pemasangan tiles ini, TETAPI AM cukup berpuas hati dengan hasil kerja mereka semua. Nampak sempurna dan halus buatan mereka. Cukup susah untuk AM mencari kesalahan dan kesilapan pemasangan tiles mereka lakukan.

Sepanjang hujung minggu yang lepas iaitu jumaat sehari mereka telah menyiapkan pemasangan tiles untuk tangga pintu utama Rumah Idaman AM dan juga tangga dapur.

Mereka bermula pada awal pagi dan siap sepenuhnya pada sebelah petangnya. Begitu juga dengan AM yang melakukan kerja-kerja mempelas pintu yang telah siap dicat sebelumnya.

Alhamdulillah…


Tiles untuk pemasangan kali ini cukup dan hasil juga adalah yang terbaik dari lading. Dibawah adalah hasil kerja mereka selama 1 hari mereka bekerja. 

Rumah Idaman : Tiles Tangga Rumah Idaman

Tangga utama Rumah Idaman AM yang telah siap dipasang dengan tiles. Tiles ini adalah pilihan AM sendiri, isteri pula kurang setuju tetapi setelah siap dipasang nampak sesuai dan cantik pula.  

Rumah Idaman : Tiles Tangga Rumah Idaman

Pandangan sisi tangga Rumah Idaman AM, ada sedikit pengubahsuai yang dilakukan oleh tukang tiles. Ini kerana tiles dan juga tangga adalah muat-muat sahaja, Jika tidak melakukan sedikit pengubahsuaian akan mencacatkan pemasangan sketting tangga nanti. 

Rumah Idaman : Tiles Tangga Rumah Idaman

Ini pula adalah tangga bahagian dapur Rumah Idaman AM, kerana tiles untuk tangga adalah cukup-cukup sahaja maka untuk dinding antara lantai dapur dan tangga dapur terpaksa menggunakan tiles lebihan pada ruang dapur sebelum ini. Nampak cantik juga walaupun terpaksa menggunakan tiles yang berbeza dengan n tiles tangga. 

Rumah Idaman : Tiles Tangga Rumah Idaman

Jika melihat pada sebelah atas nampak seperti tiada apa yang membezakan antara tangga dan dinding tangga. AM menggunakan tiles yang bersaiz 2kaki x 1kaki sama dengan tiles dapur AM.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon