Ahad, 23 Oktober 2016

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Fibroid sebenarnya jauh lebih biasa daripada yang kita fikirkan untuk berlaku ke atas wanita.
Kira-kira 50-80% wanita kemungkinan mempunyai ketumbuhan fibroid di dalam rahim mereka, dan kebanyakannya tidak menyedari kehadirannya.
Apakah itu fibroid?
Dan persoalan yang lebih merunsingkan wanita lagi ialah, sejauh mana fibroid mempengaruhi kesuburan, atau mengganggu proses persenyawaan sehinggalah kehamilan?

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Apakah itu fibroid?
Secara ringkasnya, bolehlah AM katakan fibroid ialah sejenis ketumbuhan jenis benign (ketumbuhan bukan kanser) yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya.
Saiz fibroid adalah berbeza-beza saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga mencapai saiz yang sangat besar hingga mengubah saiz rahim, sehingga adakalanya wanita kelihatan mengandung akibat kawasan abdomen yang membesar.

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Faktor saiz fibroid yang sangat kecil juga menyebabkan kebanyakan antara kita tidak menyedari kehadirannya di dalam rahim, malah bertahun-tahun lamanya.
Jika dikesan sekalipun, sama ada ianya sudah membesar sehingga kehadirannya dirasai, ataupun simptom dan gejala yang ketara, ataupun dikesan semasa imbasan ultrabunyi ketika temujanji antenatal ibu hamil!

Penyebab fibroid

Ini merupakan topik yang sangat menarik minat kita.
Post-post ‘ilmiah’ di facebook juga banyak yang berkongsi tentang penyebab fibroid dan berlegar-legar pula share tanpa jemu serta diterima bulat-bulat oleh pembaca.
Jika adapun penerangan oleh pihak yang lebih arif i.e. perubatan misalnya, cara olahan post tidak cukup sensasi untuk kita share kerana bersifat fakta yang ‘dry’ dan kurang memberi rasa thrilled atau ancaman. 
Sekadar contoh, ‘Bahaya soya penyebab fibroid’. Contohhh…
Lagipun, membaca artikel temuramah dengan doktor adalah ‘too mainstream’ berbanding membaca artikel oleh ‘pakar konspirasi perubatan – “apa yang doktor anda tidak beritahu”.
Jadi, apa sebenarnya punca fibroid?
PUNCA SEBENAR, the exact cause, tidaklah diketahui.
(Jangan ingat dunia perubatan ni semua kita tahu detail sedetailnya, malah semakin dalam dikaji, semakin kabur sesuatu perkara itu kerana kebarangkalian itu banyak.Nothing is certain, atas sebab itu dunia kajian klinikal ini terbuka tanpa definitive answer “soya penyebab fibroid” – ilmu Allah sangat luas, benda-benda saintifik ni pun dalam lingkungan ilmuNya).
Namun, dipercayai, fibroid dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh kelenjar ovari wanita.
Ini menerangkan kenapa adakalanya, sesetengah fibroid membesar ketika hamil, suatu keadaan ketika hormon-hormon ini tengah memuncak.
Ini juga menerangkan kenapa fibroid mengecut kembali setelah kita, wanita, melahirkan anak.

Jenis-jenis fibroid

Terdapat 3 jenis fibroid iaitu:
1. Intramural – fibroid terletak pada dinding uterus atau rahim.
Jenis ini merupakan fibroid yang paling biasa terjadi.
2. Submucosal – fibroid yang terletak dalam lining uterus.
3. Subserosal – fibroid yang terletak di luar kawasan rahim.
Nak senang cerita, AM tunjuk rajahnya.

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Jadi, apakah simptom-simptom fibroid?

Atau dalam erti kata lain, apakah gejala atau tanda-tanda yang ramai berkemungkinan besar telah pun mempunyai ketumbuhan fibroid di dalam rahim wanita?
Seperti yang AMnyatakan di atas, kebanyakan wanita tidak sedarpun kemungkinan kehadiran fibroid sehinggalah penyakit ini menunjukkan tanda-tanda.
Namun, wanita dengan fibroid yang sudah sudah membesar, akan menunjukkan tanda-tanda berikut;
– sakit ketika hubungan kelamin.
Kalau nak Google, istilah perubatan merujuknya sebagai dyspareunia (dys – tidak selesa, sakit, pareunia – hubungan kelamin). 
Simpton ini juga menunjukkan kepada banyak lagi kemungkinan penyakit-penyakit lain, jadi, sila sahkan dengan doktor.
– haid yang banyak, sakit ketika hadi, dan berpanjangan (dysmenorrhea)
– tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar.
– sembelit
Fibroid yang membesar ini menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar.
Apabila najis ini terhimpit, lama kelamaan menyebabkan sembelit kronik atau berpanjangan.
Sama juga halnya dengan apa-apa ketumbuhan seperti di ovari, pundi kencing dan sebagainya. Sebab itu sembelit kronik tidak boleh diambil mudah.
– kerap kencing atau kencing tidak lawas
Sama seperti sembelit, ketumbuhan fibroid ini menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing mengecil.
Ini menyebabkan sedikit air kencing dapat disimpan menyebabkan kekerapan hendak membuang air kecil.
Begitu juga dengan kecing tidak lawas, ketumbuhan menekan pada bahagian salur kencing menyebabkan kencing tidak dapat mengalir dengan lancar.

Bagaimana untuk merawat jika telah mempunyai permasalahan fibroid? Mencegah lebih baik dari merawat. Boleh juga membaca Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Wanita yang menjadi pilihan pembaca di blog AM ini.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat AM kongsikan mengenai permasalahan fibroid yang menjadi satu ancaman buat kaum wanita di Malaysia yang kurang mendapat perhatian daripada mereka semua.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para wanita untuk menjaga kesihatan dan juga sentiasa memeriksaan kesihatan.


Artikel Terkait

2 comments

Info yang bagus... Semua wanita kena alert pasal penyakit tak nampak ni..

Ya..semua wajib berhati-hati dah sekrang


EmoticonEmoticon