Ahad, 9 Oktober 2016

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Alhamdulillah..

Semalam satu negara bersukan dan bersenam sempena Sambutan Hari Sukan Negara. Hampir 7 juta rakyat Malaysia terlibat dan yang sebenarnya rakyat Malaysia ni suka bersenam dan bersukan tapi apa yang meyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan Hari Sukan Negara pula?

Bukan isu itu yang AM nak kongsikan TAPI..

AM nak kongsikan pengalaman AM sendiri menghadiri majlis Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 bersama-sama JKKK Kg. Chicha. Kerjasama antara sekolah dan JKKK bukanlah kali pertama tetapi dah beberapa kali kami melakukan aktiviti bersama.

Untuk 2016, pihak JKKK telah mengadakan pelbagai acara yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2. Untuk kali ini juga, AM terpaksa hadir dan mampu melihat sahaja kerana masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan kaki.

AM pernah kongsikan sebelum ini Kaffarah dariNya yang berlaku pada awal bulan April 2016 yang lepas.

Hari Sukan Negara berlangsung dengan meriah dan juga beberapa acara sampingan juga diadakan di SKKK2 ini.


Untuk pembukaan Hari Sukan Negara ini dimulakan dengan Senamrobik untuk para pelajar, guru-guru dan penduduk kampung sekitar SKKK2. Kemeriahan dapat dilihat pada wajah-wajah yang terlibat. 

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Kali ini senamrobik telah di ketuai oleh satff Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang bertugas di Hospital Kuala Krai. jauh di sana pihak sekolah jemput untuk memberi senaman pada Hari Sukan Negara 2016.

Senamrobik ini berlangsung hampir 40 minit tanpa henti. Memang berpeluh semua orang yang terlibat. AM hanya mampu mengambil gambar suasana sahaja. Kita tunggu tahun 2017 jika diberi peluang dan ruang nanti.

Selesai sahaja acara senamrobik ini, bersambung pula acara padang iaitu pertandingan bola sepak 7 sebelah dan juga acara bola jaring bagi kaum wanita. 2 majlis ini AM tidak sempat merakam kerana AM terlibat pula dengan persiapan tempat dan bahagian teknikal untuk acara lain.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengadakan acara Ujian Kesihatan secara PERCUMA kepada guru-gur dan juga penduduk kampung. Ramai di kalangan penduduk yang mengambil kesempatan untuk melakukan ujian kesihatan ini.

Antara kesihatan yang diperiksa adalah BMI, ujian gula dalam darah dan juga ujian tekanan darah. 

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

AM juga mengambil kesempatan untuk mengambil ujian kesihatan ini. Kali ini tahap kesihatan adalah NORMAL tetapi perlu berhati-hati dengan tekanan darah yang agak tinggi.

begitu juga dengan berat badan yang semakin meningkat kepada tahap yang lebih daripada sebelum AM sakit pada awal April 2016 yang lepas. Kena diet dah nie nampaknya. 

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Slip kesihatan yang perlu diambil dan pihak KKM akan mengisi maklumat kita nanti. Jika dilihat pada berat dan tinggi AM, BMI AM adalah 24.20 lagi dan masih dalam keadaan yang NORMAL dan SIHAT. ALhamdulillah..

Bagi AM, berat AM adalah melebihi daripada sebelum AM sakit sebelum ini sebanyak 1.5KG. Kena diet betul-betul ni.

Selesai ujian kesihatan, masih ada acara lain yang sedang menunggu. Kali ini acara ceramah mengenai kesihatan pula yang disampaikan oleh doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Ceramah kali ini menbincangkan mengenai pemakanan yang sihat dan elak daripada merokok yang semua orang tahu akan bahaya merokok.

selain itu ada juga beberapa banner yang sempat AM rakam untuk ingatan bersama.. 

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Hari Sukan Negara : Peringkat SKKK2

Sehingga kita berjumpa lagi tahun depan dalam program Hari Sukan Negara




 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon