Ahad, 16 Oktober 2016

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Alhamdulillah..

Selesai kerja-kerja mengecat pintu utama dan pintu bilik yang kesemuanya adalah putih sesuci kalbu. Sebanyak 3 lapisan perlu dilapis untuk mendapat warna putih yang AM impikan.

AM pula pada hari bekerja semestinya tidak dapat melakukan kerja-kerja mengecat yang memerlukan ketelitian yang lebih kerana kekangan masa yang amat terhad.

Untuk kerja mengecat akhir ini AM meminta sahabat AM untuk melakukan kerja-kerja mengecat ini. Untuk kali ini AM meminta sahabat untuk melakukan kerja mengecat bahagian luar rumah.

Sebelum ini AM kongsikan kerja-kerja mengecat bahagian luar Rumah Idaman AM yang berwarna kuning. Alhamdulillah, mendapat pujian jiran-jiran pilihan warna yang sesuai dengan Rumah Idaman AM.

Mungkin kerana trend semasa rumah-rumah sekarang untuk dicat dengan 2 warna yang berbeza pada bahagian dinding luar rumah. Termasuk juga dengan Rumah Idaman AM, mengenakan 2 warna untuk dinding luar.

Warna utama dinding luar adalah kuning dan bahagian bawah pula warna lain pula yang sedikit gelap. AM juga pernah kongsikan pengalaman memilih warna Rumah Idaman AM.

Al kisah mengenai cat bahagian bawah dinding pula sedikit kelakar dan kepelikkan. AM telah memilih warna Quick Sand 1153 dari Jotun seperti gambar di bawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Tetapi selepas AM membeli pada bulan Julai 2016, AM tak pernah nak buka selagi tak guna. Apabila sahabat AM membuka untuk melakukan kerja mengecat inilah menjadi masalah dan kepelikkan.

Warna yang terhasil adalah seperti dibawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Amat jauh sekali berbeza warna yang AM beli dengan hasil daripada pihak kedai hasilkan. Psersoalan adakah salah AM atau salah kedai yang membasuh cat AM beli??

Ini pula hasil apabila sahabat AM mula melakukan kerja mengecat dinding luar Rumah Idaman AM. Memang jauh sangat berbeza kan?

Kelam kabut juga dibuatnya dengan warna yang berbeza nie. Kod dan warna pada label adalah betul tetapi warna yang berbeza.

Akhirnya AM dan sahabat mengambil keputusan untuk membawa kesemua cat untuk ditanya di kedai yang AM membeli cat.

Alhamdulillah..

Pihak kedai megaku salah dan ditukar dengan cat yang baru dan warna yang betul.

Permasalahan ini timbul akibat kecuaian pekerja baru yang tersalah base atau warna asas yang disediakan pihak Jotun kepada kedai.

Rupanya base ada warna asas ini mempunyai beberapa warna asas seperti putih, hitam, kuning dan beberapa warna lagi. Apanila tersalah base akan menjadikan warna yang dibasuh menjadi lain.

Bagi AM sedikit membuang masa untuk datang dan tukar cat ini pula. Pihak kedai juga memohon maaf di atas kesilapan ini. Lega sikit dah tak jadi nak marah-marah.

Setelah cat di tukar dan sahabat AM melakukan kerja-kerja mengecat dinding luar Rumah Idaman AM. Dan hasilnya adalah seperti dibawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Alhamdulillah..

Dah nampak seperti Rumah Idaman AM semakin nak siap dan dah boleh nak diduduki tak lama lagi. Masih tertinggal beberapa bahagian yang perlu disiapkan lagi untuk kerja mengecat ini.


Begitu juga dengan bahagian dalam yang perlu  dibasuh dan dicuci. Tunggu perkongsian AM yang seterusnya.

Artikel Terkait

6 comments

allhamdulillah... cantik cat bawah tu...

Alhamdulillah..Terima kasih..Pilihan puan isteri

Wah... Comei la cat tu... Tone warna yg sepadan..

Alhamdulillah..
Terima kasih

Salam,blh saya tahu berapa berapa jumlah kos untuk bina rumah idaman tuan?

Kos keseluruhan tak sampai RM 110 000 termasuk grill rumah, lampu kipas dalam rumah, deposit elektrik, tangki air steel dan water pump dan juga 1 set meja makan..


EmoticonEmoticon