Khamis, 13 Oktober 2016

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Alhamdulillah…

Selepas pemasangan meter TNB yang AM kongsikan. Kini kesemua lampu dan kipas dapat di hidupkan dan mengesan sebarang kerosakan pada lampu, kipas mahupun pada pendawaian elektrik yang telah dilakukan sebelum ini.

Keputusan adalah amat positif sekali, masih belum ada mana-mana lampu atau kipas yang tidak berfungsi mahupun pendawaian yang rosak atau “short”.

Sahabat AM juga telah hampir seminggu berada di Rumah Idaman AM bagi menyiapkan kerja-kerja mengecat yang masih berbaki sedikit.

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik


Terutama kerja-kerja mengecat pintu utama, pintu bilik dan juga pintu dapur Rumah Idaman AM.

AM bukannya tukang cat yang mahir untuk melakukan kerja mengecat kayu terutamanya. Hanya sahabat AM yang dapat membantu melakukan kerja-kerja ini.

Untuk kerja mengecat dinding sebelum ini, AM telah lakukan sendiri seperti cat alas dalam Rumah Idaman, cat alas luar Rumah Idaman, cat colour dalam Rumah Idaman dan cat luar Rumah Idaman AM.

Alhamdulillah..

Sahabat AM sudi membantu untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat pintu di Rumah Idaman AM. Sebelum mengecat pintu perlu juga mengecat cat alas dahulu yang AM pernah kongsikn juga sebelum ini.

Selepas mengecat alas perlu pula mempelas kesemua pintu bagi melicinkan permukaan pintu pula.

Kerja mengecat ini dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan pintu selesai dilakukan. Kerja pemasangan ini juga pernah AM kongsikan suatu masa dahulu.

Sebanyak 3 lapisan cat telah dilakukan oleh sahabat AM untuk kesemua pintu utama, pintu bilik dan juga bingkai pintu.


Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya.. 

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Pintu utama Rumah Idaman AM yang telah siap di cat sepenuhnya. Sebanyak 3 lapisan cat dilakukan untuk mendapat hasil yang terbaik. 

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Pintu bilik tidur yang lain juga sebanyak 3 lapisan cat dilakukan untuk mendapat hasil putih yang AM hendak. 

Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik

Untuk pintu dapur ini, AM sendiri yang cat dan mendapat komen dari sahabat AM yang sedikit kurang memuaskan hati beliau.

Nasihat AM, jika nak mengecat kayu sila dapatkan tukang cat yang mahir untuk mendapat hasil yang sempurna dan cantik. Nak berjimat boleh cat sendiri sahaja.

Terima kasih kepada sahabat semua yang masih sudi membaca pengalaman AM yang ak seberapa ini dalam membina Rumah idaman AM sendiri.

Artikel Terkait

8 comments

alahai.. cantik nye pintu.. tapi putih.. nanti anak2 buat whiteboard.. hahaha~ mengidam btol pintu gini..

cantik pulak warna pink tu..

Terima kasih..Pilihan puan isteri

Terima kasih..pilihan puan isteri..kalau AM nak colour lain je...

Minta2 dijauhkan dari anai2 nanti..

Cantik pintu. Sesuai pulak dengan warna yang dipilih. Ni kalau dah siap keseluruhan mesti lawa ni.

Tanpa Nama delete 14/10/16

sy pun tgh buat rumah.blog ni salah satu reference sy.terima kasih

Alhamdulillah..Insyallah..sama2 doa kan ya..Dah nak siap dah..

Alhamdulillah...Semoga perkongsian AM yang tak seberapa ini dapatmemberi manfaat kepada anda dan orang lain..


EmoticonEmoticon