Jumaat, 14 Oktober 2016

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Alhamdulillah..

Kerja-kerjamengecat siling layar yang AM pernah kongsikan suatu masa dahulu hanya selapis sahaja. Kali ini sahabat AM pula menyiapkan kerja-kerja mengecat siling layar untuk lapisan ke 2 pula.

Sebaiknya 2 lapisan untuk mendapat hasil yang baik. Masih lagi menggunakan baki cat dari Jotun Q-Glo berwarna putih yang AM beli tempoh hari. Boleh dikatakan kerja-kerja mengecat siling layar ini memakan masa yang lama kerana perlu berhati-hati dengan beberapa bahagian yang berhampiran yang telah siap.

Antara bahagian yang paling kritikal adalah dinding luar Rumah Idaman yang telah siap dicat oleh AM sebelum ini. Selain itu, smartwood juga telah dicat sebelum ini oleh AM juga berhampiran dengan siling layar pada bahagian belakang Rumah Idaman dan hadapan Rumah Idaman AM.

Antara hasil yang sempat AM rakam untuk cat siling layar Rumah Idaman AM..

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap



Selain siling layar yang telah siap, siling kapur porch Rumah Idaman AM juga telah siap dicat oleh sahabat AM tanpa diberitahu. Macam dah faham-faham sahaja sahabat AM sorang nie. Dibawah adalah hasil kerja beliau, sebanyak 2 lapisan juga telah dicat. Cantik sangat kan..

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap


Begitu juga dengan hasil pemasangan wayar servis yang TNB pasang belum ini juga memberi hasil yang sempurna dan cantik. Sebelum ini AM pernah kongsikan Pemasangan Wayar Servis oleh pihak TNB.

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap

Rumah Idaman : Cat Siling Layar Siap


Kerana AM tak sempat merakam kerja-kerja mereka, AM hanya sempat merakam hasil kerja mereka. Memang AM memuji hasil kerja mereka yang sempurna dan teliti.

Sekadar perkongsian dari AM yang ingin menyiapkan Rumah Idaman AM. Semakin hampir untuk menyiapkan Rumah Idaman. Moga-moga dipermudahkan segalanya.




Artikel Terkait


EmoticonEmoticon