Rabu, 5 Oktober 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Siap

Alhamdulillah..

Masih lagi diberi peluang dan ruang kepada AM untuk berkongsi sedikit pengalaman membina Rumah Idaman kepada sahabat semua.  Sebelum ini AM pernah kongsikan pengalaman tukang grill memasang grill pada tingkap Rumah Idaman AM

Kali ini mereka datang lagi untuk menyiapkan urusan kerja yang melibatkan grill  Rumah Idaman yang tertangguh akibat raya korban dan kerja-kerja cat pintu yang belum diselesaikan oleh AM sendiri.

Selepas kerja-kerja pemasangan tangki air selesai pada minggu lepas dan sistem paip juga berfungsi dengan baik walaupun ada sedikit permasalahan yang melibatkan kerja-kerja pembaikkan pada sistem paip.

Kehadiran mereka juga tidak dimaklum oleh mereka dan kebetulan pula AM mempunyai kerja-kerja yang hendak disiapkan di Rumah Idaman AM.

 Semasa AM sampai di Rumah Idaman mereka telah pun mula melakukan kerja-kerja pemasangan grill untuk pintu dapur Rumah Idaman. Mereka telah meninggalkan kesemua grill tingkap dan pintu sebelum ini.

Kali ini mereka hanya datang dan terus pasang sahaja grill pintu dapur. Pemasangan grill pintu tidak memberi masalah kerana ukuran yang diambil adalah tepat.

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Siap

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Siap



Untuk grill tingkap bahagian dapur sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan kerana perbezaan pada bahagian bawah dan atas tingkap ini. Pada bahagian bawah mempunyai tiles dinding dan atas pula hanya dinding biasa sahaja.

Mereka terpaksa memotong sedikit bahagian grill bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan grill nanti. Dibawah adalah gambar kerja-kerja memotong grill tingkap dapur Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Siap



Rumah Idaman : Pemasangan Grill Siap

Kerja ini mengambil sedikit masa kerana beberapa kerja harus dilakukan. Pada permulaan kerja memotong grill sebanyak 2 inci terpaksa dilakukan, selepas itu kerja-kerja welding pula dilakukan untuk menyambung kembali frame grill. Seterusnya kerja-kerja akhir untuk grill pula adalah kerja menlicinkan kerja welding tadi dan juga kerja mengecat kembali kesan welding.

Hasil selepas kerja-kerja pengubahsuaian grill tingkap Rumah Idaman AM.



Selain itu, mereka juga melakukan kerja-kerja baik pulih kesemua tingkap Rumah Idaman AM akibat kerja-kerja pemasangan grill yang sedikit berlainan dengan grill rumah yang lain-lain.

Ada tingkap yang terpaksa dibelah dan dibuang sedikit dinding bagi memberi ruang kepada grill yang tidak mengikut ukuran yang tepat pada tingkap Rumah Idaman AM.

Nasihat AM :-Jangan menggunakan kaedah atau jenis grill yang AM gunakan. Kesan adalah sedikit mencacatkan pandangan dan juga tingkap sedikit kurang cantik jika dilihat pada pandangan yang dekat. Cukup AM seorang sahaja yang mengalami pengalaman ngeri ini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon