Rabu, 12 Oktober 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Meter TNB

Alhamdulillah..

Akhirnya meter TNB dipasang jua di Rumah Idaman AM selepas pelbagai usaha AM lakukan untuk mempercepatkan pemasangan TNB.

Sebelum ini AM pernah kongsikan bagaimana untuk memohon meter TNB secara online. Kini semua orang dah boleh memohon meter TNB secara online dan semakin mudah TETAPI

Sebaiknya baca dahulu apa yang AM kongsikan sebelum ini mengenai Memohon meter TNB.

Apabila kita memohon secara online pasti segala urusan adalah online dengan email sahaja. Permohonan LULUS pun secara email sahaja. AM pun pernah kongsikan mengenai Permohonan Meter TNB di LULUSKAN.

Hampir 20 hari AM berusaha untuk mempercepatkan pemasangan meter TNB ini. Dan 20 hari juga pelbagai kerja yang AM lakukan untuk menyiapkan Rumah Idaman AM.

Antara kerja-kerja yang sempat AM siapkan adalah kerja-kerja pemasangan  lampu dan kipas, grill rumah, dan tangki air.

Tanpa diduga selepas 20 hari, mak AM maklum bahawa orang TNB datang untuk pemasangan wayarservis pula. AM juga pernah kongsikan pemasangan wayar servis sebelum ini.

Selepas 2 hari pemasangan wayar servis ini, pihak TNB datang sekali lagi untuk kerja-kerja pemasangan meter TNB pula. Kehadiran mereka hanya disambut oleh sahabat AM yang sedang membantu AM untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Pemasangan Meter TNB


Mungkin kerana kepakaran mereka adalah memasang meter TNB sahaja. Masa untuk mereka melakukan kerja-kerja pemasangan mengambil masa yang singkat sahaja.

Rumah Idaman : Pemasangan Meter TNB


Pemasangan yang kemas dan teratur dari mereka, membuat kedudukan meter TNB nampak kemas dan cantik sahaja. 

Rumah Idaman : Pemasangan Meter TNB



Alhamdulillah.. Akhirnya Rumah Idaman sudah mendapat bekalan elektrik sendiri dan maka bermulalah pembayar bil elektrik dengan nama AM sendiri bulan depan. 

Rumah Idaman : Pemasangan Meter TNB

Kini hanya tinggal menyiapkan kerja-kerja akhir sahaja sebelum AM boleh tinggal di Rumah Idaman Am. Betul-betul Rumah Idaman..

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.





Artikel Terkait


EmoticonEmoticon