Isnin, 3 Oktober 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tangki Air

Alhamdulillah…

Apabila membeli tangki air untuk kegunaan Rumah Idaman AM sebelum ini telah dihantar oleh pihak kedai pada sebelah petang. Memang bagus betul kedai paip ini beli pagi, petang sudah sampai kat Rumah Idaman.

AM menghubungi tukang rumah untuk membantu AM memasang dan menyiapkan segala sistem paip dari telaga rumah ayah AM ke tangki air AM yang baru beli.

Alkisah nak memasang tangki air ini juga sedikit menarik untuk dikongsikan bersama.  Perancangan untuk membeli tangki air ini bermula seawall AM membina Rumah Idaman lagi.

Ketika Rumah Idaman AM hampir siap, AM ada mencadangkan kepada ayah AM untuk menbina menara untuk tangki air bersebelahan dengan Rumah Idaman AM yang amat sesuai.

Perancangan awal hanya membina menara yang ringkas sahaja, tetapi cadangan AM ini kurang mendapat persetujui daripada ayah AM. Ayah AM pula ingin membina menara tangki air yang bertingkat pula.

Pada sebelah bawah menara tangki air adalah tandas dan juga bilik stor. Sebelah atas pula tangki air. Kos untuk membina menara yang di ingini oleh ayah AM adalah RM 10 000 termasuk kos bahan dan juga kos upah.

Cadangan yang amat bernas dari ayah AM tetapi kekurangan modal membuat AM dan ayah terpaksa menangguhkan dahulu untuk membina menara yang di impikan.

AM mengambil lanngkah selamat dengan membeli tangki air 'Stainless Steel' yang telah siap stand yang sedikit mahal berbanding dengan tangki biasa.

Rumah Idaman : Pemasangan Tangki Air


Setelah berbincang dengan tukang rumah AM, kami bersetuju untuk menempatkan tangki air bersebelahan dengan Rumah Idaman AM dan juga dengan bilik tidur AM.

Ruang kaki lima belakang Rumah Idaman AM akan menjadi sedikit sempit dan hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja yang kurus. Ini kerana tapak asal yang hendak dibina menara harus dikosongkan untuk memberi ruang kepada pembinaan menara pada masa akan datang tanpa menganggu bekalan air ke Rumah Idaman AM nanti.

Rumah Idaman : Pemasangan Tangki Air


Tukang rumah AM masih lagi membina tapak untuk meletakkan tangki air ini setinggi 1kaki dari paras lantai kaki lima Rumah Idaman AM bagi mengelakkan percikkan air hujang pada masa akan datang.

Tapak ini hanya dibina dengan menggunakan bata lebihan yang ada sahaja. Selain itu tapak untuk water pump juga dibina bagi menempatkan water pump bersebelahan dengan tapak tangki air.

Kerja-kerja membina tapak tangki air dan water pump ini hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Pembinaan yang asas sahaja untuk semntara waktu sebelum menara tangki air yang dirancang berjalan dan siap.

Selain itu juga kerja-kerja mengecat pintu utama Rumah Idaman AM juga berjalan dengan rancak. Kali ini AM terpaksa meminta bantuan dari sahabat AM yang pakar dalam kerja mengecat yang pernah AM kongsikan suatu masa dahulu.

Rumah Idaman: Cat Colour Dalaman Rumah

Sahabat AM ini telah mendapat tauliah daripada pihak Jotun Malaysia. Beliau juga yang pernah mengajar AM untuk mengecat Rumah Idaman AM sendiri sebelum ini.

Rumah Idaman : Pemasangan Tangki Air


Untuk mendapat bantuan beliau juga AM terpaksa membodek dan memujuk rayu selama sebulan untuk mendapat perkhimatan beliau ini. Amat susah untuk mendapatkan waktu beliau bagi menyiapkan kerja-kerja mengecat pinu Rumah Idaman AM ini kerana permintaan yang tinggi daripada orang lain juga.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu kepada sahabat AM semua.


Artikel Terkait

2 comments

Syukurlah progress rumah berjalan lancar, tak lama dah rumah nak siap

Alhamdulillah..
Minta-minta berjalan dengara lancar..


EmoticonEmoticon