Isnin, 10 Oktober 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Alhamdulillah..

Hampir sebulan yang lepas AM pernah kongsikan pengalaman AM memohon meter TNB secaraonline dengan beberapa isu yang sedikit menjengkelkan sesiapa sahaja yang memohon.

Sesiapa yang pernah memohon meter TNB secara online? Boleh kongsikan pengalaman dengan AM nantinya di bahagian komen.

Setelah hampir sebulan AM memohon dan beberapa kali TNB menolak permohonan AM, akhirnya diterima jua pada penghujung bulan September yang lepas.

Bulan September juga AM telah membayar kesemua harga yang perlu kepada TNB sebanyak RM 2005 yang AM pernah kongsikan suatu masa yang dulu. Permohonan TNB telahdiluluskan.

Hampir 20 hari juga setelah AM membayar kesemua kos TNB baru lah mereka datang untuk memasang wayar servis di Rumah Idaman AM.

Jika sebelum ini mengikut pengalaman sahabat AM yang lain-lain, TNB akan datang memasang wayar servis selepas beberapa hari sahaja selepas membuat bayaran.

Berbeza pula dengan sIstem baru yang diperkenalkan oleh pihak TNB sekarang yang memakan masa hampir sebulan untuk kerja-kerja pemasangan wayar servis dan meter.

Sepatutnya apabila kita menggunakan sIstem baru pastinya perkhimatan atau servis kita semakin baik dan cepat.

Apa yang terjadi kini pada AM adalah semakin lewat dan susah pula. AM berharap pihak TNB dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Semalam tanpa diduga dan diberitahu oleh pihak TNB, kontraktor telah datang ke Rumah Idaman untuk kerja-kerja pemasangan wayar servis sahaja. Kehadiran mereka hanya disambut oleh mak AM sahaja kerana AM sedang bekerja. 

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Alhamdulillah..

Tidak memakan masa yang lama bagi kerja-kerja pemasangan wayar servis ini.Tetapi sebelum mereka datang dan memohon meter TNB ada juga beberapa perkara yang perlu disiapkan seperti :- 


D-hook
Ini adalah kerja pihak kontraktor yang melakukan pendawaian rumah. Untuk Rumah Idaman AM sendiri, AM sendiri yang memasang kerana pendawaian AM lakukan sendiri. 

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Papan Meter

Papan meter juga pihak kontraktor akan memasang selepas kerja-kerja pendawaian dilakukan. Rumah Idaman AM, AM sendiri yang memasang. Kos untuk pemasangan ini juga agak mahal jika nak dibanding dengan pendawaian 1 fasa.

Gambar-gambar lain untuk pihak TNB juga AM sediakan untuk memudahkan urusan permohonan meter TNB. 

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB

Gambar D-hook dan juga tiang TNB yang paling hampir dengan Rumah Idaman adalah syarat yang TNB minta dan perlu disertakan bersama-sama 

sedikit perkongsian dari AM untuk sahabat semua. Semoga bermanfaat..







Artikel Terkait

4 comments

salam tumpang tanya..
berapa saiz cabel dari DB ke meter tnb?
casing cabel dari hook ke meter tu tu tuan sediakan ke atau pihak TNB yang Buat sendiri

Wasalam tuan yazid..
saiz kabel dari DB ke meter jika tidak silap AM 15mm
casing cabel pihak kontraktor yang di lantik oleh TNB yang pasang untuk kabel dari tiang ke papan meter


EmoticonEmoticon