Sabtu, 1 Oktober 2016

Rumah Idaman : Stainless Steel Water Tank

Alhamdulillah…

Selepas pinjaman diluluskan untuk kali kedua untuk AM menyiapkan Rumah Idaman yang terpaksa AM lakukan. Dengan pinjaman kedua ini, AM telah sempat membayar deposit TNB yang AM pernah mohon dan kongsikan sebelum ini.

Kebetulan pula isteri AM perlu servis kereta kesayangannya untuk 50 000 KM. Selesai urusan servis kereta di pusat servis Perodua Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

AM sempat singgah di kedai peralatan paip yang AM pernah membeli tangki septik semasa AM memulakan membina Rumah Idaman AM.

Kali ini AM singgah untuk bertanyakan tangki air untuk Rumah Idaman AM pula. Sudah beberapa bulan dan kedai AM bertanyakan harga tangki air ini.

AM merancang untuk mencari tangki air steel kerana ketahanan dan keupayaan menyimpan air di tempat rendah dengan risiko yang minimum.

Kenapa tangki air steel dan bukan tangki air plastic atau “poly”?
Rumah Idaman : Stainless Steel Water Tank


Tangki Air SteelTidak berkarat kerana menggunakan stainless Steel sebagai bahan utama.Mempunyai kaki atau stand.Berbentuk selinder yang memberi kelebihan daripada risiko khianat.Penutup yang boleh ditutup rapat dengan skru yang disediakan.Harga mahal.


Rumah Idaman : Stainless Steel Water Tank

Tangki Air “poly”Bentuk yang bulat dan rendah.Risiko khianat yang tinggi.Penutup tidak boleh dikunci.Tidak mempunyai stand seperti tangki air steel.Menghasilkan bau plastic di awal penggunaan tangki.Mudah rosak dengan perubahan cuaca terutama apabila berada di luar rumah.


Antara kelebihan dan kekurangan 2 tangki yang biasa rumah gunakan untuk menyimpan air.

AM pula merancang untuk meletakkan tangki air di bahagian luar Rumah Idaman AM. Ini kerana akan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan juga kerja-kerja baik pulih jika berlaku sebarang kerosakan pada tangki mahupun pada system pepaipan.

Tangki yang menjadi pilihan AM adalah tangki air stailess steel yang berkapasiti 1000 liter dengan harga RM 980 sahaja. Harga asala adalah RM 1000 tetapi sebelum AM membeli tangki septic tempoh hari AM telah bertanyakan harga bagi tangki stailess steel ini. Dapat la juga harga lama. Alhamdulillah.

Memandangkan AM merancang untuk meletakkan tangki air di luar Rumah Idaman AM, terpaksa juga membeli 2 biji water pump untuk menampung penggunaan air di Rumah Idaman AM.
Rumah Idaman : Stainless Steel Water Tank


Kenapa 2 biji water pump?

Pelikkan?

Sebenarnya AM mengambil sumber air daripada telaga rumah ayah AM yang bersebelahan Rumah Idaman AM sahaja. Air telaga di rumah ayah AM adalah yang terbaik daripada air kerajaan sediakan. Dari AM kecil hingga sekarang memang telaga rumah ayah AM tak pernah kering mahupun berubah warna. Alhamdulillah.

Ayah AM juga telah memberi kebenaran untuk menggunakan sumber air telaga dari rumahnya. AM hanya perlu membeli sebiji water pump untuk menyedut air dari telaga ke dalam tangki simpanan air Rumah Idaman AM.

Selesai sebiji water pump di telaga rumah ayah AM. Sebiji lagi water pump AM gunakan untuk menyedut air dari tangki simpanan air ke dalam Rumah Idaman AM pula. Water pump ini terpaksa digunakan kerana kedudukan tangki air di luar dan rendah daripada paip yang ada di Rumah Idaman AM.


Jika belajar fizik dulu pasti akan faham kenapa AM gunakan lagi water pump di tangki simpanan air Rumah Idaman AM. 

Ini apa yang AM rancangkan dan kesemuanya dipasang oleh tukang Rumah Idaman AM nanti. Boleh ke pasang apa yang AM rancangkan? Nantikan perkongsian seterusnya.

Artikel Terkait

2 comments

Insha Allah, semoga impian untuk rumah idaman AM menjadi kenyataan.. =)

Insyallah..sama2 doakan dipermudahkan segalanya..Aminn


EmoticonEmoticon