Sabtu, 26 November 2016

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat
10 Khasiat dan kebaikkan Chia Seed untuk diet yang sihat, AM lebih suka dengan panggilan CS sahaja.

Kebetulan pula AM dalam proses untuk menurunkan berat badan selepas peningkatan yang mengejutkan selepas kejadian KaffarahdariNya.

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat


Hari ini ramai yang berbicara mengenai CS ini. AM juga tertanya-tanya apakah CS ini sebenarnya. Apa yang jumpa adalah kebaikkan dan khasiat CS.

Punyalah banyak khasiat dan kebaikkan CS ini, AM kumpul dan satukan semuanya. DIbawah adalah 10 khasiat dan kebaikkan CS untuk diet yang sihat.

Dapat Melawan Diabetes

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat

Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi sebagai salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman.

 Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.
Bagi pesakit diabetes amat digalakkan untuk mengamalkan CS ini.

Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya pengambilan sebanyak 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa.
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik.
Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman. Ada juga yang mencadangkan dengan beberapa biji CS di dalam setiap kali memasak nasi boleh memberi khasiat yang hamper sama dengan memakan CS sahaja.

 Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin.
Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

Lebih Banyak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, bijian chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
 Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.
Ingat setiap hari kita terdedah dengan pelbagai pencemaran yang tak dapat di elakkan oleh kita, pengambil CS dapat mengimbangkan nutrient di dalam badan anda.

Kaya Dengan Protein
Biji Chia Seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol.
Hanya dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil sudah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

Mudah Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed.
Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis.
Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

Penuh dan kaya dengan Omega-3
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Biji Chia Seed ini, bagi yang berdiet bolehlah amalkan pengambilan biji chia seed ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang merancang atau sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti AM. Boleh dapatkan di mana-mana kedai yang menjualkan Chia Seed ini. Nanti AM kongsika resepi yang sedap untuk makan CS ini.


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon