Jumaat, 25 November 2016

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

5 jenis makanan sihat untuk isteri mudah hamil. Suami isteri yang inginkan zuriat pasti akan berusaha untuk cepat hamil bukan?

Begitu juga dengan AM dan isteri, hamper 4 tahun sudah AM berumahtangga dan masih lagi di uji olehNya. Bersabar dan terus berusaha.

Kali ini AM nak kongsikan khas buat isteri yang disayangi oleh suami. Makanan yang sihat lagi cepat untuk hamil.

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil



Untuk isteri mungkin banyak kemungkinan yang agak susah nak di jelaskan secara ringkas. 

Adakah para isteri mengetahui waktu subur untuk bersama suami dan memudahkan isteri hamil? Ketahui waktu subur isteri.

Yang biasa di hadapi oelh isteri adalah Rahim Lemah yang menjadi punca isteri susah hamil. Mungkin beberapa makanan di bawah boleh membantu para isteri untuk hamil cepat.

Antara makanan sihat yang korang boleh amalkan untuk tingkatkan kesuburan pasangan suami isteri adalah:

Produk Susu 


5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

Susu memang kaya dengan kalsium. Itu semua orang tahu. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu produk susu jugak boleh menghasilkan hormon kesuburan untuk mudah hamil.

Produk susu yang aku maksudkan dekat sini bukan setakat susu lembu saja tapi termasuk juga susu kambing, keju, yogurt dan sebagainya.
Sekarang ada pelbagai jenama susu yang mudah di dapati di mana-mana, malah susu kambing juga sudah ada dalam serbuk dan tidak berbau.


Kurma


5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

Buah kurma ni dah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri. Buah kurma ni mengandungi asid folik yang membantu pembentukan sel baru dalam rahim isteri.

Bagi yang rasa tak boleh nak makan kurma, boleh campurkan susu kambing, kurma dan madu untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. 

Madu

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Madu pun antara makanan yang dah lama diamalkan sejak turun temurun untuk senang mengandung. Madu dapat mencegah gangguan haid pada isteri serta menjadi tubuh badan sentiasa segar.

Bagi suami pulak, madu dapat meningkatkan jumlah dan kualiti sperma dan mencegah daripada kemandulan. 

Masyarakat melayu dulu-dulu sentiasa mengamalkan madu bersama telur ayam kampong. Kita sekarang nak dapat telur kampong pun dah susah bukan?

Kopi

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Kopi ni lebih makanan sihat untuk suami. Kopi dikatakan boleh meningkatkan keaktifan sperma tapi anda perlu tahu yang kopi ini tak boleh diambil secara berlebihan.

Sehari secawan pun dah cukup. Dan penting untuk anda minum kopi yang di'brew' daripada kacang kopi yang dipanggang. Kopi yang jenis ini agak mahal tapi kurang kandungan kafein.

Bukan juga kopi yang dibancuh di kedai mamak, memang kaw tapi manis gila, lagi tidak baik untuk kesihatan anda juga.

Kekacang

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Walnut, badam dan aprikot adalah antara kekacang yang anda boleh amalkan supaya cepat hamil. Kekacang jenis ini mengandungi omega 3 yang sangat baik dalam menjaga fungsi sistem reproduksi suami dan isteri.

Bukan isteri je yang kena makan kekacang, suami juga boleh mengamalkan makan kekacang .

Nak zuriat mesti berusaha bersama-sama bukan hanya pada isteri semata-mata sahaja. Harus juga di ingatkan bahawa kesuburan bukan hanya isteri sahaja tetapi suami juga mempunyai factor yang sama juga.

Suami juga mempunyai makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma yang AM kongsikan sebelum ini. Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma.


Semoga perkongsian sedikit sebanyak dapt membantu sahabat AM yang masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon