Ahad, 20 November 2016

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging yang ramai tidak sedar yang bagus untuk tubuh badan kita.

Berjogging mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat yang ramai orang abaikan. Berjogging adalah salah satu aktiviti yang sihat untuk badan. Semua orang sudah maklum bukan?
5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Paling penting adalah berjogging tidak memerlukan peralatan yang khusus untuk melakukannya. Hanya memerlukan pakaian dan kasut suka yang bersesuai sahaja. Mudah bukan untuk berjogging?

Mudah bukan untuk berjogging. Tidak menjadi alas an untuk kita mula berjogging. Mesti ramai yang nak tahu kelebihan dan manfaat dari berjogging. Tajuk pun dah manfaat dan kelebihan berjogging.

Manfaat untuk Jantung
Manfaat untuk jantung yang sihat, ini kerana dengan berjogging kita telah menggalakkan otot-oto jantung untuk bekerja dan memberi aliran darah ke dalam badan menjadi lebih baik.

Paling penting adalah dengan berjogging sahaja kita sudah merendahkan risiko serangan jantung kepada diri sendiri.

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Serangan jantung tidak mengenai usia mahupun jantina. AM pernah kongsikan BahayanyaSerangan Jantung ini.


Mengurang Berat Badan
Ini yang AM impikan selama ini, hanya dengan berjogging sahaja mampu menurunkan berat badan. Betul ke?

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Secara purata jika kita berjogging selama 1 jam sahaja sudah mampu membakar 1000 kalori. Secara logiknya, apabila kalori telah dibakar maka berat badan juga akan menurun.

Jangan pula berjogging sehari sahaja dah nak turun 5kg terus. Tak akan terjadi la macam itu sekali. Berjogging perlu diamalkan setiap hari atau 3 kali seminggu dengan pemakanan yang betul.

Kualiti Tidur
Berjogging memberi badan kita mengeluarkan peluh dan memenatkan badan. Badan yang penat akan memberi waktu tidur yang sedikit panjang berbanding kita hanya berada di rumah sahaja.

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Secara tidak langsung berjogging boleh merawat penyakit imsonia yang sukar tidur malam.

Manfaat Untuk Mental

5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,berjogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu berjogging juga mampu untuk mengurangkan tanda-tanda kemurungan.

Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap berjogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 

Beberapa kelebihan dan manfaat daripada berjogging. Hebat bukan hanya dengan berjogging sahaja dah dapat 5 manfaat tanpa kita sedar.

Esok boleh mula berjogging dah AM pun walaupun masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan kaki pada bulan April 2016 yang lepas.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat AM semua. Ayuh kita berjogging semua…



Artikel Terkait

7 comments

patutla Ainaa slalu sakit... jrg berjogging rupanya. hahaha aina lebih suka aktiviti lasak tapi jogging ke gi gym ke xsuka plk >_<

Sebenarnya jika kita keluarkan peluh pun dah dikira bersenam tak kira la aktiviti ringan atau lasak..

Janji berpeluh dan jantung kita bekerja dengan kuat akan meyebabkan pegedaran darah akan lebih efektif.. Tak gitu

berjogging memang bagus untuk kesihatan

Betul..tak perlu nak buat senaman yang pelik2 pun untuk menjaga kesihatan

Gud sharing Am, lepas ne nak jogging semula

Pada pendapat chloe berjogging dpt membuatkan chloe rasa tenang, happy, and dapat release tension.. Lagi satu sejak chloe amalkan rutin ini chloe sudah ada nafsu makan.... Kepala tak sakit lagi... I likebjogging


EmoticonEmoticon