6
makanan penyebab sakit sendi
6 makanan penyebab sakit sendi, sekarang
muda-muda lagi dah ada yang mempunyai
masalah sakit sendi.
Makanan adalah penyebab utama kesemua
masalah kesihatan kita. Nafsu makan kita hari ini semakin menjadi-jadi dan
pelbagai pilihan makanan segera yang boleh menjadi penyebab masalah sakit
sendi.
Dibawah AM senaraikan 6 makanan
penyebab masalah sakit sendi :-
Makanan bergoreng
Hari ini semua makanan adalah
bergoreng yang paling mudah terutamanya makanan segera. Tahukah kita akan
bahaya makanan bergoreng ini?
Makanan bergoreng memang sedap
tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan jangka masa panjang
terhadap kesihatan.
Dikatakan individu yang gemar
mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang
sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan
berat badan.
Ini secara tidak langsung
mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.
Makanan bergoreng juga penyebab Masalah Perut Buncit dan Kolesterol Tinggi.
Garam
Garam
Pertambahan kandungan garam di dalam
tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi.
Oleh itu, segeralah hindari makanan
yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan
dan sebagainya.
Garam juga Penyebab Utama Serangan Jantung dan Punca Masalah Lelaki.
Daging
Daging
Ramai yang sedia maklum bahawa daging
mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap
artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging
dalam menu masakan seharian.
Ini disebabkan kandungan lemak yang
terdapat di dalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun yang akan memburukkan masalah radang yang
dirasai.
Alkohol dan rokok
Alkohol dan rokok
Merokok dan pengambilan alkohol
dalam tempoh yang kerap merupakan satu tabiat yang buruk.
Penghidap artritis atau masyarakat
yang mementingkan kualiti hidup yang sihat mesti menjauhi dua perkara ini.
Gluten
Gluten
Gluten adalah sejenis protein yang
terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang
menderita sakit sendi maka sebaiknya perlu menghidari makanan seperti ini lantaran
gluten yang terkandung di dalamnya.
Produk berasaskan susu
Produk berasaskan susu
Kandungan protein di dalam
susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya
melindungi tubuh daripada masalah peradangan.
Individu yang bertarung dengan
penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang
menggunakan ia sebagai bahan utama.
Semoga perkongsian ini dapat membantu
sahabat AM yang sedang menghadapi masalah sendi untuk menjauhi 6 makanan yang
menjadi penyebab masalah sendi.
2 comments
huhu. busyra suka makanan goreng. tp cuma gunakan minyak yg sikit. btw nice entry :) tq atas info ini.
Alhamdulillah..
EmoticonEmoticon