Makanan yang
mengaktifkan cyst, ramai yang ambil mudah mengenai pemakanan seharian kita.
Tahukah anda kaum wanita bahawa cyst wujud dari pemakanan yang dimakan setiap
hari.
Sebelum ini
AM pernah kongsikan mengenai 10 Pemakanan Yang Ramai Orang Abaikan yang mana
dapat menghilangkan fibroid tanpa pembedahan.
Kali ini AM
nak kongsikan pula mengenai makanan yang perlu di elakkan bagi kaum wanita yang
telah mempunyai masalah cyst ataupun yang masih sihat.
Dibawah ini
AM kongsikan, semoga pembacaan kali ini membuka minda kita semua mengenai
makanan yang kita makan seharian membantu atau mencegah masalah cyst.
Kita mulakan
dengan Makanan yang Perlu Dielakkan oleh wanita. AMARAN
!!
Soya dan
evening primrose
Soya dan
evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan
manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan
estrogen.Oleh itu, bila anda makan benda ini maka paras estrogen dalam badan
anda akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Secara puratanya, cyst ini
wujud pada semua wanita. Persoalanya, samaada cyst ini kecil atau besar sahaja.
Boleh hilang dengan semulajadi ataupun tidak.
Sebaiknya
anda mencegah cyst ini dari terus membesar yang pasti akan memberi masalah yang
lebih teruk lagi.
info
yang baru AM tahu: minum
soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan
risiko untuk anak tu mendapat kanser. Dan, mengikut kajian keatas pesakit
kanser payudara pula, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
Ayam
Ramai yang
makan ayam bukan? Ayam yang dimaksudkan adalah ayam Bandar atau ayam yang
diternak secara besar-besaran. Ayam ini akan disuntik hormone untuk
mempercepatkan kadar pembesaran. Biasanya hormon yang disuntik adalah hormone estrogen.
Estrogen ini
yang mempercepatkan pembesaran cyst. Cuba anda renung seketika, berapa banyak
ayam yang anda makan selama ini? Berapa banyak hormone estrogen yang telah
masuk ke dalam badan anda?
AM lagi suka
makan ayam organic atau ayam kampung sahaja. Harga mahal sikit daripada ayam Bandar
la.
Ikan keli
yang dibela
Kenapa ikan
keli yang dibela tak boleh dimakan? Ikan keli yang dibela ini di beri makan
dedak dan juga lemak ayam. Sendiri bayangkan cam mananya.
KAWAL
PEMAKANAN
Kolestrol
juga adalah penyebab kenaikan hormon estrogen. Kolestrol adalah precursor
kepada estrogen.
Disini AM
kongsikan juga bersama jenis makanan yg amat sesuai dan yang harus di elakan bagi wanita yang mempunyai
masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi masih lagi
berulang kembali.
Makanan yang
di galakkan
> Ikan
laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran
jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea
>
Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah
> Sayuran
- kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi
>
Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi
kayu
> Sup
miso ( sejenis pes yang di buat dari kacang soya yang di peram dicampur ke dalam sup
untuk di jadikan miso sup)
> Teh
hijau
Makanan
yg harus di elakkan
> Daging
merah (kambing & lembu)
> Ayam (
Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk
tenusu seperti keju
> Ikan
haruan
> Gamat
> Bahan
perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan
manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman
berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan
segera - burger, sosej, nugget, mee segera
> Makanan
ringan - cip kentang, jajan
> Makanan
berlemak/ berminyak
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk mengelak daripada daripada
cyst dan juga beberapa panduan yang AM kongsikan sebelum ini.
Antaranya adalah
:-
6 comments
tq for share
Info yang berguna khusus utk wanita..
Terima kasih share.
Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu.
theathra.blogspot.my
ur welcome sis...share posting ini jika bermanfaat..
Alhamdulillah...
Perkongsian untuk diri sendiri dan juga kaum wanita di luar sana..
Alhamdulillah..
EmoticonEmoticon