Sakit kepala
atau migraine adalah masalah yang biasa di alami oleh setiap antara kita. Ramai
yang mencari cara menghilangkan sakit kepala yang ringkas tanpa berjumpa
dengan doktor yang pasti memerlukan perbelanjaan.
Pelbagai
punca dan penyebab kepada sakit kepala, antaranya
- Tekanan
- Kemurungan
- Migrain
- Penyakit berserta ketengan dalam mata
- Sakit gigi dan tulang rahang
- Kejang otot
- Kecederaan kepada dan leher
- Angin ahmar
- Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak
- Tekanan darah tinggi
- Pengambilan dadah atau racun
Mungkin ada
di antara kita yang sakit kepala berpunca daripada permsalahan di atas bukan?
Selalu apabila sakit kepala sahaja pasti PANADOL adalah peneman bukan?
Apa kata
kali ini kita mengurangkan sakit kepala tanpa menggunakan panadol pula. Kita
menggunakan teknik semulajadi yang lebih sihat dan selamat.
Sudah
bersedia untuk mengetahui cara mengilangkan sakit kepala? Teruskan membacanya.
Limau Kasturi
Selalu bukan
kita melihat orang-orang tua yang berjalan jauh pasti akan membawa limau untuk
dicium semasa dalam perjalanan kan? Petua orang lama pula adalah dengan perah
air asam limau kasturi di kepala dan ramas dengan manja rambut. Sambil-sambil
ramas boleh juga memicit kepala yang sakit tadi. Kulit limau tadi jangan pula
di buang masih ada gunanya. Masukkan kulit limau tadi ke dalam bekas yang
berisi air dan boleh digunakan untuk membilas kepala dan badan.
Minyak Panas
atau Minyak Cap Kapak
Bukan minyak
masak yang panas tau. Orang tua-tua selalu cakap kalau sakit kepala sapu je
minyak angin nanti hilanglah sakit kepala. Ramai yang pernah mengalami situsi
begini bukan? Cara yang betul adalah dengan dengan menyapu minyak cap kapak
pada tapak tangan dan dilumur pada bahagian kepala, leher dan belakang telinga.
Lakukan urutan secara manja pada bahagian tadi.
Peringatan :
cara ini hanya berkesan kepada yang sudah biasa menggunakan minyak cap kapak
untuk menghilangkan sakit kepala. Yang tak biasa boleh menggunakan cara di
bawah ini.
Guna Pek Ais
Cara yang
paling mudah dan semua orang mampu lakukan untuk menghilangkan sakit kepala.
Hanya dengan meletakkan air di kepala yang sakit sahaja. Kepala akan menjadi
kita merasa kebas sahaja. Paling mudah adalah dengan membalut ais dengan tuala
sahaja.’
Rehatkan
Diri
Cara ini
adalah yang paling ramai orang lupa untuk lakukan apabila mengalami masalah
sakit kepala. Apabila sakit kepala menyerang, cuba rehatkan diri di tempat yang
sesuai seperti di rumah anda sendiri. Caranya adalah dengan berbaring seketika
di tempat yang sedikit gelap dan bebas dari gangguan yang boleh menambahkan
lagi sakit kepala.
Rehatkan
diri seketika, jika mampu tidur seketika lagi baik. Cara ini nampak mudah tapi
sukar untuk dilakukan di tempat kerja terutamakan di pejabat.
4 teknik
untuk menghilangkan sakit kepala paling senang untuk dilakukan oleh sesiapa
sahaja. AM juga mengalami sakit kepala dan AM tidak suka untuk mengambil penadol.
Apa yang AM
lakukan adalah seperti di atas sahaja, Insyallah segala penyakit akan hilang
apabila kita mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menghilangkan sakit
kepala tanpa panadol.
EmoticonEmoticon