Khamis, 17 November 2016

Endometriosis - Apa itu Endometriosis

Endometriosis - Apa itu Endometriosis

Penyakit Endomoetriosis merupakan satu penyakit yang luar biasa. Kenpa luar biasa? Ini kerana ramai yang tidak mengetahui akan penyakit ini sedangkan hari ini semakin ramai wanita yang mungkin menghidapinya tanpa sedar.


Endometriosis - Apa itu Endometriosis

Antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini adalah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan juga keguguran yang mungkin berulang.

Ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan sebagainya.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium yang  tumbuh di luar rahim.    


Endometriosis - Apa itu Endometriosis

Selaput ini biasanya gugur bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary
Persoalan yang timbul adalah bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Biasanya tisu endometrium ini boleh muncul pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, atau juga  di tempat-tempat yang agak pelik seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  


Endometriosis - Apa itu Endometriosis

Malah endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Adakah anda juga sedang menghadapinya?

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba di jelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    


Diantaranya ada kemungkinan darah kotor (haid) yang melimpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Atau mungkin juga disebabkan kedudukan rahim yang tidak betul seperti rahim jatuh ke belakang tulang ( retroverted uterus).

Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang sekali untuk mendapat penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.  Hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang mengalami tekanan jiwa (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Wanita diluar sana yang stress adalah mangsa yang berpotensi untuk mendapat enyakit endometrium ini. Yang stress boleh mula ambil cuti hujung tahun untuk melegakan stress yang dah berkumpul selama ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita yang stress telah lemah, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badan sendiri.   

Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat dan mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi semakin tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Penyakit cyst pernah AM ulas sebelum ini yang banyak dibincangkan oleh sesiapa sahaja di kalangan wanita mahupun pakar-pakar perubatan.

Antara artikel-artikel AM sebelum ini berkaitan dengan cyst adalah :-


AMARAN! Makanan Yang Aktifkan CYST
Fibroid - CaraMencegah dan Cadangan Supplement

Beberapa artikel mencegahan cyst yang perlu diketahui oleh golongan wanita kini.


Makanan Beralkali Baik Untuk Badan

Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Untuk Wanita

Artikel Terkait

2 comments

terima kasih AM sudi share info pasal endometriosis. skrng dh tau sedikit sbnyk :)

Alhamdulillah...
Nantikan sambungannya nanti..hihihi


EmoticonEmoticon