Endometriosis
- Apa itu Endometriosis
Penyakit Endomoetriosis merupakan satu penyakit yang luar biasa.
Kenpa luar biasa? Ini kerana ramai yang tidak mengetahui akan penyakit ini
sedangkan hari ini semakin ramai wanita yang mungkin menghidapinya tanpa sedar.
Antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini adalah
senggugut dan kesakitan, kemandulan dan juga keguguran yang mungkin berulang.
Ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti
pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan sebagainya.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar
biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium yang
tumbuh di luar
rahim.
Selaput ini biasanya gugur bersama-sama darah
haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang
telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria,
menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary
Persoalan yang timbul adalah bagaimana selaput
endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tisu endometrium ini boleh muncul pada kilang telur (ovari),
belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi
kencing, atau juga di tempat-tempat yang
agak pelik seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun
pembedahan untuk tujuan lain.
Malah endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim
menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Adakah anda juga sedang menghadapinya?
Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat
yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa
teori yang cuba di jelaskan berlakunya keadaan seperti
ini.
Diantaranya ada kemungkinan darah kotor (haid) yang melimpah ke
belakang rahim melalui saluran fallopian. Atau mungkin juga disebabkan
kedudukan rahim yang tidak betul seperti rahim jatuh ke belakang tulang (
retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit
endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted)
jarang sekali untuk mendapat penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini
di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Hakikat
sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada
juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita
yang mengalami tekanan jiwa (stress), yang mudah menggelabah dan di
kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi
I.Q.nya.
Wanita diluar sana yang stress adalah mangsa yang berpotensi
untuk mendapat enyakit endometrium ini. Yang stress boleh mula ambil cuti
hujung tahun untuk melegakan stress yang dah berkumpul selama ini.
Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan
pada wanita yang stress telah lemah, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari
tubuhnya kini menyerang balik tubuh badan sendiri.
Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada
tempat dan mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi semakin tebal akibat daripada
rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan
endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama
kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate
cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti
pasta coklat.
Penyakit cyst pernah AM ulas sebelum ini yang banyak
dibincangkan oleh sesiapa sahaja di kalangan wanita mahupun pakar-pakar
perubatan.
Antara artikel-artikel AM sebelum ini berkaitan dengan cyst
adalah :-
AMARAN! Makanan Yang Aktifkan CYST
Fibroid - CaraMencegah dan Cadangan Supplement
Fibroid - CaraMencegah dan Cadangan Supplement
Beberapa artikel mencegahan cyst yang perlu diketahui oleh golongan wanita kini.
Makanan Beralkali Baik Untuk Badan
Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Untuk Wanita
2 comments
terima kasih AM sudi share info pasal endometriosis. skrng dh tau sedikit sbnyk :)
Alhamdulillah...
Nantikan sambungannya nanti..hihihi
EmoticonEmoticon