Ahad, 6 November 2016

Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol

Hilangkan sakit kepala tanpa Panadol, nampak terlalu ringkas tapi ramai antara kita yang mengambil jalan mudah dengan mengambil Panadol untuk menghilangkan sakit kepala.

Pengambilan Panadol jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang terjadi kesan sampingan daripada pengambilan Panadol.

  Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


Ada beberapa cadangan yang boleh kita amalkan untuk menghilangkan sakit kepala yang dialami selain daripada pengambilan Panadol yang cukup berbahaya untuk jangka masa yang panjang.

-Minum Air Elektrolit

  Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


Tidak kurang juga ada yang melaporkan dengan meminum air elektrolit seperti 100plus, Revive atau bermacam lagi minuman elektrolit yang ada di pasaran. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk menghilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Ckup sekadar dapat mengatasi masalah sakit kepala dan bukanya menjadi minuman harian. Semasa AM menyiapkan Rumah Idaman, memang AM mengamalkan 100plus sebagai minuman selepas bekerja. Huhuhu..

-Letakkan Kain Basah di Dahi
Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti juga cara menggunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

-Rendam Kaki Dalam Bekas Air Panas

  Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


Lagi cara untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas, bukan yang betul-betul panas tau. Dengan ini anda boleh menarikkan penggaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat merasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara menghilangkan sakit kepala dengan merendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja.

-Guna Epal dan Cuka Epal Cider

  Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali di dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditabur sedikit garam. Minum air masak secukupnya.

Tambahan lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

-Rawatan Akupuntur

  Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, di nasihatkan untuk mendapat rawatan akupuntur sebagai cara untuk menghilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan.

Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. AM percaya dengan rawatan ini dapat memberi kesan yang positif. Belum cuba, belum tahu bukan?

Tambahan AM
Pastikan minum air yang secukupnya, bukan air manis-manis tau. Minum air masak yang cukup dan sesuai dengan badan kita sendiri. Purata yang di cadangkan oleh pakar-pakar kesihatan adalah 2 liter sehari untuk setiap individu untuk mmenghindari dehidrasi yang boleh mengakitbatkan sakit kepala.

Segera Berjumpa Doktor
Jika anda mengalami sakit kepala yang berterusan, di nasihatkan untuk terus berjumpa dengan doctor dan dapatkan nasihat daripada doctor yang bertauliah. Jika sakit kepala yang terlalu kerap dan terlampau teruk, lebih baik berjumpa doctor pakar. Ada kemungkinan juga sakit kepala yang kerap dan terlampau juga disebabkan tumor di kepala, siap tahu bukan?


Artikel Terkait

2 comments

nice tips. thanks for sharing! btw salam kenal. :)

Alhamdulillah..
Salam kenal kembali kepada anda..


EmoticonEmoticon