Khamis, 24 November 2016

Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma

Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma, agak berat untuk dibincangkan tetapi inilah kenyataan yang wajib kaum lelaki terima.

Kesuburan bukan untuk kaum wanita sahaja, kesuburan juga berkaitan dengan kualiti sperma yang dihasilkan oleh lelaki atau suami. Jika berkualiti sperma yang dihasilkan dan isteri juga mempunyai tahap kesuburan yang maksimun, untuk mendapat anak adalah tinggi.


Apabila berbicara mengenai hal kesuburan lelaki, ramai yang akan memandang sebelah mata sahaja. Termasuklah AM suatu masa dahulu.

Kebanyakkan lelaki akan beranggapan bahawa mereka sentiasa mempunyai sperma dan yakin dengan diri sendiri.

AWAS !! Mungkin suami juga mempunyai masalah kesuburan tanpa disedari oleh diri sendiri. Jika anda mampu menghasilkan sperma, belum tentu lagi sperma yang dihasilkan adalah BERKUALITI.



Bagaimana untuk memeriksa kualiti sperma lelaki? Ramai yang tak tahu bukan. Kini untuk mengetahui kuantiti dan kualiti sperma boleh dilakukan di makmal kesihatan sama ada hospital kerajaan mahupun swasta.

AM pernah kongsikan pengalaman melakukan Prosedur Untuk Ujian Sperma (Semen Analysis) suatu masa dahulu.

Jika anda dah melakukan ujian kesuburan, AM ucapkan TAHNIAH kepada anda kerana mengambil langkah yang cukup berani.

Perlu juga kita melihat beberapa factor yang menyumpang kepada masalah kualiti sperma adalah :-

1) Pengambilan dadah
2) Pengambilan alkohol
3) Duduk terlalu lama. Risiko kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu
4) Merokok
5) Tekanan diri
6) Obesiti atau kegemukan
7) Faktor dari segi perubatan, seperti masalah ejakulasi, hormon yang tidak seimbang dan lain-lain.


Sebenarnya banyak factor yang menyumbang kepada permasalahan kualiti sperma ini tetapi ada beberapa cara yang dapat membantu untuk memulihkannya kembali.

Kali ini AM nak kongsikan beberapa makanan yang perlu di ambil oleh setiap lelaki yang normal mahupun yang bermasalah dengan kualiti sperma ini.

Antaranya adalah : -

Pisang
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas.Pisang  adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon nafsu lelaki.

Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik. Boleh mulakan mengamalkan makan pisang setiap hari.


Coklat
Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma.

Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Semua orang suka coklat bukan.


Bawang putih
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma

Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

AM sengaja melebihkan bawang putih di dalam masakan AM. Jika susah untuk makan bawang putih yang semulajadi, boleh juga dapatkan bawang putih di dalam bentuk pil yang senang di ambil oleh sesiapa sahaja. 


Buah delima
Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. 

Buah delima sentiasa di rumah AM kerana isteri amat suka akan buah delima ini.


Daging merah
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya.

Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.

Zink juga boleh di dapati di dalam bentuk pil yang mudah di makan seperti Zink Complete dari Shaklee.


Kacang walnut
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki.

Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.


Bayam
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.

Susah nak dapat bayam pada hari ini. Jika ada pun dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Telur
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.

Kaum Melayu, amat menyarankan pengambilan telur ayam kampung bersama madu untuk tenaga batin.


Air
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma.

Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari. Bukan air yang manis atau yang bergula.

AM pernah juga kongsikan Kelebihan Minum Air Masak yang ramai tak tahu.

Cukup dahulu dengan 8 makanan yang mampu memberi kualiti sperma kepada lelaki untuk memberi zuriat kepada keluarga. AM juga masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak yang pertama.

Mungkin ini ujian yang diberi olehNya kepada Am dan isteri. Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat yang yang mengalami masalah ini ataupun yang dahagakan ilmu pengetahuan mengenai kualiti sperma.




Artikel Terkait

2 comments

Terima kasih perkongsian ini..

Alhamdulillah..Sama-sama


EmoticonEmoticon