Hilangkan jeragat dengan hanya Habbatus Sauda, biar
betul? Kita biasa dengar yang Habbatus Sauda hanya untuk kesihatan dalaman
sahaja kan.
AM pernah kongsikan Khasiat Habbatus Sauda pada
artikel sebelum ini.
Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu Habbatus Sauda
juga sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit kita! Bagaimana?
Kali ini AM nak kongsikan bagaimana Habbatus Sauda
yang terkenal ini boleh membantu untuk menghilangkan JERAGAT yang bertapak di
muka anda.
Sudah bersedia untuk berperang dengan jeragat yang
degil di muka? Baca betul-betul dan lakukan dengan kadar segera. Dibawah adalah
petua-petua yang boleh kita amalkan.
PETUA 1
1. Tumbuk Habbatus Sauda sehingga menjadi
serbuk.
2. Campurkan dengan madu sehingga menjadi
'paste'.
3. Sapukan pada wajah dan biarkan dalam setengah
jam.
4. InsyaAllah jika diamalkan akan memudarkan jeragat
dengan berkesan!
Bahan yang paling mudah untuk didapati bukan? Ada
lagi petua lagi dibawah :-
PETUA 2
1. Tumbuk Habbatus Sauda sehingga menjadi
serbuk.
2. Campurkan dengan cuka epal.
3. Sapukan HANYA pada jerawat.
4. InsyaAllah jerawat akan cepat hilang.
Cuka epal mungkin jarang yang ada bukan? Tapi cuka
epal juga bagus untuk pesakit jantung dan juga sebagai bahan untuk MenghilngkanSakit Kepala Tanpa Panadol.
Masih ada lagi petua di bawah ini, teruskan membaca.
PETUA 3
1. Tumbuk Habbatus Sauda sehingga menjadi serbuk.
2. Campurkan dengan minyak bijan.
3. Lumurkan pada seluruh wajah.
4. InsyaAllah jika diamalkan kulit wajah akan
selembut dan selembap kulit bayi.
Minyak bijan, cam mananya? AM xpernah lagi
menggunakan minyak bijan dalam masakan atau pun isteri AM gunakan. Kena pergi
beli juga nie.
Cukup dahulu 3 petua untuk menghilangkan jeragat di
muka selama ini. Mudah dan menggunakan bahan yang paling miniman.
Setiap penyakit ada ubatnya,
bergantung kepada kita sahaja untuk mencari jalan penyelesaian.
Ada yang suka secara moden dengan
menggunakan pelbagai produk. Ada juga yang lebih suka menggunakan cara
tradisional dan semulajadi.
Apa-apa pun semoga usaha kita
berhasil dan kulit muka menjadi licin seperti zaman remaja.
Semoga perkongsian ini dapat membantu
sahabat AM semua.
EmoticonEmoticon