Rabu, 2 November 2016

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja

Sakit kepala berpunca daripada pelbagai faktor yang kebanyakkan daripada anda sengaja ataupun secara tidak sengaja lakukan.

Menurut apa yang AM faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja


Sehubungan itu, dibawah AM senaraikan antara 7 punca utama sakit kepala yang kebanyakkan daripada anda alami :-

 Fikiran yang bercelaru atau tak menentu

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja


Kebiasaan fikiran yang tidak menentu ini dikaitkan dengan stress samaada stress di tempat kerja kerana bebanan kerja yang melampau atau melayan kerenah bos yang tidak menentu. Ada juga sesetengah daripada kita yang stress berpunca dari rumah yang tidak bahagian adalah permasalahan yang lain-lain.


Pokoknya disini adalah fikiran yang bercelaru boleh menyebabkan masalah sakit kepala yang ringan sehingga yang teruk.

 Duduk bertentangan dengan cahaya terang
Biasa tak kita mendengar orang lama berpesan “jika nak mata yang baik dan cerah, perlu berjemur di bawah sinaran matahari pagi”. Masalah sakit kepala ini juga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang terlalu terang iaitu waktu tengahari sehingga petang. Elakkan berada di luar ketika waktu tenghari dan petang jika anda mempunyai masalah sakit kepala.


Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja


Kita selalu melihat artis ataupun remaja masa kini yang suka bergaya dengan cermin mta yang pelbagai gaya dan fesyen. Tahukah kita bahawa setiap cermin mata mempunyai power yang tersendiri?

Jika kta tersalah memilih cermin mata yang tidak sesuai dengan mata kita juga boleh menyebabkan sakit kepala. Begitu juga dengan pemakai cermin mata perlu melakukan ujian mata bagi setiap 6 bulan sekali untuk mengetahui power yang perlu disesuai dengan masalah kabur mata anda.


Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu
Selalu tak kita mencuba melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang gelap dan kabur? Contohnya ketika ketiadaan elektrik di rumah. Bayangkan 30saat pertama ketidaan elektrik, pasti anda kelam kabut untuk mencari lampu ataupun lilin bukan.

Ini sudah dikira melihat dalam keadaan mata yang kabur. Mungkin anda berpeluang untuk mendapat sakit kepala bukan?

Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja


Berhati-hati kepada yang mempunyai penyakit migraine kerana penyakit ini berpunca daripada sakit kepala yang berpanjangan. Begitu juga dengan penyakit kencing manis, barah dan juga denggi yang boleh menyebabkan anda lebih berpotensi untuk sakit kepala berbanding dengan orang lain.

Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang

Punca sakit kepala adakah sengaja atau tidak sengaja


Rupanya jika kita memakai seluar yang ketat juga member peluang kepada diri kita untuk mengalami sakit kepala yang sengaja kita cari bukan. Jika melihat trend masa kini, kebanyakkan artis mahupun anak muda lebih suka memakai pakaian yang ketat dan sedat, tidak kiralah perempuan mahupun lelaki.


Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan
Yang nie selalu buat kan? Terutamanya bagi kaum wanita bukan. Selagi mana tak habis sebotol confirm tak berhenti. Jikaterlebih pakai pewangi boleh menyebabkan sakit kepala kepada diri sendiri mahuun orang sekeliling.

Berhati-hatilah apabila memakai minyak wangi sekadar mewangi sahaja bukanya mandi dengan minyak wangi.Hihihi..

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

Cara Menghilangkan Sakit Kepala tanpa ubat yang boleh kita amalkan selalu. semoga perkongsian dapat membantu kita semua dalam mengenal dan mengatasi masalah sakit kepala.




Artikel Terkait


EmoticonEmoticon