Selasa, 15 November 2016

Wanita : Ketahui waktu subur anda

Bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda, wahai wanita? Mesti ramai yang akan terdetik di hati waktu subur aku adalah hari ke 14 dari hari aku mula period.

Betul bukan? TAPI.. ramai yang tahu untuk mengetahui waktu subur dengan cara paling mudah sahaja iaitu hanya ketika anda mandi sahaja.

Wanita : Ketahui waktu subur anda


Pelik ke? Tak pelik jika anda mengathui cara yang betul hanya dengan menggunakan jari sahaja. Dibawah AM kongsikan sedikit ilmu untuk mengetahui waktu subur wanita car paling mudah.

Ilmu untuk kaum wanita dan juga untuk suami supaya dapat berkongsi dengan isteri nanti.

Perubahan Tekstur dan Warna Lendir

Wanita : Ketahui waktu subur anda

Setiap bulan wanita akan mengeluarkan lendir yang menyerupai keputihan. Ketika waktu subur, lendir ini jumlahnya akan semakin banyak, teksturnya juga berubah. Hal ini disebabkan kerana badan anda berinteraksi dengan kadar peningkatan hormon estrogen di dalam tubuh.

Wanita : Ketahui waktu subur anda



Lendir ini biasanya jernih, licin, serta kenyal ketika waktu wanita sedang subur. Lendir ini sebenarnya yang akan membantu sperma masuk ke dalam dengan lebih cepat dan senang. Apabila hubungan intim terjadi pada masa ini, maka kehamilan lebih mudah terjadi.
Wanita : Ketahui waktu subur anda


Peningkatan Suhu Tubuh


Wanita : Ketahui waktu subur anda

Wanita cenderung mengalami peningkatan suhu tubuh ketika masuk pada masa subur. Setiap wanita mempunyai suhu badan yang berbeza-beza ketika waktu subur.

Cara mengetahuinya adalah dengan mengukur suhu bakal ibu pada hari biasa, dan juga ketika sebelum datang bulan. Ketika suhu badan tertinggi di beberapa hari dalam satu bulan, maka ketika itulah bakal ibu sedang mengalami masa subur.

Perut Bahagian Bawah (ari-ari) Rasa Senak
Kebiasaan apabila hampir dengan waktu period, ada antara wanita yang mengalami senak dan rasa tak selesa di bahagian ari-ari. Jika anda mengalami perkara yang sama, maksudnya ketika itu adalah waktu subur dan sangat digalakkan untuk mencuba. Aktiviti sel telur meningkat sehingga seringkali menyebabkan senak atau perut bagian bawah seperti ditarik.

Wanita : Ketahui waktu subur anda


Beberapa langkah yang mudah untuk wanita di luar sana untuk mengetahui waktu subur hanya dengan menguji lender sahaja.

Ujian ini dapat dilakukan di dalam bilik air tanpa sebarang alat hanya menggunakan jari sahaja. Mudah bukan untuk mengetahui waktu subur anda.

Ada juga wanita yang mengalami masalah anovulasi dan kesuburan yang selama ini tak perasan. Boleh terus baca Anovulasi dan Permasalahan Kesuburan


Untuk suami, boleh kongsikan ilmu ini dengan isteri dan boleh merancang untuk bersama apabila subur untuk mendapat anak dan boleh juga mengelakkan waktu subur bagi yang ingin menjarakkan anak.

Bagi suami jangan terlalu menekan isteri sahaja, mungkin suami juga ada masalah juga dengan kesuburan. Boleh baca 5 Tips Kesuburan Buat Suami.


Semoga bermanfaat kepada sahabat AM semua.

Artikel Terkait

6 comments

Awkward nak baca tapi okay. Berguna untuk pasangan yg dah berumah tangga. Blogwalking

Mimin pun x berapa fhm sblm ni. Tq AM.. bookmrk bila dah lepas kawin nnti. Hehe

Bacaan untuk semua org sebenarnya..

Hihihi..boleh baca sekrang xda masalah..jangan dah kahwin baru nak belajar lak..

Bagus info ni Am..yang belum kahwin pun digalakkan baca untuk ilmu selepas kahwin..

Betul tu..hihihi..
Ilmu yang semua orang kena baca dan faham..
nanti ah kahwin tak ada terkapai-kapai nka belajar kan..


EmoticonEmoticon