7 Petua Untuk Kesuburan Anda |Kesuburan menjadi masalah kesihatan bagi suami isteri yang inginkan zuriat. Kenyataan bahawa sesetengah penyakit yang menganggu kesuburan yang berpunca dari faktor baka dan keturunan.
Tetapi pada hari ini, faktor terbesar penyebab masalah kesuburan adalah berpunca daripada tabiat atau gaya hidup yang tidak sihat. Akibatnya seseorang menjadi gemuk, stress, ketakutan dan pelbagai gejala buruk yang menyebabakan masalah kesuburan dan mudah gugur apabila hamil.
Agak sukar untuk mengubah gaya hidup seseorang kerana tabiat yang menjadi sebati di dalam diri mereka. Walau bagaimanapun perubahan amat diperlukan demi mencapai tahap kesuburan yang baik.
AM bukanlah orng yang layak untuk berbicara mengenai hal kesuburan kerana AM bukan pakar di dalam ini. Tetapi AM juga mempunyai isu yang hampir sama juga.
Oleh itu, AM banyak mengkaji dan membaca mengenai 7 Petua Untuk Kesuburan Anda menjadi perkara yang AM utamakan. Disamping ilmu untuk AM, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat yang lain juga.
Sebelum ini AM juga pernah kongsikan pelbagai tips mengenai kesuburan, antaranya adalah :-
Kali ini AM nak kongsikan lagi beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mendapat tahap kesuburan yang baik.
Jom kita baca
Perlu rajin bersolat, bersedekah, puasa, baca Quran, berzikir dan taat mengerjakan perintah Allah serta menjauhi laranganNya. Rapatkan silaturrahim antara ahli keluarga dan rakan-rakan juga dalam kalangan umat Islam sejagat.
Ubah tabiat makan dan ikuti segala panduan Rasulullah. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Baca doa sebelum dan selepas habis makan.
Mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu, makan salad dan sup, selepas itu baru makan sajian utama. Kunyah makanan banyak kali iaitu antara 15-20 kunyahan bagi setiap suap nasi dengan lauk, sehingga jadi betul-betul lumat baru ditelan.
Cuba perlahankan proses makan untuk selama 20 minit bagi satu pinggan sajian.
Masih lagi bersama AM untuk mengetahui 7 Petua Untuk Kesuburan Anda?
Buat senaman selama 30 minit sehari. Tidak kira apa jenis senaman asalkan dapat digerakkan semua otot badan :
asalkan anda berpeluh dan berasa segar fizikal dan mental.
Jadikan ini satu tabiat atau budaya hidup seharian. Ia perlu azam kuat dan kesungguhan, mungkin petlu memaksa diri untuk bergerak.
Dapatkan rehat yang cukup dengan tidur awal dan bangun awal. Kalau bangun sebelum Subuh boleh solat Tahajud 2 rakaat dan Witir 3 rakaat. Lebih baik lagi jika solat Subuh berjemaah di masjid.
Baca Quran beberapa muka surat dan dapatkan huraian makna ayat-ayat. Biasakan berzikir dan berselawat ke atas rasul bila memandu kereta malah pada bila-bila masa dan dalam apa situasi atau sedang bekerja.
7 Petua Untuk Kesuburan Anda yang tidak menggunakan sebarang ubatan atau yang susah untuk dilakukan.
Amalkan senaman pernafasan selama 5-10 minit bila terasa penat atau tertekan waktu kerja di pejabat atau di tempat lain. Duduk atau berdiri dan sedut nafas sedalam-dalam melalui hidung dan kemudian hembus keluar nafas perlahan-perlahan melalui mulut sehingga habis.
Ulang cara pernafasan ini beberapa kali, lebih baik lagi bila sedut nafas baca 'Subhanallah' dan bila hembus keluar baca ' Astaghfirullah'. Insha Allah anda akan rasa tenang dan relaks.
Cuba ketawa dan tunjukkan keriangan sentiasa. Cuba hubungi keluarga dan kawan-kawan lalu berbual tentang perkara-perkara yang dapat menyenangkan dan menghiburkan hati anda.
Sumber : Dr Hamid Arshat
Semoga perkongsian 7 Petua Untuk Kesuburan Anda ini dapat memberi sedikit ilmu yang berguna buat sahabat AM yang sedang mengalami masalah kesuburan atau yang ingin menjaga kesihatan.
Tetapi pada hari ini, faktor terbesar penyebab masalah kesuburan adalah berpunca daripada tabiat atau gaya hidup yang tidak sihat. Akibatnya seseorang menjadi gemuk, stress, ketakutan dan pelbagai gejala buruk yang menyebabakan masalah kesuburan dan mudah gugur apabila hamil.
Agak sukar untuk mengubah gaya hidup seseorang kerana tabiat yang menjadi sebati di dalam diri mereka. Walau bagaimanapun perubahan amat diperlukan demi mencapai tahap kesuburan yang baik.
AM bukanlah orng yang layak untuk berbicara mengenai hal kesuburan kerana AM bukan pakar di dalam ini. Tetapi AM juga mempunyai isu yang hampir sama juga.
Oleh itu, AM banyak mengkaji dan membaca mengenai 7 Petua Untuk Kesuburan Anda menjadi perkara yang AM utamakan. Disamping ilmu untuk AM, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat yang lain juga.
Sebelum ini AM juga pernah kongsikan pelbagai tips mengenai kesuburan, antaranya adalah :-
- Tips Meningkatkan Sperma Lelaki
- Punca dan Petua Kesuburan Lelaki
- Ujian Kesuburan Lelaki dan Wanita
- Prosedur Untuk Ujian Sperma
- Fakta Mengenai Air Mani dan Sperma
- Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kualiti Sperma
Kali ini AM nak kongsikan lagi beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mendapat tahap kesuburan yang baik.
Jom kita baca
Kembali kepada Agama
Makan ikut Sunnah Rasulullah
Ubah tabiat makan dan ikuti segala panduan Rasulullah. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Baca doa sebelum dan selepas habis makan.Mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu, makan salad dan sup, selepas itu baru makan sajian utama. Kunyah makanan banyak kali iaitu antara 15-20 kunyahan bagi setiap suap nasi dengan lauk, sehingga jadi betul-betul lumat baru ditelan.
Cuba perlahankan proses makan untuk selama 20 minit bagi satu pinggan sajian.
Masih lagi bersama AM untuk mengetahui 7 Petua Untuk Kesuburan Anda?
Lakukan Senaman
- berjalan kaki,
- jogging,
- treadmill,
- menunggang basikal,
- berkebun,
- membasuh kereta atau
- bersihkan rumah,
asalkan anda berpeluh dan berasa segar fizikal dan mental.
Jadikan ini satu tabiat atau budaya hidup seharian. Ia perlu azam kuat dan kesungguhan, mungkin petlu memaksa diri untuk bergerak.
Rehat Yang Cukup
Baca Quran beberapa muka surat dan dapatkan huraian makna ayat-ayat. Biasakan berzikir dan berselawat ke atas rasul bila memandu kereta malah pada bila-bila masa dan dalam apa situasi atau sedang bekerja.
7 Petua Untuk Kesuburan Anda yang tidak menggunakan sebarang ubatan atau yang susah untuk dilakukan.
Senaman Pernafasan
Ulang cara pernafasan ini beberapa kali, lebih baik lagi bila sedut nafas baca 'Subhanallah' dan bila hembus keluar baca ' Astaghfirullah'. Insha Allah anda akan rasa tenang dan relaks.
Sentiasa Ceria dan Ketawa
Bermurah Hati dan Senyum
Amalkan sikap bermurah hati - salam dan senyuman itu sedekah. Beri sedekah mengikut kemampuan anda kepada yang memerlukan. Kita memberi Allah akan memulangkan balik dengan apa yang kita kehendaki melalui doa-doa kita.Sumber : Dr Hamid Arshat
Semoga perkongsian 7 Petua Untuk Kesuburan Anda ini dapat memberi sedikit ilmu yang berguna buat sahabat AM yang sedang mengalami masalah kesuburan atau yang ingin menjaga kesihatan.
6 comments
Good sharing... boleh dijadikan panduan.... InshaAllah..
Alhamdulillah...
Nice sharing tuan...
Alhamdulillah..
Tq sharing..
Alhamdulillah..
EmoticonEmoticon