Kebaikkan susu kambing | Susu kambing dipercayai
mempunyai pelbagai manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. Hal itu berdasarkan kepada
kajian yang mengatakan bahawa susu kambing mempunyai kandungan nutrisi dan
mineral yang cukup lengkap. Diantaranya,
fosforus, kalsium, sodium dan Flourin.
Dengan melihat
kandungan nutrisi yang sangat berbeza-beza dan komplex, tidak hairanlah jika
manfaat susu kambing juga terlalu banyak dan bermacam-macam.
Apa saja manfaat
susu kambing tersebut? Berikut ulasan penuh mengenai manfaat susu kambing bagi
kesihatan.
Nabi Muhamad S.A.W
sendiri minum segelas susu kambing panas sebelum tidur. Bahkan
baginda pernah mengembala kambing peliharaan bapa saudaranya semasa kecil.
Lagi satu, setiap
sunnah Nabi yang kita buat akan mendapat ganjaran pahala kan. Takkan kita tak
nak pahala pula.
Tahukah anda
bahawa susu kambing lagi banyak khasiat kepada sistem badan terutama
orang dewasa seperti kaum lelaki? Tak percaya cuba baca lagi..
Menguatkan
tulang
Setiap susu ada
kandungan kalsium yang tinggi, termasuk susu kambing. Walaupun susu kambing
hanya 2% dari jumlah susu yang dihasilkan dari seluruh dunia, susu kambing
membekalkan kadar kalsium sama seperti susu lembu tanpa kesan sampingan.
Selain itu, susu
kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan
tulang sentiasa kuat sepanjang hayat.
Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan
kita daripada mudah mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh. Tak lah tulang
badan cepat bengkok bila tua nanti.
Anti-Radang
Salah satu sebab
orang lebih menyukai susu kambing berbanding susu lembu adalah kerana ianya
tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.
Hal ini kerana susu
kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan
yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, kajian sedangkan
dijalankan untuk mengesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif
kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan
usus anda!
Dapat Meningkatkan
Kecekapan Pengambilan Nutrien
Salah satu kebaikan
utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalam susu kambing yang
mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.
Pada asasnya, manusia
adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti
lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang
hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat
daripada susu kambing.
Pada masa yang
sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.
Tingkatkan
Metabolisma Badan
Memandangkan susu
kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda
akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun
anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.
Satu cawan susu
kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B
dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.
Pada masa yang
sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan
pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting
bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.
Kesihatan Jantung
Terdapat
sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding
susu lembu, ini membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik
dengan mengamalkan susu kambing.
Dengan mengawal
kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok
(angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.
Kandungan potasium
yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan
darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan
saluran darah di dalam sistem peredaran darah.
Meningkatkan Sistem
Imuniti Badan
Nutrisi yang
memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di
dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.
Dengan pengambil
susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri
terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.
Mencepatkan
Pertumbuhan
Susu kambing
mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting
dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu
blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.
Dengan menjamin
pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar
dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.
Mengurangkan Berat
Badan
Walaupun susu
kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu
lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.
Perkara ini membawa
maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan,
tanpa menjejaskan kesihatan manusia.
Sudah tahu akan
khasiat dan kebaikkan susu kambing? Apa tunggu lagi, kena dapatkan susu kambing
dengan segera lah..
Sekarang dah ada
macam-macam jenama dan bentuk dah. Ada yang dalam serbuk pun ada susu kambing
sekarang. Tak berbau seperti kambing dah. Malah ada dalam pelbagai perasa juga.
Bukan alasan lagi
untuk kita sama-sama mengamalkan pemakanan sunnah ini lagi.
Semoga perkongsian
ini dapat memberi input dan manfaat kepada sahabat AM semua.
6 comments
Baru tau susu kambing lebih sesuai dgn kita berbanding susu lembu. Sy selalu minum fresh milk je. X ske sgt susu kambing sbb x tahan bau
http://www.fatindays.com
Kambing adalah makanan sunnah Rasulullah..
Dulu2 betul susu kambing nie berbau sngat..
Pengalaman AM minum susu kambing segar semasa kanak2 kerana gastrik..
Hanya Tuhan je tahu rasanya cam mana..
TAPI..
Sekarang dah canggih dah..susu kambing dah tak berbau dah..
Memang susu kambing berkhasiat. Selalu order soya, waiter kadang2 tersalah bagi susu kambing pulak..minum je lah, rezeki lah tu haha
Hahahaha..
best la kalau cam tu..
Susu kambing memang terbaik, selalu bagi kucing sy minum, sbb kalau minum susu lembu nanti akan cirit. Sy pula tak berapa boleh terima susu kambing, tak tahulah tak kena kt mana, huhu.
Ya ke?pelik lak saya baca kucing minum susu kambing..Hihihi..
Sekarang susu kambing dah ada dalam bentuk serbuk yang hampir tak bebau kambing dah..
EmoticonEmoticon