Kenali
resdung dan 8 Petua mengatasi masalah
resdung yang ramai tak tahu.
Resdung adalah penyakit yang jarang di ambil
perhatian oleh kita. Kekerapan bersih, gatal pada hidung dan hidung yang
tersumbat teriutamanya di waktu pagi adalah antara tanda awal masalah resdung.
Keluarga
AM tidak terlepas daripada masalah ini terutamanya ayah AM sendiri dan adik
ketiga AM juga mengalami masalah resdung.
Jika tersalah makan maka resdung akan menyerang dan suasana malam akan panjang
di rumah AM.
Apa sebenarnya resdung?
Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung .
Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung .
Jika
saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi
pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakkan kuman bacteria.
Jika dibiarkan secara berterusan ,ia akan menjadi lebih teruk. Pernah melihat kawan-kawan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah resdung yang kritikal?
Jika dibiarkan secara berterusan ,ia akan menjadi lebih teruk. Pernah melihat kawan-kawan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah resdung yang kritikal?
Jika
kritikal hanya sedikit sahaja termakan makanan yang boleh mencetuskan masalah resdung ini, pasti akan memberi
kesan serta merta kepada pesakit resdung.
Antara gejala-gejala resdung ialah
• Hidung selalu tersumbat
• Lendir dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Antara gejala-gejala resdung ialah
• Hidung selalu tersumbat
• Lendir dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Dah tahu punca dan masalah resdung ini? Ingin tahu
petua yang boleh menyelesaikan permasalahan resdung tak?
Dibawah AM sediakan 8 Petua untuk Masalah Resdung
yang ramai tak tahu..
Hidrasi
Minum banyak air
mineral tanpa gula. Cecair ini akan
bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkannya.
Elakkan minum
alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu
boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga
mencetuskan keradangan lebih teruk.
AM juga pernah kongsikan Resdung dan Penawar Tradisional.
Sedut Wap Air
Hangat
Petua hilangkan
resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.
1.
Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu
campurkan dengan garam.
2.
Matikan api selepas air mendidih.
3.
Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup
wap hangat sambil rileks.
4.
Jika ingin lebih berkesan, anda boleh
menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul.
5.
Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam
sehari hingga resdung reda.
Memampatkan Muka
Dengan Air Hangat
Bila tidak kuat
dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian
pipi dengan air hangat.
1.
Panaskan air sehingga mendidih
2.
Celupkan tuala ke dalam air, dan perahkan tuala
tadi.
3.
Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.
Cara ini dapat
membantu menggalakkan rambut silian agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di
bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.
Lidah Buaya
Kebanyakkan orang
hanya sedark kegunaan lidah buaya hanya untuk merawat muka sahaja.Namun faktanya,
lidah buaya boleh digunakan untuk mengubati masalah resdung kerana mengandungi sifat antiseptik.
Cara gunanya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah
buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara
teratur.
Limau Nipis dan
Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah
mengunakan campuran limau nipis dan daun pandan.
1.
Sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun
pandan.
2.
Hiris halus-halus daun pandan.
3.
Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang
banyak,asingkan biji limau.
4.
Campurkan air perasan limau denga daun pandan.
5.
Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air
berubah menjadi kehijauan.
6.
Tapiskan campuran tadi.
7.
Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
8.
Basuhkan air tadi ke wajah anda, elakkan terkena
mata atau bibir.
9.
Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
10.
Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
11.
Selesai sahaja, cuci wajah anda dengan air biasa.
Cara ini tidak
sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab akan terasa pedihpada wajah. Juga ada kesan berbeza pada
setiap individu dan keadaan resdung anda. Jika tidak berapa yakin dengan petua
ini, jangan lakukan.
Kunyit atau Halia
Kedua rempah ini
biasa ada di rumah kita sahaja. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi
semulajadi dan antioksidan.
Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh
bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada
hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus.
Cuka Epal dan Madu
Petua menghilangkan
resdung semulajadi selanjutnya adalah dengan menggunakan cuka epal dan madu.
1.
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke
secawan air panas atau teh.
2.
Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga
kali sehari.
Neti Pot
Neti Pot mirip
dengan teko kecil yang biasa dipakai untuk minum teh. Yang berbeza adalah pada
hujung corongnya berukuran lebih kecil lubangnya, sebab neti pot memang dibuat
khusus untuk mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Biasanya menggunakan
larutan garam.
1.
Siapkan neti pot.
2.
Ambil dua gelas air hangat, lalu masukkan satu sudu
teh garam, aduk.
3.
Campuran air garam anda masukkan ke dalam neti pot.
4.
Letakkan hujung muncung neti pot pada satu lubang
hidung.
Agak
sukar untuk mengamalkan petua di atas? Petua di atas memerlukan masa yang lama
dan beberapa bahan yang sedikit sukar untuk di dapati?
Nak atasi resdung cara mudah tanpa ubat -ubatan??
Jom dapatkan set resdung shaklee dan hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.
Nak atasi resdung cara mudah tanpa ubat -ubatan??
Jom dapatkan set resdung shaklee dan hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.
Antara
produk Shaklee yang boleh mengatasi masalah
resdung adalah :-
Alfalfa
-Kaya dengan klorofil
-Mengurangkan keradangan akibat resdung(sinus) gegata dan ekzema .
B-complex
-Memulihara selaput lendir dalam rongga hidung.
-Membantu pengeluaran antibodi tubuh .
Sustained release vita c plus
-Menguatkan sistem imun dan pertahanan tubuh.
-Mencegah penyempitan tiub bronkial (kesukaran bernafas)
-Meningkatkan penyembuhan tisu
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua yang mengalami masalah resdung
untuk sembuh dan menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.
4 comments
Bagusnya perkongsian ini..
Alhamdulillah..
Sila share jika bermanfaat..
thanks for the tips. Syukurlah abam kie x diserang resdung. Abam Kie follow sini ye?
Alhamdulillah..
Terima kasih abam kie follow rapat dengan AM..
EmoticonEmoticon