Penyebab Lebam Bawah Mata dan Petua Mengatasi |
Salah satu masalah yang dihadapi oleh semua orang dengan mata. Kenapa lembam
bawah mata?
Selalu
kita di tanya dengan soalan “Kenapa mata kau lebam”, ramai yang akan jawap “kurang
tidur semalam” ataupun tidur lewat sangat. AM gelarkan “Musang berjanggut”.
Sebenarnya
masalah lebam bawah mata ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya
adalah :-
Tahap ketebalan kulit
pada sekitar mata adalah berbeza bagi setiap orang. Dan selalunya ikut genetik
atau bahasa senangnya 'keturunan'. Semakin nipis kulit kita tu, semakin jelas akan
penampakan lebam bawah mata. Sedangkan kita bukan penat sangat pun.
Salah satu sebab bawah mata kenapa jadi lebam.
Bila diri dalam keadaan pressure atau tertekan, darah kita akan mengalir ke
arah organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah terutama otot badan
kita kalau nak dibandingkan pada otot muka.
Selain tu, badan kita
kurang oksigen untuk membekalkan tenaga pada kulit wajah kita. Tu yang nampak
kusam je kan.
Tak cukup tidur
menyebabkan mata bekerja lebih keras. Terutama bagi yang selalu mengadap
komputer dan berkaca mata.
Memang mata kena
bekerja keras sedikit. Dengan itu, darah di sekitar mata menjadi lebih aktif
dan sekali gus perbezaan ketara kandungan darah ini menyebabkan lebam bawah
mata itu terjadi.
Semakin meningkat
usia, semakin kulit kita kehilangan keanjalan. Kulit bawah mata turut
menjadi lebih nipis dan bayangan hitam bawah mata akan nampak tak kira cukup
tidur ke cukup rehat ke. Tak percaya, cuba perhatikan mata orang yang sudah
meningkat usia ni.
Bila hal ni berlaku, mata akan menjadi gatal dan
kita yang menanggung mesti nak garu atau
gosok-gosok mata. Ada yang sampai tonyoh-tonyoh mata dengan tangan.
Bila
ditonyohnya mata tu, akan beri tekanan dan geseran pada kulit mata. Itu yang
jadi lebam tu.
Dah
tahu penyebab lebam bawah mata, akan timbul pulak di hati, macam mana pulak nak
atasi masalah lebam bawah mata.
Dibawah
AM sediakan pula beberapa petua untuk mengatasi masalah lebam bawah mata.
Baca
dan amalkan barulah menjadi, jika baca dan tidak mengamalkan sia-sia lah AM
mengkaji dan mencari untuk dikongsikan.
Selamat
membaca dan mengamalkan..
Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan
pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih
atau air masak, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas.
Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari.
AM pernah kongsikan Kenapa Kita Harus Minum Air Dengan Kerap. Untuk masalah lebam
bawah mata ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan
membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.
AM rasa mesti ramai sahabat wanita yang jelita di luar sana tahu
khasiat timun dan tomato ini. Jadi apa lagi? Daripada anda buang lebihan tomato
dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan.
Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda
boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua-duanya dapat membantu
untuk mencerahkan serta memberi kesegaran pada mata anda yang lesu.
AM ada juga kongsikan Mitos Kecantikkan Yang Tak Logik.
AM ada juga kongsikan Mitos Kecantikkan Yang Tak Logik.
Tahukah anda jika anda luangkan terlalu lama di hadapan komputer,
tv atau laptop juga cenderung untuk anda mendapat lingkaran bawah mata ini? Ya,
selain lesu dan penat, paling membimbangkan adalah lingkaran bawah mata ini.
Tapi kalau dah memang kerja hari hari mengadap komputer, bagaimana?
Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan
permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan. Kenapa? Kerana oksigen
dan ketenangan membantu mata anda untuk berehat.
Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda.
Amalkan setiap 30 minit selepas mengadap komputet, tv, alihkan pandangan anda.
Beli lah pokok kecil letak di meja office anda.
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dan
dalaman semuanya akan sihat! Percayalah
Tips 5 : Eye roller atau eye cream
Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye
cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur.
Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk
merawat nya. Paling utama adalah SABAR.
Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk
penyejuk mata anda. Ingin AM ingatkan ada supaya jangan pula anda guna uncang
teh yang anda telah campurkan gula atau susu.
Nantikan dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30
minit dan bilas dengan air suam. Pasti anda rasa segar!
Tips 7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur
Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak
minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana
ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?
Jadi inilah yang AM boleh kongsikan dengan psahabat semua. Diharap
tips dan petua ini berguna untuk anda semua amalkan. Bukan tertumpu sahaja pada
mereka yang mengejar hari bahagia, tapi juga untuk anda yang sibuk belajar,
penat berjaga lewat malam study/jaga anak/kerja.
Kunci paling utama adalah
“Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!" Tapi ingin AM
tekankan di sini, jika anda sudah dilahirkan begitu, jalan penyelesaian mungkin
dengan melakukan laser. Tapi jangan risau, semua dilahirkan cantik sempurna.
Banggalah dengan diri anda!
10 comments
yg pntg kena rajin..hheheh
rasenya stress mata kot --'
Betul tu..asalkan kita rajin untuk mengatasi sahaja kan..
Semua orang akan mengalami masalah stress..
Kita je kena atasi stress dengan bijaksana..
Macam mata Safiena dah macam mata panda. Tak cukup tidur dan sentiasa menghadap laptop. Terima kasih diatas perkongsian. Follow blog ini :)
Tips ketujuh tu bru tau.. huhu.. tapi selalu buat... Bab nak cukup tidur tu payah la sebab dh beranak 3 ni... Dia jam sekali mesti bangun punya.. huhu..
Alhamdulillaah..
Syukur jika perkongsian dapat memberi input..
Sekarang memang tak boleh nak lari dah dari tidur lewat dan mengadap laptop..
AM pun kekadang jadi musang dah malam2..
Biasa la kalau dah namanya isterikan..
Apa2 pun boleh try mana2 petua yang simple sebagai usaha kita untuk hilangkan lebam bawah mata..
Haha comel je letak tea bag kat mata tu. Selalu lebam mata bila tidur lewat
Pernah buat ke fatin?hihihi..
Cam pelik je nak letak uncang teh nanti..
AM xpernah buat lagi..
EmoticonEmoticon