Tips Bila Terkena Chickenpox, semua orang akan terkena
masalah chickenpox tak kiralah waktu kecil atau pun bila dah dewasa.
AM sudah terkena ketika zaman kanak-kanak dalam usia 6
tahun, memang terasa sangat waktu itu dengan demand an sakit-sakit badan.
Alhamdulillah, orang tua-tua cakap kalau dah kena
waktu kecil-kecil dah tak kena waktu dewasa. Sekarang pun AM masih lagi tak
terkena, mungkin dah tak ada kot.
Bayangkan kalau kena chickenpox waktu kita dah dewasa,
malu nak keluar rumah, malu nak pergi jalan-jalan kan. Nanti orang akan peril kita
jerawat banyak la, baru nak dewasa la, tak kira lagi kesan parut yang
tertinggal kat muka.
Bukan senang nak hilangkan kesan parut chickenpox,
mahu makan bertahun nak betul-betul hilang tambahah pula dengan pantang dalam
pemakanan lagi.
Apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kita jika
terkena chickenpox ini, tak kiralah diri kita yang dah dewasa atau anak-anak
kita yang masih kecil. Tindakan awal dapat membantu mengurangkan masalah parut
pada badan dan muka nanti.
Jom baca tips apabila terkena chickenpox, kita perlu
lakukan adalah :-
Rujuk ke klinik
Apa-apa masalah yang
melibatkan kesihatan, langkah pertama adalah merujuk kepada klinik yang
terdekat. Chickenpox juga sebaiknya dirujuk ke klinik untuk mendapat rawatan
awal sebelum masalah ini menyerang dengan lebih teruk lagi.
Air kelapa
Siapa sangka air kelapa
adalah penawar kepada masalah chickenpox ini, jika kita mengetahui terkena
chickenpox, boleh mengamalkan minum air kelapa kerana dapat membantu
mengeluarkan chickenpox dan juga boleh mandi dengan air kelapa. Baca juga Khasiat Air Kelapa.
AMARAN : Jika anda makan ubat dari klinik, jarakkan 3 ke 4 jam sebelum
minum air kelapa.
Kuarantinkan diri sendiri
atau sesiapa yang terkena chickenpox
Chickenpox adalah sejenis
penyakit yang berjangkit, sebaiknya kita mengasingkan diri sendiri atau
mengelakkan menghantar anak ke tempat pengasuh.
Losyen Calamine
Selalunya kalau kita pergi
ke klinik,doktor pasti akan bekalkan kita losyen calamine. jadi,jangan lupa
selalu sapu ke seluruh badan untuk mengurangkan kegatalan.
Biarkan tanpa pakaian
Yang ini untuk anak-anak
kita sahaja. Yang dah dewasa tak kan tak pakai baju pulak kan. Kan ramai lak
yang datang rumah kita nanti.
Minum air masak
Minum air masak yang
banyak, adalah bagus untuk memastikan badan kita daripada dehidrasi.
Susu ibu
Susu ibu juga untuk
anak-anak yang masih lagi menyusu kerana susu ibu dipercayai penawar yang
terbaik terutamanya bayi yang berumur 6 bulan dank e bawah.
Elak makanan laut
Paling kejam adalah makanan
laut, jika ada chickenpox memang betul-betul kena pantang dengan makanan laut
kerana termakan sahaja gatal satu badan dan berparutlah jawapnya. Bagi ibu
menyusu pun kena elak juga tau.
Vitamin E
Selepas sembuh dari
chickenpox, pasti akan meninggalkan parut,jangan risau,boleh keluarkan cecair
kapsul vitamin E dan lumurkan pada parut.
Boleh juga menggunakan
vitamin E dari Shaklee.
Semoga perkongsian tips
bila terkena chickenpox ini dapat membantu sahabat semua untuk berhati-hati dan
mengambil tindakan awal.
Jika bermanfaat silakan
share di mana-mana, hanya klik ikon Facebook, Twitter, Google +
2 comments
xtahu pun aina pernah kena tak chickenpox ni. rasa cam xpernah. habis laa kalau dh tua2 ni baru kena >_<
Kena tanya mak la kalau cam tu..
Kalau kena tua2 nie ok juga..boleh juga berpantang dan lebih berhati2 la..huhuhu
EmoticonEmoticon