Isnin, 25 Januari 2016

Motivasi pagi..Tabung Gawat


#TabungGawat

Ditulis oleh Azizul Azli Ahmad.

Motivasi pagi..Tabung Gawat


JANGAN, JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

Motivasi pagi..Tabung Gawat

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya. Ambil PELUANG di bawah ini !!

Motivasi pagi..Tabung Gawat

9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Motivasi pagi..Tabung Gawat


Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

Keriang sekeringnya untuk musim 2016 ini. BERSEDIAKAH kita semua??


#BanyakkanUsahaDanKurangkanMerungut.

Ahad, 24 Januari 2016

SYAIR YANG MEMBUAT IMAM AHMAD BIN HANBAL MENANGIS

Berikut adalah sebuah syair yang membuat Imam Ahmad bin Hanbal Ra. menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Hal ini menunjukkan betapa lembut dan pekanya hati Imam Ahmad terhadap hal-hal yang mengingatkan manusia kepada Rabbnya, dosa-dosanya dan kehidupan akhirat.

SYAIR YANG MEMBUAT IMAM AHMAD BIN HANBAL MENANGIS


Syair Pelembut Hati

إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي … وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني

“Jika Rabbku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKu? Engkau menutupi dosa dari para makhlukKu, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangiKu?”

فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني … أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ

“Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku. Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu.”


وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني … كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني

“Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu. Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku.”

وجاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني … نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني

“Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku? Aku melihat wajah orang-orang, tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?”

سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني … فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني

“Aku akan ditanya, tentang apa yang kukerjakan di dunia ini, yang dapat menyelamatkanku? Maka bagaimanakah jawabanku setelah aku lupakan agamaku?”

ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني … ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ

“Sungguh celaka aku, tidakkah kudengar firman Allah yang menyeruku? Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di surat Qaf dan Yasin itu?”

ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني … ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني

“Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu? Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?”

فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني … سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني

“Maka ya Rabb, akulah hambaMu yang bertaubat, tidak ada yang dapat melindungiku. Melainkan Rabb Yang Maha Pengampun lagi Maha Luas KaruniaNya, Dia lah yang menunjukkan hidayah kepadaku.”

أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي … وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني


“Aku telah datang kepadaMu, maka rahmatilah aku dan beratkanlah timbanganku. Ringankanlah hukumanku, sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalaNya untukku.”

Rabu, 20 Januari 2016

Kafein Dan Penyerapan Vitamin.. Adakah Benar?

Biasanya orang amik kopi masa breakfast. Dan kebiasaannya juga, lepas breakfast juga la orang akan makan vitamin. Betul ke cara tu? Tak ramai yang ambil perhatian bahawa makan supplement dalam tempoh waktu yang sama dengan minum kopi atau teh akan mengganggu penyerapan vitamin yang diambil.

Kafein Dan Penyerapan Vitamin.. Adakah Benar?

Apa dan bagaimana kesan kafein pada penyerapan vitamin? Jom kita tengok satu persatu kesan kafein pada vitamin-vitamin yang anda makan selepas pengambilan kafein.


(1) Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi, yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Jarakkan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, yang yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin Bcomplex adalah vitamin larut air. Jadi kalau kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin?  Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan.. contoh tea time..bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Kini sudah diketahui bahawa mengambilan minuman yang mengandungi kafein dan supplement pada masa yang sama akan menyebabkan supplement yang diambil tidak diserap dengan sempurna oleh badan kita.

Selasa, 12 Januari 2016

Tips Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai

Pernah anda membeli perfume sebelum ini?Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. 

Tips Memilih Minyak Wangi

Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulit 
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim
 Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Note :
 Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.


TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN

Tips Memilih Minyak Wangi

Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan.  Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-

 1. PERFUME (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2.  (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)
 Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 

4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Tips bagaimana memilih perfume yang sesuai :-

Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-

1.     Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari -Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.
2.     Ketahui Bau Kegemaran Anda -Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
3.     Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan -Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
4.     Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih -Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.
5.     Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi -Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.


PRE ORDER.. PRE ORDER..



Aroma yang ternyata muda SESUAI bagi mereka yang berani untuk bermimpi. Sesuatu yang BERKUASA, PEKAT dan TAHAN LAMA dizahirkan dalam bentuk wangian.

Ia seakan buruj yang mengorbit aroma. Halus dan lembut sejak dari saat paling awal sehingga saat paling akhir menggunakannya.

Nota bunga yang bergabung dengan keasyikan, manisan buah-buahan, miliki unsur DAYA PENARIK bagi pasangan kelamin dan keindahan malam pertama.

Bagi yang bujang tiada keraguan lagi, ia ternyata memberikan DAYA KEYAKINAN penampilan yang jauh POSITIF dan ELEGENT.

Dapatkan wangian holistik anda, PERTAMA di Asia.

Hubungi 017-2945851 SEKARANG !!

Isnin, 4 Januari 2016

10 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Produk Kecantikan

Produk kecantikkan sinonim dengan wanita masa kini. Tanpa produk kecantikkan pada wanita ibarat kereta buruk yang tak dijaga oleh pemilik kereta.
Berikut ini adalah 10 bahan kimia berbahaya yang umum didapati dalam produk kecantikan.
1.Triclosan
Triclosan merupakan salah satu jenis bahan kimia yang paling banyak ditemui di dalam cairan pembersih. Namun bahan kimia ini dapat membahayakan tubuh anda sebab dapat menciptakan resistensi bakteria sehingga bakteria menjadi lebih kebal dan semakin kuat menyerang kesihatan tubuh manusia.
2.Methylisothiazonlinone

Zat yang sering disingkat dengan MI atau MIT ini sebaiknya Anda hindari terutama untuk kesehatan buah hati Anda. Sebab zat ini mampu menciptakan iritasi kulit bayi.
3.Pewangi
Anda harus berhati-hati dengan produk kecantikan yang mengandung pewangian yang menyengat. Sebab beberapa pewangi mempunyai sifat karsinogen dan alergen.
4.Sodium lauryl sulfate
Bahan kimia ini banyak ditemukan di dalam sabun atau pembersih lainnya. Namun sayangnya bahan ini membuat kulit jadi lebih banyak menyerap bahan kimia sehingga mampu membahayakan kesehatan Anda.
5.Dioxane
Zat ini diketahui mempunyai sifat karsinogen atau mampu memicu munculnya kanker di dalam tubuh.
6.Oxybenzone
Bahan ini banyak ditemukan di dalam krim pelindung tabir surya termasuk tabir surya untuk anak-anak. Namun mampu menciptakan alergi di kulit.
7.Timbal
Timbal adalah salah satu bahan kimia berbahaya yang apabila dipakai secara sering akan menimbulkan kerosakkan beberapa organ tubuh di masa mendatang.
8.BHA dan BHT
Butylated hydroxyanisole adalah salah satu bahan kimia yang sering dipakai sebagai zat pengawet di dalam produk kecantikan. Bahan kimia ini mampu membahayakan kesehatan hormon endokrin Anda.
9.DEA dan TEH
Dietanolamin dan triethanolamine atau yang biasa disingkat dengan DEA dan TEH merupakan bahan kimia yang mampu memicu iritasi kulit hingga terjadi kanser.
10.Petrolatum
Produk ini berasal dari olahan minyak bumi dan sering berganti nama menjadi minyak mineral atau petroleum jelly. Namun Anda harus berhati-hati dengan bahan kimia ini sebab mampu menyebabkan kanker, alergi, dan iritasi kulit.
Ada begitu banyak bahan kimia yang terkandung di dalam produk kecantikan yang dijual secara bebas. Oleh kerana itu Anda harus benar-benar meneliti kandungan bahan kimia di dalam produk kecantikan yang Anda pakai atau pun lebih baik anda beralih kepada produk kecantikan ORGANIK yang sudah pasti tidak mempunyai kandungan bahan kimia dan lebih selamat yang menyerlahkan kecantikan semulajadi anda.
Jangan lupa SHARE pada rakan anda agar mereka lebih peka tentang pemilihan produk kecantikan.


Ahad, 3 Januari 2016

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Anda baru balik dari berjumpa doktor dan sangat kecewa sebab kolestrol anda tinggi? Anda susah hati lalu cepat-cepat meng’google’ untuk mencari penyelesaian pantas bagi menurunkan paras kolestrol anda.

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Kata kuncinya di sini adalah kesabaran dan azam yang kuat untuk menukar tabiat buruk anda kepada gaya hidup lebih sihat bebas dari kolesterol jahat! Beberapa tips mudah dan pantas ini boleh membantu mengatasi masalah kolestrol tinggi dalam darah.

Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?

Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.

Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat

1. Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5. Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati Dengan Karbohidrat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6. Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. 

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
7.Vitamin yang sesuai untuk kita yang TERLEBIH kolestrol adalah Phytocol-ST 

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Manfaat utama Phytocol-ST ialah membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL (Kolestrol Jahat).

Produk Phytocol  ST Shaklee Dibuat dengan campuran phytosterols, yang didapati secara semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin


Menyediakan 2,000mg phytosterols tumbuhan yang diperlukan setiap hari


Phytosterols tumbuhan telah terbukti secara klinikal lebih daripada 80 kajian untuk menurunkan kolesterol LDL.