Selasa, 23 Februari 2016

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Rasanya ramai antara kita yang dah pernah atau penat berdiet tapi tiada hasil pun. Jika ini terjadi, kita perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini.

Mungkin terdapat kesilapan dalam diet kita. Kesilapan berikut tidak akan membantu kita mengurangkan berat badan.

Jadi pastikan kita tidak amalkan kesalahan berikut.

1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian kita. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Makan sarapan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
Tiga hidangan tak mencukupi untuk mengawal nafsu makan dan tingkatkan metabolisme. Paling kurang makanlah 5 kali sehari. Ini tak kira samada kita ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh jika kita masih memerlukan, apa yang perlu di elakkan adalah makan nasi selepas jam 8 malam.

3. Makan tak cukup
Jangan tak makan. Nanti metabolism kita jatuh dan kita bukan sahaja melaparkan diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau keperluan kalori harian (DCR) anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4. Elak nasi

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oat, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi AM, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan kita faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.

6. Harapkan makanan tambahan

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Tiada masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan tetapi jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. Klik sini untuk Supplement SHAKLEE

7. Tak tahu keperluan kalori diri

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

AM sendiri pun makan di kedai makan . Gaya hidup AM sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori  kita. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Ada yang ingat makan oat semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan atau minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek

Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi itu salah. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi "diet" pun adalah "amalkan pemakanan". Jadi pastikan kita amalkan diet kita bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.



Ahad, 21 Februari 2016

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

 Ramai antara kita suka makanan yang mudah seperti fast food kerana kekangan masa dan kemalasan yang makin menebal di dalam jiwa. Kadang-kadang kita juga ingin mencuba makanan yang di masak oleh orang lain pula.

Tahukah kita semua ada beberpa makanan yang biasa-biasa tapi mempunyai khasiat yang amat luar biasa. Mungkin makanan ini yang telah kita makan setiap hari?

Antara makanan yang biasa yang mempunyai khasiat luar biasa adalah :-

Roti (khubz)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. 

Epal (tuffah)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. (Bagus diamalkan oleh wanita yang hamil)

Pisang (mawz)
Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Sumber: Halaqah


Kebanyakan buahan dan sumber makanan ini ada disebutkan dalam beberapa hadis...Ada juga disebut dalam Syamail Muhammaddy... 


“Setiap makanan ada kebaikannya, jika diamalkan secara baik, halal dan sederhana. “

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga kesihatan dengan hanya memakan makanan yang baik untuk badan sahaja.

Memerlukan pemakanan tambahan?? Boleh juga mendapatkan Multivitamin yang ada di pasaran. AM nak cadangkan mendapatkan multivitamin dari SHAKLEE.. Boleh rujuk DISINI..

Isnin, 15 Februari 2016

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

Tak ramai yang suka makan yogurt kerana rasanya yang masam. Kebanyakkan suka beli yang jenis berperisa, apa kata sekali sekala beli yogurt kosong dan makan dengan buah memang sedap.
7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

AM merupakan peminat tegar yogurt yang masam-masam. Jika dibuat air yogurt dan dicampur dengan perisa buah lagi sedap.

Yogurt ni sebenarnya dari susu sahaja. Jadi di sini AM nak kongsikan 7 khasiat yogurt yang mungkin ramai tak tahu.

7 KHASIAT YOGURT
1. Kulit lebih halus

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

Dalam masa 2 atau 3 kali seminggu korang cuba buat spa muka dengan yogurt. Gunakan yogurt kosong dan sapukan pada muka.Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

2. Atasi kulit terbakar

Bagi masalah kulit yang rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.

3. Bantu mengecutkan jerawat

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

Masalah jerawat selalu menjadi punca kita jadi malu nak berjumpa dengan orang ramai.Bersihkan muka dan sapukan yogurt secara nipis di bahagian jerawat.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Jerawat akan kecut dan muka takkan berparut lagi.

4. Lebih cerah sekat

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu


Campurkan yogurt dengan air lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh muka dan leher. Lakukan 3kali seminggu dan hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan berseri. 

Boleh juga menggunakan PamoArgan dan Serum Zehra.

5. Rahsia awet muda

Tak payah nak pergi cucuk sana sini, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan 3kali seminggu, kulit muka akan jadi lebih halus dan lembut. Malah garis halus dan kedutan juga akan berkurangan.

6. Buang sel kulit mati

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta muka, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan. Ini akan membuang sel kulit mati dan kulit jadi semakin lembap.

7. Rambut lebih sihat, bersinar

7 Khasiat YOGURT Yang Ramai Tak Tahu

Yogurt muka je untuk muka tau! Rambut pun boleh terutamanya rambut yang kering,kasar dan bercabang. Sapukan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

Hanya dengan menggunakan yogurt sahaja pelbagai guna dan menjimatkan segalanya.



Rabu, 3 Februari 2016

Catatan kuliah maghrib Ustaz Syamsul Zaman

Catatan kuliah maghrib Ustaz Shamsul Zaman (Ustaz Budak) di Musolla As-Syakirin,Batu Buruk | Selasa | 2.2.2016

Ustaz Shamsul Zaman


1.Wahai org yg beriman hendaklah kamu mengikuti Islam dgn sebenar benarnya dan jangan kamu ikuti syaitan kerana syaitan adalah musuh kamu yg paling nyata..

2.Nabi Sulaiman ni nabi yg kaya yg diberikan oleh Allah..Allah bagi kaya tu Allah nk uji dia..macam kita Allah bagi sihat tubuh badan nk uji sama ada kita ni bersyukur ataupun tidak dgn menghadiri majlis2 ilmu..

3.Suara Nabi Daud ni sgt sedap sehingga apabila dia baca kitab zabur burung yg sdg bertebangan boleh jatuh..tapi kite kena iktiqad suara Nabi Muhammad sdp lagi drp suara nabi daud..kalau kita kata nabi SAW ni mengatasi nabi2 yg lain boleh jatuh kufur..

4.Tapi pd hari ini ramai mana yg mengaku jadi Nabi..bahkan bukan mengaku jadi Nabi pun ada,mengaku jadi Tuhan pun ada..kt tempat mu ah ni di bumi trgganu..sbb kita tak pergi ke majlis ilmu shingga tiada akidah..

5.Semua dalam Islam ada doa..nk masuk tandas pun Nabi ajar dgn doa..masuk kaki kiri keluar kaki kanan dapat pahala dh..untung kita jadi org mukmin kerana setiap perkara ada doa..

6.Nasib baik Allah pilih kita pd malam ni duduk dlam mjlis ilmu..kalau Allah tak pilih duk tengok tv3 dh masa ning tgok berita..duduk dalam majlis ilmu satu saat lebih baik drp solat sunat sbyk beribu ribu rakaat..

7.Kita jgn masa solat je ingt kpd Allah..tapi lepas solat tu kena sebut sokmo nama2 Allah jgn dlam solat je..sebut subhanallah je..dalam quran Allah kata dia suke org yg berniaga tetapi sntiasa igt kpd Allah..berjihad di jalan Allah

8.Budok2 muda hari ni sgt gila kpd tgok bola..nk tengok bola tak salah..yg salahnya sampai xsempat nk mari majlis ilmu..smpai xsolat..pemain bola dgn tak tutup auratnya..kita ni yg gi sorok tak boleh mnape..yg bolehnya adalah pemain beribu ribu..

9.Kita ni perlu bersyukur kerana kita dulu takdop sekarang ni ada..Allah mengadakan drp takdop kpd Ada..Allah mengharuskan utk menjadikan kita yg sebut dlam kitab Usuluddin..

10.Org  berkahwin yg tidak dpt anak sila amal ni..baca alfatihah sbyk 40kali pd waktu subuh selama 40 hari berturut turut..InsyaAllah pd tahun tu jgk dia akan dikurniakan anak..sila amal..

11. Ulama kata haram kalau dia tu boleh beranak tetapi makan ubat utk menyekat drp mengandung..kalau ada penyakit takpe..Nabi suke kpd org yg mempunyai anak ramai..jgn kata anak ramai ni susah tapi anak ni lah anugerah dari Allah.

13. Allah beri kpd kita dgn nikmat mata,telinga,kaki jadi gunalah dgn baik..ada mata tengok quran,tengok perkara yg baik..ada telinga dengar lah ayat2 quran dan ada kaki gune ke majlis ilmu..

14. Org yg banyak harta akan lama hisabnya..org yg terakhir di hisab ialah Nabi Sulaiman kerana dia kaya..

15. 2 golongan org yg berjaya ialah org yg mengejar dan org yg belajar..kita tak pandai nk mengajar tapi jadilah org yg belajar tntg ilmu agama..

16.Org yg kasih kpd artis nanti pd dia mati akan bersama artis..kasih kpd org jahat akn bersama org jahat..dan org yg kasih kpd Nabi akan dihimpunkan bersama nabi2..nabi suruh ibu bapa ajar anaknya utk mengenali Allah dan rasul..dan suruh mereka solat pd dia umur 7 tahun..

17.Org yg bersedekah utk org nk membina masjid dgn ikhlas maka Allah telah membina istana buatnya di syurga Allah taala..


Wallahua'lam semoga bermanfaat.