Khamis, 31 Mac 2016

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Alhamdulillah…

Semalam AM dah kongsikan bagaimana AM berusaha untuk bertanya khabar mengenai tangki septik dan kerek telaga. Baca DISINI

Hari ini pulak adalah hari khamis sudah. Tentu bagi tukang rumah dan pekerja merupakan hari yang dinanti-nantikan kerana setiap khamis adalah hari gaji. Bukan seperti kita semua yang bekerja mendapat gaji pada hujung bulan.

Sebelum ini AM ada ceritakan mengenai gaji pekerja tukang rumah dan tugas-tugas mereka. Baca DISINI

Tapak rumah AM juga agak sibuk sedikit pada hari ini kerana banyak aktiviti yang berjalan secara serentak. Hari ini juga lori tanah mula masuk untuk kerja-kerja menuang tanah bagi aktiviti menambung tanah.

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Tanah untuk kerja menambung


 Sebanyak 10 lori kecik tanah diperlukan untuk kerja menambung rumah AM yang setinggi 22inci dari tanah asal.

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Tanah untuk kerja menambung


Semalam 2 lori kecik telah datang dan hari ini sebanyak 8 lori lagi masuk untuk menuang tanah di tapak rumah AM.

Tukang dan pekerja juga sibuk menyiapkan kerja-kerja besi untuk tiang rumah sebanyak 18 batang. Alahmdulillah setelah 2 hari bekerja, mereka Berjaya menyiapkan 18 batang tiang dan sebanyak 5 batang tiang telah siap dipasang pada tiang footing semalam.

Kerek telaga untuk system pembuangan juga telah sampai. Kerek telaga ini AM beli dari syarikat ROSMINI di kg. Cherang. Sebanyak 12 kerek telaga dan 2 penutup kerek AM beli dengan harga RM 316 sahaja.

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Kerek Telaga

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Kerek telaga

Rumah Idaman : Kerja Menambung dan Gaji Pekerja

Penutup kerek telaga



Sabtu nanti kerja-kerja untuk menanam tangki septik dan kerek telaga pula.. Nantikan posting seterusnya…

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rabu, 30 Mac 2016

Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

Alhamdulillah...

Semalam AM dah kongsikan bagaimana AM terpaksa korbankan 1 bilik tidur dan tandas tetamu yang dipelankan untuk memberi ruang kepada ruang tetamu. Baca disini

Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

Ruang untuk lori tanah bagi kerja menambung


Hari ini kerja-kerja akhir untuk kerja memasang kotak dan besi beam bawah. Hari ini tukang rumah telah siapkan beam bawah untuk bilik tidur utama dan ruang tamu. Hanya beam bawah bahagian hadapan sahaja untuk memberi ruang kepada lori untuk kerja-kerja menambung nanti.

Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

ruang tamu yang baru bakal dibina nanti

Memandang hari ini AM terlibat dengan kursus yang di anjurkan oleh JPN kelanatan dan kebetulan pula kursus tamat awal sedikit dari yang dijangkakan. Kesempatan ini AM ambil untuk singgah di kedai hardware yang menjual peralatan paip.
Nama kedai hardware ini adalah Mat Lee Enterprise. Lokasi adalah berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.

AM mengambil keputusan untuk membeli Tangki Septik yang berkapasiti 2050 liter dengan harga RM 700 siap GST dan hantar ke rumah AM.

Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

Tangki Septik 


Rosmini Enterprise juga menjadi mangsa singgahan AM untuk membeli kerek dan penutup sebanyak 12 biji kerek dan 2 penutup kerek. Dengan harga RM 316 siap GST dan hantar ke rumah AM juga. Total hari ini adalah RM 1000 untuk tangki septik dan kerek telaga.

Tanah untuk kerja-kerja menambung juga telah mula masuk sebanyak 2 lori kecik. AM mengguna lori kecik kerana permasalah jiran yang tamak.. AM pernah kongsikan di posting yang lepas. Boleh baca disini

Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

Tanah untuk kerja menambung ruang dapur



Kebanykkan pemilik rumah akan menggunakan pasir kasar untuk kerja-kerja menambung kerana sifat pasir yang mudah untuk dimampatkan nanti. Dengan kos yang agak tinggi sedikit berbanding dengan tanah bukit membuat AM menggunakan tanah bukit untuk kerja menambung nanti. Harga untuk 1 lori kecik tanah bukit adalah RM 100 sahaja.
Rumah Idaman : Tangki Septik dan Kerek Telaga

Tanah untuk kerja menambung

Tukang rumah menanggarkan sebanyak 10 lori kecik untuk kerja-kerja menambung. Mungkin esok akan dipenuhkan untuk mengejar hari sabtu nanti jengkaut akan datang untuk meratakan tanag dan membuat lubang untuk tangki septik pula.


Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan esok pula..

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Selasa, 29 Mac 2016

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Alhamdulillah..

Semalam AM kongsikan kerja-kerja menuang simen kedalam kotak beam bawah.. Baca disini..

Hari ini, simen yang dituang semalam telah pun keras dan kotak-kotak beam mula dibuka oleh tukang rumah.

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Beam siap disimen

Seperti semalam juga, kerja memasang kotak beam dan besi beam bawah untuk bilik tidur utama dan ruang tamu pula untuk hari ini.

Tukang rumah juga telah mencadangkan kepada AM untuk menukarkan ruang terrace yang ada di dalam plan diubah sedikit dan dijadikan tandas tetamu. Ini kerana tandas tetamu yang asal berada di laluan parking kereta keluarga AM.

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Ruang bilik dan tandas tetamu yang terpaksa dilupakan..


Jika diteruskan juga makan ruang untuk “main hole” nanti akan menganggu tempat parking kereta nanti. Begitu juga dengan bilik tidur tetamu yang ketiga terpaksa dilupakan untuk memberi ruang kepada tempat istirehat keluarga.

Kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang pada hari ini..

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Kerja-kerja menuang simen untuk beam bawah siap..

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Tukang melakukan kerja pemasangan kotak dan besi beam bawah

Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Tukang berbincang untuk kerja memasang kotak dan besi beam bawah bilik tidur utama


Selain itu, jiran AM juga mencadangkan untuk dilakukan juga kerja-kerja menyiapkan tangki septik. Untuk kerja-kerja ini AM terpaksa mengejar masa kerana AM telah berjanji dengan jengkaut pada sabtu ini.


Man Trading, panji adalah kedai hardware yang pertama AM terjah untuk mengetahui kapasiti dan harga untuk tangki septik. Untuk 5 pengguna dengan kapasiti tak sampai 2000 liter dengan harga RM 650 siap hantar ke rumah. AM perlu berkira-kira dahulu. 


Rumah Idaman : Kerja Memasang dan Menuang Simen untuk Beam Bawah

Tangki Septik di Man Trading..


Jangan lupa membaca perkembangan semasa Rumah Idaman AM untuk esok pula..


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Isnin, 28 Mac 2016

Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

Alhamdulillah..


Semalam punya cerita memasang kotak plywood untuk beam bawah bahagian dapur selesai sudah.

Hari ini pula kerja-kerja menuang simen ke dalam kotak beam bawah bahagian dapur dan sepanjang ruang belakang rumah AM pula..


Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

Kerja menuang simen untuk beam bawah

Memandangkan bilangan pekerja bertambah seorang berbanding semalam, maka kerja-kerja menuang menjadi cepat dengan pengerakkan 2 buah kereta sorong yang sedia ada.

Bab kata orang bila man power cukup makan perkembangan kerja juga menjadi semakin cepat.

Kerja-kerja besi untuk beam bawah juga berjalan seperti biasa kerana kerja-kerja ini memakan masa dan tenaga untuk disiapkan.

Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

Kerja menuang simen pada ruang bilik tidur


Dibawah adalah gambar-gambar perkembangan kerja hari ini..


Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

Ruang untuk Tinag Rumah

Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

Paip air buang untuk sistem kumbahan

Rumah Idaman : Kerja Menuang Simen Untuk Beam Bawah

pasir untuk kerja simen

 Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan pembinaan Rumah Idaman AM untuk esok pula.. 

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Ahad, 27 Mac 2016

Rumah Idaman : Beam Bawah untuk Tapak Rumah

Alhamdulillah..


Hari ini masuk sudah hari ke enam dan minggu kedua dalam proses membina Rumah Idaman AM..

Minggu ke dua, tukang telah meramal akan menyiapkan beam bawah dan kerja-kerja menambung nanti.
Rumah Idaman : Beam Bawah untuk Tapak Rumah

Kerja beam bawah

Hari ini, kerja-kerja membuat beam bawah giat dijalankan. Bermula dari bahagian dapur dahulu.. keluasan dapur ini adalah 17x10 kaki persegi. Mungkin keluasan ini adalah sedikit kecil berbanding keluasan dapur yang biasa dilakukan.

Rumah Idaman : Beam Bawah untuk Tapak Rumah

Kotak beam bawah bersama besi Y10

Rumah Idaman : Beam Bawah untuk Tapak Rumah

Kerja beam bawah


Disebabkan bilangan pekerja yang sedikit kurang pada hari ini iaitu 3 orang sahaja, perjalanan agak perlahan sedikit. Hanya kerja-kerja membina beam bawah dan kerja besi sahaja mampu dilakukan oleh tukang hari ini.

Rumah Idaman : Beam Bawah untuk Tapak Rumah

Kerja besi beam bawah

Bagi AM tidak memberi kesan kerana kadar pembayaran upah adalah berdasarkan perkembangan pembinaan rumah itu sendiri bukannya AM membayar gaji harian seperti sebelum ini.


Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan seterusnya pada esok hari pula..

Khamis, 24 Mac 2016

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

 ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai


Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Masalah Anai Anai

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.

Perihal mengenai anai-anai:

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung. Koloni anai-anai terdiri daripada permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.

Ubat anai-anai atau Racun anai anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali.

Salah satu cara lebih berkesan ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai pada Pad Footing

Seperti posting-posting AM sebelum ini Rumah Idaman : Hari Ke Tiga dan Rumah Idaman : Hari Ke Empat, telah AM lakukan kerja-kerja menyiram racun anai-anai pada Pad Footing yan telah siap disimen oleh tukang rumah.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

AM melakukan Kerja-kerja Menyiram Racun Anai-Anai

Kali ini AM nak kongsikan Racun Anai-anai yang AM gunakan
Setelah bertanya beberapa kedai hardware dan kedai racun, AM telah memilih untuk menggunakan Racun Anai-anai HUSKY 5SC yang secara khususnya digunakan untuk lading-ladang dan kebun.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

Racun Anai-anai HUSKY 5SC


Kelebihan Racun Anai-anai HUSKY 5SC adalah
  • 500ml racun boleh dicampur dengan 500 liter air dan cukup banyak untuk menyiram lubang Pad Footing dan Beam Bawah nanti.
  • Racun ini juga tidak berbau setelah dicampur dengan air.
  • Racun ini tidak membunuh anai-anai yang terkena sahaja, malah racun ini berfungsi juga seperti racun anai-anai jenis umpan.


Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

Arahan Racun Anai-anai




Harga bagi Racun Anai-anai HUSKY 5SC adalah RM 65 setelah GST. Harga yang cukup berbaloi untuk dilaburkan daripada kita melakukan kerja-kerja menghapus anai-anai setelah rumah siap nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rumah Idaman : Pembayaran Gaji Pekerja

Alhamdulillah…

Sudah hari kelima hari ini.. Sudah baca Rumah Idaman : Hari ke empat?



Perkembangan yang semakin rancak dengan bilangan pekerja yang semakin bertambah kerana tukang telah memberi janji bahawa sebelum Ramadhan ini bumbung rumah akan siap dipasang.

Hari ini tukang rumah menyiapkan kerja-kerja membuat tiang footing yang masih tertinggal sebanyak 8 lubang. Sebanyak 2 beg simen untuk mengisi 8 tiang footing. Pekerja lain pula menambung lubang pad footing yang telah siap tiang footing untuk membuat beam bawah pula.

Rumah Idaman : Pembayaran Gaji Pekerja

Pad Footing yang hampir siap

Rumah Idaman : Pembayaran Gaji Pekerja

Tiang Footing


Sebelah petang pula, tukang menyiapkan kerja-kerja besi beam bawah dan kotak beam dari plywood.

Rumah Idaman : Pembayaran Gaji Pekerja

Kerja-kerja besi beam bawah


Rumah Idaman : Pembayaran Gaji Pekerja

Kotak Beam


Hari khamis juga merupakan haripembayaran gaji para pekerja dan tukang rumah.


Semua pekerja tersenyum bila terima bayaran untuk kerja selama seminggu pertama membina rumah idaman AM.. 

Mungkin kita memandang kerja membina rumah ini 'lekeh' mahupun hanya kepada insan-insan yang sudah tiada pekerja lain.. 

Tahukah kita semua?? Bahawa pekerja binaan merupakan kerja yang memerlukan tenaga dan pengorbanan berada di baah sinaran matahari sepanjang hari. TAPI.. cukup berbaloi kerana kadar upah bagi pekerja biasa adalah RM 50 sehari tau..

Bidang ini juga bukan semua orang boleh bekerja kerana kerahan tenaga yang amat banyak diperlukan. Nasihat AM, jika tidak mempu bekerja teruk di usia dewasa maka belajar la bersungguh-sungguh di waktu kecil ini.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rabu, 23 Mac 2016

Rumah Idaman : Tiang Footing dan Menyiram Racun Anai-anai

Alhamdulillah..


Perkembangan hari ke empat sudah hari ini, banyak perkembangan yang boleh dibanggakan sehingga kini.

Untuk hari ke empat ini, tukang rumah melakukan kerja-kerja yang tertangguh semalam iaitu mengisi simen pada tapak pad footing rumah. Sebanyak 9 lubang telah diisi.


Rumah Idaman : Hari Ke Empat

Tapak Rumah AM

Selain itu juga, tukang rumah juga telah membuat tiang footing dengan menggunakan 2 biji longkang yang telah siap seperti gambar dibawah ini :

Sebanyak 9 tiang berjaya disiapkan pada hari ini juga.


Rumah Idaman : Hari Ke Empat


Tiang Footing

Rumah Idaman : Hari Ke Empat


Besi Beam bawah

Rumah Idaman : Hari Ke Empat

Besi R6

Tukang rumah telah membahagikan para pekerja dengan beberapa kerja besi yang masih berbaki untuk disiapkan bagi membina beam bawah nanti.

Tukang rumah juga telah menyiapkan kotak-kotak plywood untuk membuat beam bawah nanti.

Rumah Idaman : Hari Ke Empat

Kotak Plywood untuk beam bawah

Sebelah petangnya pula AM sendiri telah melakukan kerja-kerja menyiram racun anai-anai untuk pad footing yang telah diisi dengan simen.

Rumah Idaman : Hari Ke Empat

AM menyiram racun anai-anai

Semalam AM sudah melakukan kerja-kerja menyiram racun anai-anai tapi tak ada sesiapa yang sudi ambil gambar. Hari ini isteri AM bersama-sama untuk membantu kerja-kerja menyiram racun anaik-anai.

Dibawah adalah perkembangan hari ini :

Rumah Idaman : Hari Ke Empat

AM melawat tapak rumah


Rumah Idaman : Hari Ke Empat

Tapak Rumah 

Rumah Idaman : Hari Ke Empat

Tapak Rumah AM

Jangan lupa mengikuti perkembangan semasa pembinaan Rumah Idaman AM 

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!