Selasa, 19 April 2016

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Apabila Allah telah takdirkan sesuatu kejadian maka terjadi la kejadian itu.. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik perancangan. Petang 31 Mac 2016 mencatat sejarah dalam hidup AM.

AM mengalami kecederaan yang tidak di duga. Kaffarah DariNya untuk diri AM
Kejadian ini terjadi semasa AM hendak mengambil wuduk untuk bersolat asar. Mungkin kerana kecuaian AM sendiri. AM telah terjatuh di dalam bilik air yang licin dan kaki kanan AM telah terkena tiang rumah dan mengalami luka yang agak serius.
Alhamdulillah.. Isteri AM ada bersama dia beliau telah membaca AM ke hospital. Pihak hospital pada awalnya hanya menjahit luka sahaya. TETAPI Tuhan masih lagi nak menguji AM..

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Keadaan jari kaki AM

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Sebelah bawah jelas luka yang sedikit teruk

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Selepas dijahit oleh doktor

Apabila selesai rawatan luka iaitu 3 jahitan pada kulit antara jari ke2 dan ke3. Jari ke3 AM pula tidak dapat digerak dengan sempurna sebelum ini dan juga jarak antara kaki ke 3 dan ke4 pula cukup dekat.

AM dibenarkan balik dahulu TETAPI temujanji dengan doctor pakar tulang pula pada 3 Mei 2016.

Semasa temujanji dengan doctor pakar pula, AM telah melakukan X-tray pada kaki yang tercedera. Keputusan X-tray juga amat MENGEJUTKAN AM dan isteri.
Doktor telah mengesahkan tulang pada jari kaki ke3 AM telah PATAH dan jari kaki ke4 pula mempunyai serpihan tulang kesan dari impak AM jatuh. Selain itu, jari ke5 AM juga mengalami sedikit ketumbuhan tulang yang abnormal.

Abnormal adalah kesan daripada kegiatan AM semasa remaja dahulu iaitu sepanjang tahun 1999 sehingga 2008. Kejadian ini pula terjadi pada tahun 2005 semasa AM sedang menjalani latihan untuk mewakili negeri PERLIS untuk KEJOHANAN SENI BELA DIRI PERINGKAT KEBANGSAAN di Negeri JOHOR.

AM telah mengalami rasa kesakitana pada kaki kanan disebabkan latihan yang berterusan dan extreme. Kesakitan ini AM telah pendam selama 10 tahun dan menyebabkan ketumbuhan tulang yang abnormal pada jari ke5 AM.

Berbalik kepada kecederaan yang asal.. Doktor telah mencadangkan AM menjalani pembedahan untuk memasukkan dawai pada jari ke 3 dan ke4.. Manakala untuk jari ke5 pula doctor akan melakukan pembedahan untuk membuang tulang yang abnormal.

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Gelang kenangan masuk wad

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Senyum sebelum masuk wad

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Tanda awal apabila nak masuk wad


Pembedahan telah dilakukan pada 4 Mei 2015. Pagi tersebut AM telah dikunjungi oleh doctor pakat bius untuk melihat kesihatan dan fizikal AM. Doktor telah mencadangkan Bius Spinal iaitu bis\us separuh badan sahaja. Ubat bius pula akan dicucuk pada tulang belakang. 

Mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk melakukan pembedahan ini. Dengan 3 jari yang perlu dilakukan pembedahan imi AM merasakan masa berlalu cukup pantas. Sepanjang pembedahan ini AM boleh mendengar dan melihat apa yang doktor telah lakukan. 

Untuk jari kaki ke3 dan ke4, doktor terus memasukkan dawai pada jari kaki tanpa sebarang pembedahan. Agak ngeri tapi itu la yang terjadi kepada AM. Hanya tulang yang abnormal sahaja doktor telah melakukan sedikit pembedahan. 

Selepas pembedahan ini juga doktor telah menasihatkan AM supaya tidak bangun selama 6jam untuk menstabilkan bius.

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Selepas pembedahan

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Selama 2 minggu AM telah berehat di rumah mak mentua dan dijaga dengan cukup baik dan rapi. Alhamdulillah.. Janji ALLAH itu pasti, apabila kita mungkin masih berusaha untuk mendapat anak tetapi sukar, ALLAH telah memberi mak mentua yang cukup baik..

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Luka pembedahan

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Luka pembedahan

Selepas 2 minggu AM masih ada temujanji dengan doctor pakat tulang di hospital. Pembalut luka telah dibuka dan benang jahitan pada luka pembedahan juga dibuang. Semasa proses membuang benang ini hanya ALLAH sahaja tahu  kesakitan yang dialami. Bukan kerana luka tapi kerana jahitan yang kemas dan tempat yang sukar. Sijil sakit juga telah disambung sehingga 17 Mei 2016. Bercuti panjang la AM kali ini.

AM juga mula berjalan menggunakan tumit kaki sahaja pada kaki sebelah kanan ini. Kesakitan yang dialami tidaklah begitu menyakitkan tapi rasa gatal memang ada.
Bab penjagaan makan juga amat-amay di ambil berat oleh isteri dan mak mertua AM. Mereka yang banyak membantu menyediakan makan dan minum.

Paling win adalah segala makanan yang penyebab gatal memang AM sekadar tengok sahaja. Sehingga ini AM masih lagi berpantang dengan telur, ayam dan makan laut penyebab gatal.

Mungkin ramai yang akan cakap AM melebih-lebih bab pantang TAPI bagi AM sakit hanya AM yang tanggung baik kita berigat dari merasa sakit yang berterusan.


Khamis, 14 April 2016

Jana RM 60 000 Sebulan Hanya Uruskan Uber


Jika pemandu Uber mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan, anda juga boleh menjana pendapatan yang sama walaupun anda tidak memandu kereta dan tanpa keluar dari rumah membawa penumpang. Rahsia ini telah dibongkarkan oleh seorang penulis yang telah Berjaya mendapat pendapatan sebanyak RM 60 000 sebelum menerusi Uber. AM percaya ramai yang berminat untuk mengetahui bagaimana beliau mampu menjana pendapatan RM 60 000 sebulan menerusi Uber.

Jana RM 60 000 Sebulan Hanya Uruskan Uber

Beliau mendakwa cara ini turut diketahui dan dikendalikan sendiri oleh Uber. Menurut beliau, rahsia ini didedahkan sendiri oleh seeorang pemandu Uber. Pada mulanya, beliau mendaftar dan memandu dengan Uber. Buat permulaan, belaiu menjana pendapatan antara RM 5000 sehingga RM 8000 hanya dengan Uber. Namun jumlah tersebut tidak mengcukupi untuk menampung bayaran komitmen beliau. Akhirnya beliau telah menjumpai cara ini setelah memerah otak membuat kajian dan ujikaji sendiri.

Sebulan RM 5000 Tidak Mencukupi

Katanya, dengan memanipulasi Uber, pendapatan beliau meningkat kepada RM 80 000 sehingga RM 100 000 sebulan tanpa keluar memandu kereta Uber. Pendapatan tersebut telah dilaburkan untuk membuka perniagaan francais dan stesen minyak. Rahsia ini beliau dedahkan kerana mahu orang lain mendapat keuntungan yang sama seperti belaiu.

Jadi apakah tindakan anda setelah membaca kisah beliau? Adakah anda hanya mahu melihat kejayaan orang lain? Bukankah lebih baik anda cipta kejayaan anda sendiri? Jika beliau sudah memiliki mesin duit dari UBer, bukankah anda juga boleh buatperkara yang sama?

Panduan Lengkap Bisnes Uber

Beliau sudah  pun menulis sebuah panduan lengkapmenguruskan bisnes Uber dari rumah untuk anda. Ia adalah panduan langkah demi langkah bisnes dengan Uber yang boleh dibaca dalam masa yang singkat sahaja. Ianya tidak sesukar mana pun, AM percaya ramai anda kita tidak akan bangkrap dengan memiliki panduan ini.

Jana RM 60 000 Sebulan Hanya Uruskan Uber

Perlu diingatkan sekali lagi, kita tidak perlu menjadi pemandu Uber untuk menjana pendapatan lumayan ini. Kita hanya perlu ikut panduan yang beliau tulis sahaja. Modal kita adalah memiliki panduan tersebut dari beliau. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjanakan pendapatn dengan Uber tanpa perlu memandu kereta.
  1.  Dapatkan panduan Bisnes Uber di RahsiaUber
  2. Baca dan ikuti arahan yang diberikan
  3. Pergi ke laman web Uber Malaysia dan daftarkan sebagai Uber Partner.
  4. Mulakan praktikkan panduan Bisnes Uber untuk menjana pendapatan yang pertama.

Baiklah, itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menjana pendapatan daripada Uber. Dari masa ke semasa pihak Uber akan menghantar email dan memberitahu anda bagaimana untuk mendapatkan RM 250 bagi setiap pemandu yang anda rujuk kepada Uber.


Ahad, 10 April 2016

10 Amalan Untuk Kaya dan Rezeki Yang Melimpah

 Ramai di anatara kita yang selalu mengeluh bahawa Rezeki sentiasa tidak cukup dan sentiasa ketiadaan wang untuk perbelanjaan harian. Ditambah pula dengan kegawatan ekonomi sekarang menambah lagi beban. 

10 Amalan Untuk Kaya dan Rezeki Yang Melimpah

Di bawah adalah perkongsian dari seorang Ustaz untuk sama-sama kita amalkan untuk menambah rezeki kita semua. Apa yang penting adalah USAHA yang berterusan.

1. Rutinkan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu

2. Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat

3. Baca Surah "Al Waqiah"

4. Rutinkan solat dhuha

5. Baca zikir sesudah solat . "Ya Fattah ya Razaak " 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan ashar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

6. Rutin membaca zikir ini
"Laa hawla wala quwwata illaa billah " sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).

7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Karena boleh saja setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari atau pun tidak.

8. Rutin membaca zikir pagi dan petang.
Jangan lupa setiap hari membaca "subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem" 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Boleh dilakukan habis solat dhuha dan setelah melakukan ibadah solat ashar atau menjelang magrib

9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila bila saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Begitu mengantuk pun jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Bagi wanita yang sedang haid boleh berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam.


Credit : ustaz yusuf mansur


Panduan bermain Saham di Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua..

Rabu, 6 April 2016

Rumah Idaman : Mendirikan Dinding Rumah

Alhamdulillah…

Sebelum ini AM telah menceritakan bagaimana kerja-kerja mendirikan tiang Rumah Idaman AM. BACADISINI

Kali ini AM nak kongsikan bagaiman kerja-kerja mendirikan dinding rumah AM bermula dan berapa banyak bata yang diperlukan.

Setelah tiang rumah Berjaya di dirikan, tukang telah meminta AM untuk membeli bata pula untuk kerja-kerja mengikat bata untuk dinding rumah. Walaupun AM masih lagi dirawat di KBMC kerana terjatuh di bilik air rumah sewa pada awal April. BACA DISINI.

AM telah pun membeli sebanyak 6000 keping bata press iaitu bata dari kilang yang berdekat dengan Rumah Idaman AM. Bata ini adalah campuran pasir dan simen sahaja.

Syukur Alhamdulillah… Bata ini ayah AM telah pun membayar. Rezeki nak bina rumah, ayah dah bagi tanah dan bayar harga bata press lagi. Alhamdulillah..


Tukang telah membina dinding dan tiang rumah secara serentak. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat AM snap ketika mereka bekerja dan hasil kerja-kerja tukang rumah AM.

Mendirikan Dinding Rumah
Dinding Bilik Utama

Mendirikan Dinding Rumah
Pandangan Rumah AM

Mendirikan Dinding Rumah
Dinding Bilik Air

Mendirikan Dinding Rumah
Pandangan Luar Rumah AM

Mendirikan Dinding Rumah
Ruang Tamu

Mendirikan Dinding Rumah
Dinding dan Tiang Rumah AM

Mendirikan Dinding Rumah
Dinding Bilik Tidur

Mendirikan Dinding Rumah
Pandangan Rumah AM


Semoga perkongsian ini membantu sahabat-sahabat AM untuk membina rumah sendiri nanti.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Sabtu, 2 April 2016

Mendirikan Tiang Rumah

Alhamdulillah…

Khamis sudah berlalu dengan pembayaran gaji pekerja dan kerja-kerja menambung tapak Rumah Idaman AM. BACA DISINI

Hari ini bermula kerja-kerja mendirikan tiang rumah AM pula.. Dengan bahan yang sedikit terhad iaitu papan plywood bersaiz 12mm sebanyak 4 keping. Sebanyak 4 kotak tiang berjaya dibuat oleh tukang rumah.

Besi untuk tiang rumah telah dibuat awal seminggu dari hari ini, maka kerja-kerja mendirikan tiang rumah menjadi semakin senang dan cepat. Tukang rumah juga bekerja dengan tekun dan bersungguh untuk mengejar masa sebelum Ramadan.

Mendirikan Tiang Rumah
Tiang Rumah AM

Mendirikan Tiang Rumah
Tiang Rumah AM


Dengan pekerja seramai 4 orang, kerja-kerja mendirikan tiang menjadi cepat dan tukang juga mula melakukan kerja mengikat bata untuk dinding rumah.

2 kerja dalam 1 masa menjadikan perjalanan pembinaan rumah AM menjadi semakin pantas walaupun AM mengalami sedikit Kafarah dariNya. BACA DISINI


Dalam masa yang sama juga kerja-kerja menanam tangki septic dan kerek telaga juga berjalan dengan serentak. Untuk kerja-kerja ini AM terpaksa meminta bantuan dari sahabat AM untuk memantau kerja-kerja ini. Boleh BACA DISINI

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga

Alhamdulillah..

Setelah gaji tukang dan pekerja selesai dibayar dan jumaat pula bercuti..Rujuk DISNI

Sabtu pula muncul..

Perjalanan hari ini untuk Projek Rumah Idaman adalah mendirikan tiang rumah dan juga kerja-kerja menyiapkan tapak untuk tangki septic dan kerek telaga.

Disebabkan kerja menanam tangki septic adalah kerja berat, AM telah menyewa jengkaut untuk membantu memudahkan kerja-kerja mengali lubang dan juga kerja-kerja meratakan tanah tambun yang telah AM beli sebelumnya.. 

Jengkaut memulakan kerja dengan meratakan tanah tambun di tapak Rumah Idaman AM disamping tukang rumah mendirikan kotak-kotak untuk tiang rumah.

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Kerja Tambun Tanah

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga


Selesai sahaja kerja-kerja merata tanah, jengkaut meneruskan kerja-kerja mengali lubang untuk ditempatkan tangki septic dan kerek telaga. Tangki septic berkapasiti 2050 liter dengan anggaran 10 kaki tinggi.

Gambar di bawah menceritakan kerja-kerja mengali, mengangkat dan menanam tangki septic dan kerek telaga.

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Kerja mengali lubang tangki septik

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Lubang Tangki Septik

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Tangki Septik


Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Kerja Menanam Tangki Septik

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Menunggu Jengkaut Siap Mengali Lubang

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Kerja Memasukkan Tangki Septik

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Pembetulan Kedudukan Tangki Septik

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Lubang Kerek Telaga pula

Rumah Idaman : Kerja Menanam tangki septik dan Kerek Telaga
Kerja Memasukkan Kerek Telaga



Semoga perkongsian ini member inpirasi kepada sahabat AM semua..

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!