Isnin, 27 Jun 2016

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap

Alhamdulillah…
Semalam AM ada kongsi Cat Nippon Momenton Elegant. Semalam juga sempat AM pulang sekejap melawat Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Bingkai Tingkap SIAP..

Berjumpa dan berbicang dengan tukang rumah. Ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian kerana sekarang merupakan kerja-kerja kemasan peringkat akhir sudah Rumah Idaman AM.

Sebelum ini juga AM ada kongsikan mengenai kerja-kerja pemasangan siling kapur, DISINI.

Ada beberapa isu yang AM sedikit terkilan dengan hasil kerja tukang untuk kerja pemasangan siling kapur ini. Bukan salah tukang juga tetapi disebabkan beberapa pekerja yang kurang mahir membuat ada sedikit kesilapan yang tak diduga oleh AM mahupun tukang rumah sediri. Perkara boleh diselesaikan. Tak ada masalah besar pun.

Selesai masalah siling kapur dan tukang berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam minggu ini. Insyallah sama-sama kita melihat hasilnya nanti.

Sempat juga AM meninjau-ninjau kerja-kerja sentuhan akhir pada Rumah Idaman AM semalam. Tukang telah menyiapkan bingkai tingkap untuk memberi sedikit kelainan kepada Rumah Idaman AM.

Lebar bingkai adalah 5 inci sahaja dan tinggi adalah 0.5inci. Dibawah adalah gambar yang sempat AM ambil untuk rujukan sahabat AM semua.


Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukurang Bingkai Tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Tukang menyiapkan bingkai tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukuran Bingkai Tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukuran Bingkai yang siap


Semoga perkongsian yang sedikit ini member manfaat kepada sahabat semua..


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Ahad, 26 Jun 2016

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading

Alhamdulillah..

Rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini. AM ada menyertai satu peraduan dalam facebook daripada sebuah kedai cat di Kota Bharu.

Bermula dengan sekadar suka-suka sahaja menyertai tapi rezeki kita tiada siapa yang tahu selain dariNya.

Peraduan share dan tag kawan-kawan daripada #hontrading berlangsung selama 10 hari sahaja bermula dengan 9/6/2016 sehingga 19/6/2016.

Hon Trading adalah pengedar cat Nippon, Dulux, dan SKK. Selain cat ada juga barang-barang lain yang berkualiti dan comel-comel.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Hon Trading


Sebelum ini AM pernah menguruskan beberapa peraduan yang hampir sama dengan peraduan yang AM sertai kali ini.

RAHSIA adalah ….

Share dan tag sebanyak yang mungkin posting daripada page atau posting penganjur ini kerana tindakan itu member gambaran bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh untuk menang.

AM telah share sebanyak yang mungkin sekurang-kurangnya sekali sehari di dalam facebook AM sendiri. Ada juga kawan-kawan yang menjadi mangsa AM di tag di dalam peraduan tersebut.

HADIAH..

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Senyum..Bila dapat hadiah

Nippon Momento Elegnant…

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Nippon Momenton Elegant

Untuk pemilihan warna dan corak AM telah meminta isteri tercinta yang memilih. Ini kerana kami bakal menduduki Rumah Idaman tidak lama lagi. Tidak la sebanyak mana yang dapat, cukup untuk 1 ruang TV di Rumah Idaman.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Seduction

Isteri telah memilih warna Seduction. Pilihan yang amat sesuai untuk ruang TV nanti apabila digabung dengan siling kapur bertingkat dan lampu LED pula.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Isteri sedang memilih warna cat

Untuk cat Nippon Momenton Elengant ini, agak susah sedikit untuk dicatkan kerana mempunyai 2 cat yang berbeza.

Untuk lapisan pertama dan kedua adalah cat primer iaitu cat asas sebanyak 2 lapisan. Untuk hasil yang cantik dan elegen, cat yang kedua iaitu cat elegant base sebanyak 1 lapisan.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Cat Primer Momento

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Cat Elegant Base

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Tools Untuk Cat Elegant

Setelah hamper kering cat elengant base ini, perlu 1 tools yang khas untuk member kesan elegant. Tools ini disertakan bersama dengan hadiah yang AM dapat. Alhamdulillah..

Cara dan teknik untuk menghasilkan corak yang betul disertakan di dalam buku panduan yang disediakan. Bua masa sekarang AM simpan dahulu cat ini sehingga rumah AM sudah siap sepenuhnya. Tunggu hasilnya nanti..

Rezeki Ramadan dan Rumah Idaman… Semoga perkongsian ini member semangat dan ilham kepada pembaca setia blog Along Misuari..






Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rabu, 15 Jun 2016

Pemasangan Siling Kapur Bermula

Alhamdulillah..
Setelah selesai urusan membeli barang-barang keperluan untuk membuat siling kapur. Boleh rujuk DISNI.

Maka bermula kerja-kerja memasang siling kapur pula. Syukur Alhamdulillah kerana tukang rumah juga telah memberi harga upah yang dipersetujui dulu sudah termasuk kos pemasangan siling kapur.

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Bertingkat


Jika tidak AM terpaksa mengeluarkan kos lain untuk kerja-kerja pemasangan siling kapur sebanyak RM1.50/sekaki hanya untuk upah sahaja. Harga mungkin mahal lagi jika siling kapur yang bertingkat-tingkat dan susah. Jika harga barang dan upah pula AM pernah dapat paling murah pun RM3.50/sekaki.

Dengan keluasan rumah AM sebanyak 1170kaki persegi.. Boleh dikira kos upah sahaja dah RM 1755. Jika AM dah tak nak fikir tentang barang pula pada harga RM3.50/sekaki, kos keseluruhan pula adalah RM 4095. Boleh bayangkan berapa banyak kos yang terpaksa dikeluarkan?

Dengan kelebihan yang ada pada AM kini, kos yang AM keluarkan adalah sebanyak RM 1013 sahaja, buat masa ini dan mungkin akan ada penambahan bahan pada masa akan mendatang kerana AM membuat siling kapur bertingkat pada ruang tamu, ruang keluarga dan ruang menonton TV. 

Dibawah adalah perkembangan pemasangan siling kapur rumah AM.

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Kerja Pemasangan Siling Kapur

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Bilik Tidur

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Ruang Tamu

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Gantung

Semoga perkongsian ini dapat membantu para sahabat AM bersemangat membina rumah sendiri nanti.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Ahad, 5 Jun 2016

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar

Alhamdulillah…

Setelah berusaha selama 2 minggu untuk kerja-kerja plaster dinding rumah AM, akhirnya siap sudah kerja-kerja plaster bahagian dalam dan luar. Hanya tertinggal untuk tandas sahaja lagi yang belum plaster.


Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Hadapan Rumah AM

Untuk kerja plaster ini sebanyak 1 van pasir plaster atau pasir halus dan 80 beg simen plaster. Tenaga kerja seramai 5 orang iaitu seorang tukang dan 2 pekerja biasa. Boleh merujuk artikel AM sebelum ini iaitu Kerja-kerja Plaster Dinding.

Selain kerja plaster berjalan dengan lancar. Ada juga kerja-kerja lain yang memerlukan perhatian 2 orang pekerja bagi menyelesaikan kerja-kerja menyiapkan siling layar dan dinding layar.

AM menggunakan Smart Wood untuk dinding layar kerana harga yang murah berbanding dengan kayu. Sekeping SmartWood adalah RM17/keping. Memandangkan AM menggunakan kekuda rumah menggunakan besi. Kerja memasang dinding layar menjadi lambat kerana kerja mengukur dan memotong besi yang agak susah.

Harap maaf.. Kerja-kerja memasang dinding layar AM terlupa untuk mengambil gambar..

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Plaster dinding tandas

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan sisi 

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang bilik tidur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan belakang rumah

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Ruang Dapur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang Tamu

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang Menonton TV

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Bilik Tidur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Belakang Rumah


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang berminat untuk membina rumah dengan sendiri.



Sabtu, 4 Jun 2016

RM 7000 Hanya Menjual Air Balang Sahaja

Setiap kali bulan Ramadhan, bazar Ramadhan akan dipenuhi dengan pelbagai jenis minuman untuk berbuka puasa. Selain dari itu, ramai juga yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan pasar malam atau bazar Ramadhan dan salah satu perniagaan yang paling 'mudah' adalah dengan menjual air balang. Betul ke mudah??

RM 7000 Hanya Menjual Air Balang Sahaja

Air balang biasanya dijual antara harga RM1 sehingga RM3 bergantung kepada jenis air yang dijual. Ramai yang menganggap bahawa menjual air adalah mudah dan sangat menguntungkan. Tetapi disebalik perniagaan air balang hanya peniaga tersebut yang tahu.


Bagi memulakan bisnes air balang, ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui antaranya adalah:


§  Bagaimana cara untuk mohon tapak niaga pasar malam / bazar Ramadhan?
§  Cara Memilih Lokasi Pasar atau Bazar?
§  Peralatan yang perlu ada untuk memulakan bisnes air balang?
§  Persediaan fizikal dan mental sebagai peniaga air balang?
§  Resepi Air yang sedap?
§  Teknik menarik pelanggan?
§  Kos dan Keuntungan?


Ini jugalah perkara asas yang ada dikongsikan dalam Panduan LengkapMemulakan Bisnes Air Balang yang ditulis oleh Mizan Sulaiman. Beliau telah berjaya menjana keuntungan sehingga RM7k hanya dengan menjual jus buah buahan. Banyak lagi perkara yang diajarkan dalam panduan tersebut untuk membantu kita menjadi peniaga air balang yang berjaya. Rugi jika kita mengabaikan Panduan Lengkap Memulakan Bisnes AirBalang ini.


Resepi Air Balang
Tetapi bagi saya, perkara utama yang mesti dipatuhi untuk memulakan perniagaan air balang adalah resepi air yang sedap di hati pelanggan. Saya sendiri membeli air di gerai yang sama setiap hari dalam bulan Ramadhan kerana rasanya yang sedap dan menyegarkan. Jika sedap kita sendiri tak kisah berpanas dan berhujan beratur untuk mendapat air yang sedap. Betul tak?


Resepi air yang sedap akan secara automatik menarik pelanggan untuk membeli berkali-kali air balang yang kita jual. Walaupun kita mempunyai lokasi terbaik dalam satu bazar, tetapi tanpa resepi air yang sedap, pastinya pelanggan hanya akan datang sekali untuk mencuba air tersebut kemudian tidak akan kembali ke gerai air balang kita.


Kos dan Keuntungan
Kos yang dimaksudkan terbahagi kepada dua iaitu kos sekali sahaja dan kos berulang kali. Kos sekali sahaja adalah berkaitan dengan peralatan yang kita akan gunakan termasuklah balang air, kanopi, penceduk air, meja, cawan air, straw dan lain-lain. Manakala kos berulang kali adalah melibatkan kos menyediakan bahan-bahan air seperti buah-buahan, gula, ais, pekerja dan lain-lain. 


Pengiraan kos dan keuntungan adalah penting untuk memantau perkembangan perniagaan air balang kita. Secara umumnya, keuntungan dikira apabila jumlah jualan ditolakkan dengan kos yang dikeluarkan. 



Persediaan fizikal dan mental
Perkara yang lebih penting untuk memulakanbisnes air balang adalah untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan metal. Walaupun nampak mudah, tetapi perniagaan air balang memerlukan kudrat yang tinggi untuk menyediakan air dan juga untuk berdiri melayan pelanggan. Persediaan mental juga perlu kerana kita akan dikunjungi dengan pelbagai ragam pelanggan. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi semua ini?


Ok? Kita sudah BERSEDIA !!


Bagi yang ingin memulakan perniagaan air balang pada bulan Puasa ini, saya cadangkan untuk dapatkan Panduan LengkapMemulakan Bisnes Air Balang. Semua yang dikongsikan dalam panduan ini adalah pengalaman sebenar seorang yang menjual air balang. Dan Penduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang ini bukan sekadar teori semata-mata seperti panduan yang lain-lain TAPI panduan ini adalah reality yang di alami oleh penulis sendiri.

Adakah kita hanya melihat kejayaan penulis sahaja atau kita mengambil langkah yang sama malah lebih Berjaya daripada penulis apabila kita memiliki dan mempratikkan segala yang di ajar di dalam Panduan LengkapMemulakan Bisnes Air Balang.