Sabtu, 30 Julai 2016

Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles

Alhamdulillah..

Sebelum ini AM ada kongsikan AM membeli tiles dan sedikit ketidakpuasan hati AM dan isteri. Rujuk DISINI..

Pada khamis yang lepas AM sempat balik untuk membayar upah kerja render dan pemasangan tiles sepanjang minggu. Kerja-kerja render untuk Rumah Idaman AM mengambil masa 2 hari sahaja. Rujuk DISINI dan pemasangan tiles dengan jumlah tiles yang ada sahaja, rujuk DISINI..

Tukang tiles juga telah siap memasang tiles pada ruang dapur Rumah Idaman AM. Rujuk DISINI tapi telah kehabisan tiles. Kena tambah lagi tiles nampaknya.

Hari ini berpeluang pergi ke kedai KB Ceramisc yang AM kongsikan sebelum ini. Rujuk DISINI.

Pandangan hadapan kedai KB Ceramisc…

Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles

Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles


Nampak biasa-biasa sahaja di bahagian luar kerana kedai ini berada di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Paling mudah adalah belakang Balai Bomba Padang Tembak.

Sebelah dalam kedai KB Ceramisc pulak..

Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles


Rambang mata melihat pelbagai jenis tiles dan mozek yang dijual. Cakap sahaja nak saiz apa jenama apa dan untuk apa? Semuanya ada disini dan paling penting jurujual adalah satu keluarga dari ayah, ibu dan anak-anak. Mereka akan bantu untuk memilih tiles yang kita nak dan sesuai dengan baget kita.

Kerana nak menambah tiles bahagian dapur dan tiles kabinet yang tak cukup, AM dah maklum siap-siap pada hari khamisnya. Hari ini AM tengok semua tiles AM sudah sedia untuk di hantar ke Rumah Idaman AM. AM hanya membayar dan mereka akan hantar ke rumah.

Ingatkan mereka menghala kea rah lain dahulu, rupanya mereka menghantar tiles AM dahulu. Kebetulan pula AM sampai, mereka pun sampai ke Rumah Idaman AM juga.

AM memerhati kerja-kerja mengangkat dan menyusun tiles ke tempat sebelum ini. Dalam banyak-banyak tiles mereka angkat….

Ada satu kotak tiles yang bersaiz 20inci x 20inci telah pecah. Bukan sekeping tapi 6 keping semua.  Satu kotak pecah.. Nasib baik hubungi kedai dan maklum kepada mereka terus.
Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles

Rumah Idaman : Tambah dan Tukar Tiles

Dapat tukar tanpa sebarang bayaran TAPI….

AM kena pergi kedai ambil sendiri, pemandu mereka dah maklum jika nak mereka hantar mungkin lambat sikit. Maklum la tukang tiles AM nie semua kerja cepat. Nak tak nak AM pergi juga sebelah petangnya.

Alhamdulillah..

AM pun tak perlu bawa tiles yang pecah untuk ditukarkan, pemandu mereka ambil dan hantar ke kedai balik. AM hanya pergi ambil yang baru sahaja.

Nasihat AM…

Sila perhatikan kerja-kerja mengangkat tiles ini kerana pemandu hanya menghantar sahaja, mereka tak kira pecah atau rosak. Jika ada sebarang kerosakan anda sendiri yang perlu menghantar dan mengambil yang baru. Jika anda bersama mereka tentu anda hanya perlu hubungi kedai dan mereka akan mengambil yang rosak terus. Anda hanya perlu mengambil yang baru sahaja.

Jika tiles kecik mungkin tidak menjadi masalah kepada kita nak angkat, bayangkan tiles 20inci x 20inci sebanyak 6 keping sudah mengcecah puluhan kilogram. Sakit pinggang nak angkat tau..


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu dan maklumat kepada sahabat AM semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Manfaat Menyewa Rumah

Manfaat Menyewa Rumah

Hari ini AM sedang membina Rumah Idaman di laman rumah ayah AM. Jika tidak kerana tanah ayah AM itu tidak akan dapat membina Rumah Idaman AM. Ia tidak mudah untuk membina rumah kerana bangunan ini mempunyai pelbagai isu dan cabaran. Jika tidak bersedia maka menyewa adalah pilihan yang tepat untuk menyediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang ingin memulakan hidup baru atau berkeluarga. Berminat untuk membina Rumah Idaman? rujuk SINI.

Pada zaman ini memilik Rumah Idaman sendiri adalah impian bagi setiap anak muda yang telah menamatkan pelajaran dan ingin membina keluarga sendiri nanti. Memiliki Rumah Idaman sendiri adalah matlamat bagi setiap orang tak kira muda mahupun tua. Kerana memiliki Rumah Idaman sendiri memberi banyak kebaikkan untuk masa depan.

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa kebaikan dan manfaat yang diperolehi jika anak-anak muda yang baru bekerja untuk memilih untuk menyewa Rumah Idaman dahulu sebelum membina dan memiliki Rumah Idaman sendiri nanti. Antara faktor yang boleh di pertimbangkan untuk menyewa adalah :-

Fleksibiliti Kerjaya
Seperti mana Fiscal Fizzle yang membincangkan bahawa menyewa juga mempunyai pelbagai manfaat yang banyak untuk anak muda yang baru memulakan kerjaya dalam bidang pekerjaan. Antara manfaat yang paling diutamakan dalam perbincangan Fizzle adalah peluang untuk membaiki diri dan mengukuhkan kedudukan di dalam kerjaya menjadi penyebab utama mengapa anak muda harus menyewa rumah dahulu sebelum memiliki Rumah Idaman sendiri.

Manfaat Menyewa Rumah


Sema usia yang muda ini, kita harus berjalan dan menerokai dunia sebelum kita terpaksa meminjam dan membayar hutang apabila kita memiliki Rumah Idaman sendiri nanti.

Bagi anak mudayang mempunyai kerjaya di syarikat yang multinasional pula, pilihan menyewa rumah adalah pilihan yang paling tepat kerana dengan kedudukan syarikat yang mempunyai cawangan di luar Negara akan memudahkan syarikat untuk menghantar anak muda ke luar Negara tanpa notis. Dengan hanya menyewa rumah anda tidak terikat dengan mana-mana hutang yang memerlukan anda tinggal di sesuatu tempat. Pilihan untuk anda meningkatkan diri dan peluang untuk maju menjadi semakin mudah.

Tidak Memerlukan Perbelanjaan Tunai
Salah satu penyebab utama mengapa anak muda kini lebih suka menyewa rumah adalah ada beberapa perkara yang diperlukan untuk perbelanjaan apabila anak muda keluar dari rumah ibubapa. Ketika ini anda mungkin tidak mempunyai cukup perbelanja untuk memiliki Rumah Idaman sendiri.

Dengan keadaan sekarang yang memerlukan hutang untuk menamatkan pengajian sudah tentu selepas tamat pengajian anda juga telah pun mempunyai hutang. Apabila kita memulakan kerjaya, anda juga memerlukan beberapa kemudahan bagi melancarkan perjalananan kerjaya anda nanti seperti sebuah kereta untuk membawa anda pergi dan pulang dari kerja.
Manfaat Menyewa Rumah


Selain itu, anda juga memerlukan perbelanjaan untuk barangan runcit, minyak kereta, perabot dan banyak lagi. Dengan pelbagai perbelanjaan ini menjadikan anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat pembayaran deposit Rumah Idaman sendiri.

Kelebihan untuk mendapatkan rumah sewa di Kuala Lumpur memlalui PropertyGuru Malaysia adalah pilihan yang tepat dan sesuai dengan baget anda yang baru memulakan kerjaya di Bandar Metropolitan. Dengan menyewa rumah anda akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan anda dan menyimpan untuk membeli Rumah Idaman anda nanti. Jika anda mempunyai wang yang cukup untuk membuat bayaran deposit Rumah Idaman anda, anda tidak sepatutnya mehabiskan kesemua wang itu kerana anda mungkin memerlukan sedikit simpanan untuk kecemasan pada masa akan datang. Mungkin kereta anda rosak atau mungkin anda sendiri akan jatuh sakit.

Kemudahan Yang Berpontensi
Walaupun rumah sewa mempunyai pelbagai pilihan daripada rumah teres, pangasapuri dan sebagainya. Investopedia mengakui bahawa beberapa faedah yang boleh didapati daripada menyewa rumah adalah masyarakat yang lebih ramai dengan jiran-jiran yang ada di taman perumahan.

Untuk jangka masa yang pendek ini, tuan-tuan rumah akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk penyewa demi menarik minat penyewa untuk terus menyewa pada jangka masa yang panjang atau kekal menyewa.

Perkara yang terbaik boleh anda lakukan adalah dengan memilih rumah sewa yang mempunyai pelbagai kemudahan yang cukup sempurna tanpa anda keluarkan sebarang kos tambahan. Antara kemudahan yangsedia ada jika anda memilik pangsapuri yang mempunyai kemudahan seperti kolan renang, gym, parking kereta sendiri, atau bilik permainan anda sendiri. Semua ini mungkin akan anda miliki jika pilihan meyewa adalah pilihan anda dengan lokasi dan kemudahan yang sudah ada. Siap tahu rezeki anda bukan?

Walaupun antara anda yang mempunyai cita-cita untuk memiliki Rumah Idaman sendiri dan terdapat seba yang cukup untuk anda memilih untuk menyewa rumah dahulu dan menyimpan wang yang cukup untuk memiliki ekuiti di dalam hartanah.  Hakikat ini anda tidak perlu menrisikokan diri anda untuk terus memilik Ruamh Idaman yang mempunyai pelbagai risiko yang mungkin anda tidak nampak kini.


Anda perlu bermula dengan perlahan dan bukan secara serentak yang akan memberi kesan yang negative kepada diri anda nanti. Hanya dengan menyewa dahulu tidak salah untuk membetulkan dan menstabilkan kewangan anda sebelum anda memiliki Rumah Idaman anda nanti.

Jumaat, 29 Julai 2016

Rumah Idaman : Render Kabinet dan Tandas

Alhamdulillah..

Kerja-kerja pemasangan mozek masih lagi berlangsung dengan rancaknya.. Sebelum ini AM ada kongsikan kerja-kerja pemasangan tiles pada ruang dapur Rumah Idaman AM. Rujuk DISINI..

Hari ini disebabkan tiles yang AM beli masih lagi belum sampai ke rumah. Tukang mozek melakukan kerja-kerja render pada cabinet dan juga pemasangan singki untuk dapur AM.

Disebabkan beberapa kesilapan pada binaan kabinet AM dan juga peralatan paip yang AM telah belikan sebelum membina Rumah Idaman AM ini. Kerja-kerja pemasangan singki mengambil sedikit masa dan beberapa pengubahsuaian.

Rumah Idaman : Render Kabinet dan Tandas

Rumah Idaman : Render Kabinet dan Tandas


Kedudukan singki diubah kepada beberapa inci dari tapak asal kerana paip untuk singki perlu melepasi frame tingkat pada bahagian luar. Boleh rujuk DISINI untuk kerja-kerja frame luar yang AM pernah kongsikan suatu ketika dahulu.

Kerja-kerja render juga perlu dilakukan untuk pemasangan tiles nanti. BAnyak-banyak tiles yang AM beli kan, tiles pada cabinet inilah paling mahal iaitu RM 28/keping. Boleh rujuk artikel AM sebelum ini mengenai Tiles Sudah Sampai TAPI…

Selain daripada render kabinet, tukang tiles juga melakukan kerja-kerja render pada bahagian bilik air Rumah Idaman AM juga. Hanya 2 bilik air sahaja Rumah Idaman AM ini.

Sebelum ini AM telah menyatakan kepada tukang untuk menangguhkan dahulu kerja-kerja render bilik air kerana AM ingin melakukan sedikit pengubahsuaian pada bilik air bilik utama. AM telah lakukan kerja pengubahsuaian ini.

Rumah Idaman : Render Kabinet dan Tandas


Hari khamis juga adalah hari pembayaran upah kepada tukang tiles dan pekerja mereka. AM masih lagi menanti sebut harga bagi keseluruhan kerja pemasangan tiles ini. Kenapa memulakan kerja sebelum sebut harga? Tukang tiles adalah jiran dan juga beliau juga yang memasang tiles di rumah mak dan ayah AM sebelum ini. Hasil kerja yang bagus dan cermat. Harga masih boleh dirunding.


Apa-apa pun semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk terus membaca dan member semangat kepada sahabat semua untuk membina Rumah Idaman dengan baget sendiri dan pengurusan bahan sendiri dan juga sedikit ilmu yang AM kongsikan ini.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Khamis, 28 Julai 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Alhamdulillah..

Semalam pekerja dah mula melakukan kerja-kerja pemasangan tiles di Rumah Idaman AM. Boleh rujuk DISINI..

Hari ini pekerja menyambung lagi kerja-kerja pemasangan tiles di Rumah Idaman AM. Kebanyakkan tiles untuk ruang tamu dan ruang keluarga hamper siap. Hari ini mereka melakukan kerja-kerja akhir iaitu meletakkan simen putih antara tiles, sketting pada dinding ruang tamu dan ruang keluarga.

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur


Bukan senang untuk melakukan kerja akhir ini. Memula dengan bancuh simen putih dan menyapu pada ruang antara tiles. Simen putih kering perlu pula dibersihkan kerja tadi.

Sketting pula perlu dipotong dari tiles dengan ukuran 3inci tinggi dan dilekatkan pada dinding ruang tamu dan ruang keluarga.

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur


Selain itu juga tukang juga sudah mula memasang tiles pada ruang dapur juga. Hanya seorang tukang sahaja yang memasang tiles di ruang dapur kerana ruang yang tak seberapa luas dan cara pemasangan juga sedikit berbeza dengan pemasangan tiles pada ruang tamu dan ruang keluarga.

Tiles yang digunakan untuk ruang dapur adalah bersaiz 1kaki x 2kaki dan pemasangan pula adalah seperti pemasangan bata. Sila rujuk gambar di bawah.

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Ruang Dapur



Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk membina rumah idaman sendiri nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rabu, 27 Julai 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Rumah

Alhamdulillah..

Semalam Am ada kongsikan mengenai tiles rumah AM. Boleh rujuk DISINI..

Petang semalam juga AM balik rumah sekejap untuk melihat kerja-kerja pemasangan tiles. Disebabkan hanya sebahagian daripada tiles sahaja yang sampai, maka pekerja pun hanya memasang apa yang ada sahaja.

Bagi ruang tamu, bilik tidur dan ruang keluarga semuanya AM menggunakan tiles 20inci x 20inci. Harga pula RM 6/keping. Yang sampai hanya 100 keping sahaja.

Apa yang AM terkejut adalah tukang pasang tiles dah selesaikan kesemua 100 keping tiles di ruang tamu dan ruang keluarga. Tak sampai 1 hari bekerja sahaja. Kepantasan yang teramat sangat dengan 2 orang tukang pasang dan 2 orang pembantu.

Mereka sudah minta AM hubungi pihak kedai untuk menghantar baki tiles yang belum dihantar. Kini AM tersangkut dengan kedai sahaja. Tukang pula bekerja dengan keras dan pantas. Alhamdulillah..

Gam bagi kesemua tiles juga AM telah beli siap-siap. Gam tiles ini dicampur bersama dengan simen untuk ditampal pada tiles. AM tak sempat nak ambil gambar mereka bekerja semalam. Dibawah adalah hasil kerja tukang pasang tiles..

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Rumah



Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua untuk terus membaca dan member semangat kepada sahabat-sahabat untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Selasa, 26 Julai 2016

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Alhamdulillah..

Semalam siap sudah kerja-kerja render lantai untuk pemasangan tiles nanti. Rujuk DISINI..

Hari ini kedai yang AM beli tiles pula call cakap pekerja dah dalam perjalanan hantar tiles yang dibeli tempoh hari. Sebenarnya untuk mendapatkan tiles ini timbul juga beberapa isu yang kurang memuaskan hati AM dan isteri.

Sebelum membeli tiles, AM dan isteri telah melakukan rondaan di beberapa kedai yang menjual tiles ini. Ada pelbagai harga dan jenis. Setelah memilih dan menilai akhirnya AM dan isteri memilih untuk menggunakan tiles jenama White Horse sahaja.

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..
Tiles Dinding Dapur

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..
Tiles Kabinet RM 28/keping..huhuhu

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..


Bukan kerana jenama yang menjadi pilihan tetapi baget yang diberi oleh kedai agak berbeza harga. Kedai pilihan AM adalah KB Ceramics yang berada di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Semua jenis tiles ada dijual disini. Maaf AM lupa nak ambil gambar kedai tiles ini. Jika AM pergi lagi AM akan ambil gambar kedai. Boleh rujuk DISINI

Sebelum puasa lagi AM dah mula memilih tiles yang hendak digunakan. Senarai harga pun dah ada di tangan AM. Baget di bawah RM 5 000 sahaja. Pada permulaan kedai KB Ceramics adalah RM 3 778 sahaja TETAPI tidak termasuk tiles untuk beranda dan tangga di dapur AM. Di dalam bilik juga hanya guna tiles bersaiz 12inci x 12inci sahaja. MURAHHH !!!

Kedai lain bagi hamper RM 5 000 lebih. Jauh sangat beza harga.. Kenapa?? KB Ceramics adalah stor atau tempat simpanan tiles terbesar di Kota Bharu. Kebanyakkan kedai di Kota Bharu mengambil stok disini.

Selepas raya tempoh hari iaitu 16.7.2016, sekali lagi AM ke kedai KB Ceramics ini untuk membeli semua tiles bagi Rumah Idaman AM. Kali ini pembelian adalah mudah sahaja kerana senarai tiles telah ada hanya beberapa penambahan dan pertukaran sahaja.

Untuk tiles pada ruang tamu, ruang keluarga, bilik tidur AM menggunakan tiles 20inci x 20inci sahaja. Ini kerana harga pasang adalah rm 1.50/kaki persegi sahaja dan harga juga adalah murah sangat iaitu RM 6/keping sahaja.

Untuk ruang dapur pula AM menggunakan tiles 2kaki x 1kaki jenis Have Duty dan sedikit kasar. Kedai dan sahabat juga mencadangkan AM menggunakan jenis have duty juga. Kerana bahagian dapur la kebanyakkan kerja kotor dan berat akan dilakukan.

Untuk dinding dapur pula AM menggunakan tiles bersaiz 13inci x 16inci sahaja.. Warna pula adalah hitam dan putih sahaja. Nanti AM update apabila dah siap nanti. Bagi kabinet dapur pula AM menggunakan tiles 2kaki x 2kaki yang dah siap dimesin bahagian tepi. Harga tiles ini paling mahal AM beli iaitu RM 28/keping. Nasib baik hanya 10 keping sahaja digunakan.

Bilik air pula terbahagi kepada 2 iaitu lantai dan dinding. Lantai bilik air AM menggunakan tiles bersaiz 10inci x 10inci, manakala dinding pula bersaiz 10inci x 13inci.

Beranda dan tangga pula AM menggunakan tiles bersaiz kaki x 2kaki sahaja.Harga untuk semua adalah adalah RM 4 770 sahaja termasuk dengan gam dan susu tiles juga.

Masa yang diambil untuk tiles sampai adalah 10 hari, itupun hanya sebahagian sahaja yang sampai. Masih ada banyak lagi tiles yang belum sampai. Kena hubungi kedai lagi la macam nie. Tukang pasang tiles pun dah boleh mulakan kerja-kerja mereka nanti. Tunggu update dari AM nanti.

Semoga perkongsian ini member semangat dan ilham untuk sahabat AM membina rumah sendiri dengan cara sendiri untuk lebih penjimatan dan kepuasan hati kita sebagai pemilik rumah.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Isnin, 25 Julai 2016

Rumah Idaman : Render Lantai

Alhamdulillah..

Hari jumaat AM sempat menyiapkan kerja-kerja mengecat alas untuk dinding belakang rumah AM. Rujuk DISINI.

Sabtu pula isteri dah balik, AM luangkan masa bersama isteri.

TETAPI….

Tukang rumah dan tukang tiles Rumah Idaman AM pula bekerja. Nak tak nak kena juga melawat tapak Rumah Idaman. Apa boleh buat kan? Isteri tetap bawa bersama walaupun isteri masih lagi penat kerana berkursus selama seminggu di Kelana Jaya.

Pepagi lagi dapat panggilan daripada mak menyatakan mereka dah datang dan memulakan kerja masing-masing. Tukang rumah datang untuk mendirikan tiang untuk tempat berteduh tangga dan pintu utama. Ayah AM pun dah memberi keizinan untuk menumpangkan tiang tempat berteduh AM dengan tiang parking kereta rumah ayah. Sekarang dengan rasminya, Rumah Idaman AM bersambung dengan rumah asal ayah.

Jangan kecam AM, memang rumah AM bersebelahan dengan rumah ayah je sebenarnya. Tanah pun masih lagi milik ayah AM. Alhamdulillah, ayah AM bagi kebenaran untuk membina rumah disebelah rumah beliau.

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai


Hanya 2 tiang sahaja.. Atap parking kereta rumah ayah terpaksa dibuka untuk memudahkan kerja-kerja mendirikan tiang. Tukang juga mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Selain itu, tukang rumah juga telah memberi saiz dan ukuran kayu yang bakal digunakan nanti. Kerja seterusnya adalah membeli kayu yang diminta oleh tukang rumah. Kerja ini akan dilakukan sebelah petang pula.

Tukang tiles pula meminta AM membeli simen sebanyak 40 beg dan sebuah van pasir ikat. Sebelum ini AM dah pun membeli pasir ikat ini tetapi dah digunakan oleh tukang rumah untuk menyiapakan kaki lima rumah. Rujuk DISINI.

Pasir dah beli siap-siap selepas raya yang lepas. Simen juga dah beli sebelum ini tetapi digunakan juga oleh tukang rumah. Penambahan diperlukan untuk simen dan pasir.

Tukang tiles mula melakukan kerja-kerja render lantai di dalam rumah. Bermula di dalam bilik tidur dahulu dan ruang tamu. Sebelum AM tinggalkan mereka semua, AM pastikan semua bahan dan barang yang diperlukan untuk kerja-kerja render dan tempat peneduh tangga sudah ada atau apa-apa yang diperlukan oleh mereka perlu diberitahu kepada AM.

Sudah menjadi perangai AM untuk bertanya tukang dan pekerja sebelum AM tinggalkan mereka. AM akan bertanya apa-apa bahan atau barang yang mereka perlu untuk selesai kerja mereka untuk esok harinya. AM tak suka mereka meminta bahan dan barang pada hari mereka nak guna kerana AM bekerja pada sebelah paginya.

Dibawah adalah gambar kerja-kerja render di Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk terus membaca dan memberi semangat untuk membina rumah sendiri.

Nota Kaki : Harga simen RM 17/beg ambil sendiri. RM 17.50/beg jika hantar ke rumah. Nak jimat??? Beli 1 pallet @ 40 beg dapat RM 17/beg siap hantar ke rumah. Harga hardware di Kota Bharu.


Mungkin anda berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET ?? Klik Banner DIBAWAH..

Ahad, 24 Julai 2016

Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah

Alhamdulillah..

Setelah AM menyiapkan kerja-kerja mengecat dinding layar pada posting yang lepas. Rujuk DISINI.

Hujung minggu bagi negeri Kelantan adalah Jumaat dan Sabtu. Isteri pula masih lagi berkursus di Kelana Jaya. Apa boleh buat kan? AM pun melawat tapak Rumah Idaman AM dan melakukakan kerja-kerja mengecat alas luar pula.

Untuk kerja-kerja cat alas luar AM menggunakan cat alas dari Jotun juga. Sebelum ini AM pun ada cerita mengenai cat alas atau Cat Primer yang AM beli di TSI Sdn. Bhd. Rujuk DISINI.

Cat Primer yang berbeza untuk cat alas di luar dan di dalam rumah AM. Nasihat daripada sahabat dan rakan-rakan menyatakan bahagian luar perlu di beri perhatian dan sedikit kos kerana bahagian luar terdedah kepada perubahan cahaya matahari daripada siang kepada siang dan perubahan cuaca di Malaysia yang sentiasa kering dan lembap sepanjang tahun.

AM telah memilih Cat Jotun Ultra Primer bagi bahagian luar kerana beberapa kelebihan yang ada. Boleh rujuk DISINI.
Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah

Kuantiti Ultra Primer ini adalah 20 liter dan perlu di campur dengan 1 liter air untuk mengurangkan kepekatan dan memudah kerja-kerja mengecat nanti. Jumlah adalah 21 liter setelah dicampur dengan air.

Cara membacuh juga adalah sangat mudah hanya perlu menyediakan 1 bekas besar, AM gunakan bekas cat Jotashield yang sebelum ini telah habis digunakan sebelum ini. Hanya perlu mengantikan bekas sahaja seperti teh tarik yang biasa kita lakukan sahaja. Kekuatan memang amat diperlukan.

Untuk pagi jumaat kali ini, AM hanya sempat mengecat cat alas ini pada bahagian belakang rumah dan bilik tidur sahaja. Bukan kerana malas atau kehabisan cat tetapi ada urusana lain yang perlu di selesaikan.

Di bawah adalah gambar sebelum dinding belakang Rumah Idaman AM di catkan..

Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah

Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah


Setelah bekerja dengan keras dan keseorangan maka siap sudah bahagian belakang dapur AM.

Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah

Rumah Idaman : Kerja-kerja Mengecat Luar Rumah


Jangan kecam AM dengan hasil yang tak seberapa cantik dan indah ini. AM masih lagi belajar dan terus belajar. Semoga perkongsian yang tak seberqapa ini dapat membantu sahabat semua untuk terus membaca dan bersemangat untuk membina rumah sendiri nanti.

Mungkin anda berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET ?? Klik Banner DIBAWAH..