Rabu, 31 Ogos 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Alhamdulillah…

Pada ahad yang lepas Rumah Idaman AM telah siap pasang tingkap yang ditempah pada awal pembinaan Rumah Idaman AM.

Kerana AM mengalami sedikit Kafarah dariNya pada awal pembinaan Rumah Idaman AM, maka proses kerja pemasangan frame tingkap Rumah Idaman AM tertinggal untuk di update kepada sahabat semua.

Sebenarnya sebelum AM mengambil keputusan untuk menempah tingkap Rumah Idaman AM ini sudah beberapa kedai cermin yang AM bertanya dan akhirnya AM memilih kedai cermin yang berdekatan dengan Rumah Idaman AM sahaja.

Harga juga adalah sedikit murah berbanding dengan kedai yang lain. Bagi harga frame silver dan frame hitam adalah harga sama iaitu RM15.50/kaki persegi, manakala bagi harga frame putih yang cantik bersama dengan cermin hijau pula adalah RM21/kaki persegi.

Kenapa AM cakap murah??

Ada sesetengah kedai meletakkan harga yang mahal iaitu frame silver berharga RM16/kaki persegi, frame hitam pula RM16.50/kaki persegi dan frame putih bersama cermin hijau adalah RM27/kaki persegi.


AM telah memilih frame hitam dan cermin hitam juga. Pilihan yang berbeza daripada kebiasaan rumah yang biasa di bina. 

Antara gambar yang sempat AM ambil selepas pekerja kedai cermin memasang frame tingkap Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Tingkap labuh Ruang Tamu Rumah. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Bilik Tidur Utama

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Belakang Rumah 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Ruang Keluarga. 

Ini lupa selepas siap tingkap dipasang sepenuhnya pada ahad yang lepas. Kebetulan pula AM bekerja dan sebelah petangnya mereka masih lagi menyiapkan kesemua tingkap yang ada. Kepantasan bekerja mereka boleh dipuji dan pantas. 

Hasil kerja mereka memasang tingkap di Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Kos keseluruhan untuk pemasangan frame dan tingkap ini adalah RM 4 400 untuk sebuah Rumah Idaman AM. Kos semakin meningkat dengan peningkatan kos bahan dan juga kos upah.

Nasihat AM, berkunjung dan bertanyalah banyak kedai cermin untuk mendapat harga yangterbaik untuk Rumah Idaman sahabat semua. Perlu juga melihat hasil kerja mereka juga. 


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Selasa, 30 Ogos 2016

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Alhamdulillah..

Semalam AM kongsikan proses kerja pemasangan tiles untuk kabinet Rumah Idaman AM yang cukup memenatkan tukang tiles untuk menyiapkan asas kerja.

Semalam juga siap sudah kabinet dapur sebelah atas sahaja dan kerja-kerja pemasangan tiles untuk kabinet dapur bersambung pada sebelah malam pula.

Semasa AM melakukan kerja mengecat frame pintu bilik dan frame pintu dapur, tukang tiles sampai untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan kabinet dapur Rumah Idaman AM.


Seperti mana yang AM kongsikan dalam artikel sebelum ini, harga bagi pemasangan tiles kabinet dapur ini adalah RM36/kaki persegi dan harga tiles pula adalah RM28/keping yang bersaiz 2kaki x 2kaki. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Semalam punya cerita selesai susun dan pasang tiles sebelah atas kabinet dapur Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Tukang menyiapkan pemasangan sketting kabinet dapur, kerja yang amat teliti kerana bahagian tepi sebelah atas telah dimesin oleh kilang lagi. harga yang sedikit mahal tetapi memudahkan kerja tukang tiles kerana tidak perlu mesin lagi bahagian tepi nanti. 


Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur

Tukang tiles telah menyiapkan pemasangan sketting pada bahagian tepi kabinet dapur Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Sambungan Pemasangan Kabinet Dapur




Pita pelekat digunakan untuk memegang tiles yang baru dipasangkan. Sementara menunggu simen menjadi keras dan mengelakkan tiles bergerak atau jatuh ke bawah. Setelah yakin simen sedikit kering, tukang menanggalkanpita pelekat dan mencuci lebihan simen pada tiles yang dipasang tadi. 

Tukang masih lagi berkira-kira untuk memasang lebihan tiles yang ada pada sebelah bawah kabinet pula. Kerja-kerja ini mungkin akan bersambung pada malam seterusnya. 

Pada awalnya AM merancang untuk menggunakan lebihan tiles yang ada untuk membuat tempat memotong daging dan sayur. Nanti nak memotong apa2 boleh digunakan sama dengan kabinet TETAPI tukang tiles mencadangkan untuk memasang lebihan tiles pada sebelah bawah kabinet pula untuk memberi gambaran tiles dipasang sepenuhnya.

Ok juga cadangan tukang tiles, AM terus setuju kerana harga pemasangan masih lagi sama..hihihi

Semoga perkongsian ini mampu memberi ilham kepada sahabat AM semua untuk membina Rumah Idaman dan juga memilih tukang yang terbaik.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Isnin, 29 Ogos 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Kabinet Dapur

Alhamdulillah…

Perkembangan Rumah Idaman AM, makin hampir kepada penghujungnya tak lama lagi. Masih lagi berbaki kerja-kerja yang kecil-kecil sahaja. Ketika inilah duit keluar seperti air terjun pula tetapi hasil tak berapa nak nampak.Huhuhu..

Sebelum ini AM ada kongsikan kerja “memotong” mengecat dinding bilik tidur Rumah Idaman AM. Sabtu pula tukang tiles memulakan kerja pemasangan tiles untuk kabinet dapur pula.

Sebelum AM cerita bab pemasangan tiles di kabinet. Sebaiknya AM maklumkan kepada sahabat semua mengenai bayaran yang tukang tiles kenakan untuk pemasangan tiles kabinet dapur ini.

AM dah maklumkan kepada tukang tiles untuk mengira jumlah keseluruhan pemasangan tiles Rumah Idaman AM ini. Harga yang keluar selepas pengiraan tukang tiles masih lagi dalam baget AM peruntukkan.

Sifir yang paling mudah tukang rumah maklumkan adalah:-

Jumlah Harga Tiles = Jumlah Upah Pemasangan Tiles

Ini adalah pengiraan secara kasar sahaja. Pengiraan detail perlulah merujuk kepada tukang pemasangan tiles nanti.

Bagi kabinet dapur Rumah Idaman AM pula adalah berharga RM36/kaki persegi. Harga ini memang berganda daripada harga pemasangan tiles untuk lantai Rumah Idaman AM iaitu RM1.50/kaki persegi.

Kenapa sehingga RM36/kaki persegi???

Jika sahabat semua tak melihat dengan sendiri kerja yang mereka lakukan untuk pemasangan tiles untuk cabinet memang mahal gila harga yang diberi.

Alhamdulillah.. Berkesempatan untuk melihat kerja mereka dan memerhati mereka melakukan kerja ini. AM akui kerja yang mereka lakukan dengan upah yang mereka terima cukup berbaloi dan amat-amat murah dah. Kenapa lak?

Jom AM tunjukkan langkah-langkah untuk menyiapkan cabinet dapur Rumah Idaman AM seperti dibawah ini. 




Ini adalah hasil kerja mereka yang hampir siap untuk kabinet dapur Rumah Idaman AM.Sebelum itu harga untuk sekeping tiles yang AM gunakan untuk kabinet dapur adalah RM28/keping dan jumlah keseluruhan adalah 11 keping. Tiles ini juga sebenar telah siap mesin pada tepinya. Harga sedikit mahal tetapi berbaloi jika nak dibanding untuk tukang tiles mesinkan nanti.



Kerja pemasangan ini bermula dengan menyapu campuran susu + gam + simen yang telah siap dibancuh dari kilang. 1 beg susu tiles ini adalah RM28 dengan berat 25kg. Kerja menyapu campuran ini pula bermula sehari sebelum kerja-kerja pemasangan tiles pada kabinet dapur Rumah Idaman AM.


Pada keesokkan harinya, tukang memulakan kerja pemasangan tiles kabinet dengan menyusun beberapa keping tiles di atas kabinet dapur untuk melihat urat yang hampir sama atau seakan sama untuk mencantikkan lagi setelah siap nanti. AM juga turut membantu untuk menyusun suai kedudukan tiles. Sedikit berat tiles ini kerana lebih tebal berbanding dengan tiles lain di Rumah Idaman AM. 


Paling rumit atau susah untuk dilakukan dengan tiles ini adalah bahagian singki yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi ini kerana jika tersilap maka tiles yang dah dipotong tidak boleh digunakan lagi. Tukang tiles menggunakan 2 keping tiles untuk digunakan pada singki Rumah Idaman AM. Untuk menyediakan 2 keping ini sahaja sudah memakan masa hampir 4 jam untuk disiapkan. Disini la kenapa harga pemasangan tiles untuk kabinet dapur menjadi mahal. 


Ini adalah hasil setelah seharian tukang tiles melakukan pemasangan tiles pada kabinet dapur Rumah Idaman AM. Masih berbaki lagi kerja-kerja pemasangan tiles kabinet dapur Rumah Idaman AM. Hasil yang diberi oleh tukang tiles amat memuaskan hati AM dan isteri. Hasil yang teliti dan kemas. Berbaloi AM tunggu tukang tiles selama sebulan sebelum ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina Rumah Idaman sendiri dan memberi sedikit ilmu kepada sahabat semua.




Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Ahad, 28 Ogos 2016

Rumah Idaman : Kerja 'Memotong' Cat Bilik Tidur

Alhamdulillah…
Hujung minggu yang agak memenatkan untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM lagi. Terasa begitu lama untuk AM menyiapkan mengecat Rumah Idaman AM kali ini. Ini pula Cat Bilik mula-mula AM lakukan.Ini pula seterusnya kerja mengecat Cat Bilik Tidur.

Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan adalah kerja yang memerlukan fokus dan ketelitian bagi mencantikkan hasil kerja AM. Kerja ini kebanyakkan tukang mengecat memanggil nama “kerja memotong” atau “kerja mengutip” yang memberi makna kerja yang mengecat tempat yang mempunyai 2 atau lebih cat yang berbeza warna.

Contoh Rumah Idaman AM adalah antara dinding dan siling kapur yang berbeza warna. Selain itu bahagian luar Rumah Idaman AM juga mempunyai 2 warna yang berbeza maka kerja memotong juga perlu di lakukan diantara 2 warna tadi.


Pada jumaat yang lepas, AM cuba menyiapkan kerja-kerja memotong dinding bilik tidur dan tandas yang belum AM siapkan sebelum ini.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur


Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Bagi bilik tidur utama, AM perlu lagi menyiapkan kerja memotong menggunakan sealer yang masih ada selepas kerja pemasangan sketing tiles yang telah disiapkan oleh tukang tiles.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Masih ada 1 bahagian dinding bilik tidur utama yang AM tinggalkan, ini kerana AM dan isteri masih lagi berfikir untuk mengubah warna bagi dinding ini. Isteri merancang untuk memberi warna yang berbeza untuk memberi ruang dinding focus katanya. Tunggu warna apa yang isteri AM akan pilih pulak.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Begitu juga dengan bilik tidur 2 yang masih berbaki sebelum ini. AM menunggu tukang tiles untuk menyiapkan sketing tiles yang mereka tinggalkan selepas kerja pemasangan tiles yang dulu. Mereka telah menyiapkan dan AM perlu mengejar mereka untuk menyiapkan kerja mengecat sealer sebelum AM mengecat warna pula.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Kerana tukang tiles memasang kesemua sketing bilik tidur pada sebelah malam, AM terpaksa bekerja dengan pantas bagi menyiapkan kerja mengecat kerana isteri nak juga jika boleh untuk tinggal di Rumah Idaman pada raya haji nanti.

Kesemua bilik tidur dapat disiapkan pada sebelah pagi jumaat yang lepas. Kepenatan yang teramat apabila mengejar masa untuk solat jumaat pula. Akhirnya selesai juga kerja-kerja memotong sealer di bilik tidur.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua bagi membina Rumah Idaman sendiri nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Rokok Tidak Membahayakan Nyawa Manusia

Rokok dan manusia tidak pernah berpisah tiada. Ramai dikalangan kita yang lebih gemar merokok untuk melepaskan tekanan mahupun pelbagai alasan lain lagi.

Kebanyakkan pakar kesihatan juga menyatakan merokok adalah membahayakan nyawa perokok dan  bukan itu sahaja, malah nyawa orang sekeliling juga menjadi korban. Malah lebih berisiko kepada kanak-kanak dan orang tua untuk mendapat pelbagai penyakit daripada asap rokok.
Rokok Tidak Membahayakan Nyawa Manusia

Ada tiga orang pakar penyelidik dan mereka ini selalu sahaja bersama ke mana saja mereka pergi.

Tapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan yang amat berbeza antara satu sama lain.
Suatu hari mereka pergi berjumpa dengan seorang Dukun Sakti. Lalu mereka memilih kesesuaian dengan kegemaran masing-masing.

*Si A*: ”Aku mahu perempuan² muda serta gadis jelita yang seksi dari berbagai bangsa dan makanan serta minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu kami selama 10 tahun".

5 Tips Kesuburan Lelaki Paling Berkesan


*Si B:* “Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekalan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".

*Si C:* ”Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”
 
Selepas 10 tahun kemudian, Dukun Sakti membuka pintu gua masing² sesuai dengan perjanjian mereka.

Ketika pintu gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu karena lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan.

Beberapa saat kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati..
         
Pintu gua ke dua dibuka, maka keluarlah si B, perut buncit dan mata merah kerana hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak, jalan terhuyung hayang dan tak berapa lama jatuh ke tanah lalu mati.

Akhirnya tibalah dukun itu ke pintu gua yang ke tiga, TAHU APA TERJADI???
Tatkala pintu ke tiga dibuka, keluarlah si C, sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun yang lalu.

Dia berjalan tangkas ke arah Dukun Sakti itu dan terus menumbuk kepalanya serta berkata:


“Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???! Kempunan aku 10 tahun dalam tu.... lighter takde....!”

Rokok Tidak Membahayakan Nyawa Manusia
       
Kesimpulannya, rokok tidak merbahayakan kepda kesihatan selagi tidak ada apinya. Dalam erti kata lain, perokok tidak dapat merokok jika rokok tidak dinyalakan dan itu sangat tidak bahaya. 

Khamis, 25 Ogos 2016

Adsense : Menunggu Keputusan Adsense

Tags
Adsense…

Ramai yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan adsense melalui pelbagai cara dan yang paling popular adalah melalui 3 cara iaitu :-
  • Blog
  • Video
  • Games


Buat masa ini AM lebih focus kepada blog dengan menggunakan blogger sebagai planform AM menulis dan bercerita mengenai apa sahaja yang sesuai dengan niche blog AM.

Sebelum ini AM ada kongsikan mengenai AM memohon adsense dan  ditolak oleh pihak adsense kerana beberapa isu yang menlanggar polisi adsense. Sekarang pun AM masih lagi menunggu keputusan pihak adsense mengenai permohonan AM untuk menjadi sebahagian daripada keluarga adsense sendiri.

Setelah kita menghantar permohonan dan mendapat perhatian pihak adsense maka kita perlu melakukan beberapa perkara lagi untuk memudahkan pihak adsense menilai sesuatu blog yang di daftarkan untuk mendapat kelulusan.

Adsense : Menunggu Keputusan Adsense


Kini AM boleh log in ke dalam web adsense tetapi hanya sekadar home sahaja. Disana pihak adsense meminta kita untuk memasukkan koding HTML di dalam blog kita.
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah dengan meletakkan Ad Code seperti dibawah.

Adsense : Menunggu Keputusan Adsense


Koding HTML ini AM letakkan di sidebar blog AM untuk memudahkan pihak adsense melihat dan menilai blog AM. Selain itu, ada juga beberapa perubahan yang terjadi kepada blog AM yang sebelum ini tidak pernah terjadi.

Antaranya adalah apabila membuka blog AM www.alongmisuari.com pasti akan nampak posting yang pertama dan posting kedua mempunyai sedikit jarak seperti ada sesuatu yang bakal muncul tetapi tidak muncul jua.

Begitu juga dengan posting kedua dan posting ketiga juga terjadi perkara yang sama. Ini kerana pihak adsense telah meletak koding adsense. Dibawah adalah koding HTML yang pihak adsense letakkan dalam blog AM.

Adsense : Menunggu Keputusan Adsense


3 hari sudah blog AM dalam pernilaian pihak adsense dan 3 hari juga AM menanti dan terus menanti pihak adsense untuk meluluskan permohonan AM. Semoga permohonan kali ke dua ini akan memberi keputusan yang mengembirakan AM nanti.

Paling menakutkan ramai para blogger yang menyatakan sekarang cukup susah untuk mendapat kelulusan dari adsense.

AM sebenarnya mempunyai Panduan Raja Adsense untuk memudahkan kerja-kerja memohon adsense ini. Sesiapa sahaja boleh memohon adsense dan mula menjana pendapatan sampingan dengan adsense.

Sape yang berminat nak memohon adsense baik dapatkan Panduan Raja Adsense ini, pasti anda tak akan menyesal dan megeluh lagi. Memohon adsense seperti membaca  A B dan C sahaja.


Rabu, 24 Ogos 2016

Separa Perubatan : Ujian Online Separa Perubatan

Separa perubatan daripada SPA8 merupakan salah satu cabang yang amat dinantikan oleh setiap calon lepasan SPM mahupun STPM yang ingin melanjutkan pelajaran dan dijamin pekerjaan di dalam sktor kerajaan.

Semakan nama calon yang berjaya untuk Ujian Online Separa Perubatan.

Apabila berjaya untuk mendapat tawaran untuk menduduki Ujian Online Separa Perubatan merupakan langkah yang pertama dan sebelah kaki sudah pun layak untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat peluang pekerjaan di dalam sektor kerajaan.

Separa Perubatan : Ujian Online Separa Perubatan

Jika anda telah terpilih untuk menduduki Ujian Online SeparaPerubatan, timbul persoalan adakah anda sudah bersedia untuk mengambil UjianOnline Separa Perubatan?

Sudikah anda sekiranya AM bantu anda semua seperti mana AM bantu adik AM sendiri 4 tahun yang lepas. Salah seorang pelajar Separa Perubatan adalah adik AM sendiri.

Semasa adik AM mengambil Ujian dan Temuduga ini tanpa ilmu dan bantuan memang amat sukar dan adik AM sendiri pernah berputus asas kerana semuanya tidak disediakan seperti mana sekarang semuanya telah disediakan. Rugi jika anda tidak mengambil peluang ini. 

Format Baru Ujian Online Separa Perubatan Tahun 2016

Kini 2016 pula ada format Ujian Online Separa Perubatan yang telah berubah dan format sebelum ini sudah tidak dapat digunakan lagi oleh anda semua.

Separa Perubatan : Ujian Online Separa Perubatan

AM ada terbaca mengenai format terbaru Ujian Online SeparaPerubatan. Anda mesti baca Format Baru Ujian Online Separa Perubatan. Ini merupakan persediaan yang perlu anda lakukan untuk LULUS Ujian Online SeparaPerubatan.

Tentu ramai yang nak tahu perubahan apa yang telah dilakukan untuk Ujian Online Separa Perubatan untuk 2016 ini bukan? Contoh yang ketara adalah,
tiada lagi seksyen Psikometrik dan beberapa perubahan lain.

Separa Perubatan : Ujian Online Separa Perubatan

Tentu ramai yang tak tahu lagi bukan mengenai perubahan ini? Ini PELUANG anda untuk mendapat format terbaru Ujian Online Separa Perubatan. Jangan berfikir lagi dapatkan SEKARANG juga Format Terbaru Ujian Online SeparaPerubatan.

Mungkin anda merupakan bakal pelajar Separa Perubatan seperti adik AM. Kini adik AM bertugas di Hospital Besar Cameron Highlands.

Sekali lagi AM tekankan kepada calon Ujian Online Separa Perubatan, Sila dapatkan Panduan Lengkap Format Terbaru Ujian Online Separa Perubatan sekarang juga.

Semoga tulisan ini dapat membantu calon-calon Ujian Separa Perubatan untuk LULUS dengan cemerlang dan akan dipanggil untuk Temuduga Separa Perubatan pula.