Isnin, 26 September 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Alhamdulillah..

Beberapa hari yang lepas AM sedikit sibuk dengan Rumah Idaman yang semakin hampir siap. Insyallah..

Sepanjang minggu masa AM hanya diluang kepada Rumah Idaman sahaja. Tiada masa untuk perkara lain-lain selagi mana Rumah Idaman belum siap.

AM nak kongsikan kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas Rumah Idaman AM yang AM pernah kongsikan sebelum ini mengenai Lampu dan Kipas Rumah Idaman AM.

Sahabat yang berada di Kota Bharu, boleh dapatkan lampu dan kipas di kedai AM ceritakan sebelum ini. Kedai lampu dan kipas di Kota Bharu.

Memandangkan Jumaat adalah cuti semua kedai lampu dan kipas yang AM hendak membeli tutup. Untuk jumaat sahaja AM dan isteri sempat menyiapkan kerja-kerja mengecat pintu dapur Rumah Idaman kerana tukang pasang grill sudah bertanya untuk menyiapkan pemasangan grill.

Pada Sabtu pagi, AM dan isteri keluar membeli kipas yang telah dirancang seawal pagi lagi. Ini kerana AM merancang untuk memasang pada sebelah petangnya pula. Kedai pilihan adalah Onn Lighting, Jalan Pengkalan Chepa. Kenapa kedai ini? Baca kembali kisah Lampu dan Kipas.

Setelah semua harga dah dapat dan kipas yang hendak pun dah dipilih dan mempunyai senarai pembelian maka memudahkan kerja-kerja membeli kipas.

Alhamdulillah..

Semua kipas yang dihajati ada stok dan boleh ambil terus. Apa yang memberi kesan kepada AM adalah kipas untuk ruang tamu sahaja yang berubah. Jika sebelum ini AM merancang untuk membeli kipas yang sama dengan kipas ruang makan. Kisahnya Lampu dan Kipas lagi.

Memandangkan harga untuk kipas model K15Y2 adalah RM 490 dan model K15Z5 pula berharga RM650. Harga yang boleh dibawa berbincang lagi. Maka kipas untuk ruang tamu berubah lagi kepada yang lebih mahal.

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas


Kenapa memilih model K15Z5?? Nanti AM kongsikanya.


Pada sebelah petang pula bermula kerja-kerja memasang kipas untuk kesemua ruang di dalam Rumah Idaman. Bermula dengan bilik tidur AM yang menggunakan model K14Y5. 
Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Sudah lama AM tak memasang kipas rumah yang mempunyai bilah yang banyak dan juga mempunyai remote control. Pemasangan tidaklah sepayah dan sesusah mana pun. 

Paling penting pastikan kesemua sensor yang ada perlu berada ditempat yang sepatutnya dan juga segala isu keselamatan mengenai kipas perlu dipastikan betul dan diulang periksa beberapa kali bagi megelak sebarang kerosakan pada kipas ataupun kepada pengguna sendiri.

Alhamdulillah..

Kerja-kerja pemasangan kipas kali ini dibantu oleh adik-adik lelaki AM yang ingin belajar pemasangan kipas. mereka banyak membantu AM untuk kerjapkerja pemasangan kipas yang ada untuk ruang tamu, ruang makan. dan bilik tidur.

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Kipas untuk ruang makan AM menggunakan model KNK K15Y2 yang telah siap dipasang. Sedikit berbeza dengan kipas di dalam bilik tidur utama AM. Perbezaan pada design dan juga material yang digunakan untuk bilah kipas. 

Untuk model KDK K14Y5 menggunakan material besi bagi membina bilah kipas, manakala untuk model KDK K15Y2 pula menggunakan material fiber yang mudah lentur, ringan dan tidak berkarat untuk jangka masa panjang. Harga pun berbeza juga.

bagitu juga dengan kipas ruang tamu yang AM ceritakan di atas sebelum ini yang telah berubah menjadi model KDK K15Z5 yang menggunakan material yang sama dengan model KDK K15Y2 di ruang makan. 

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas


Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Ini adalah model KDK K15Z5 yang menjadi pilihan AM untuk menghiasi ruang tamu Rumah Idaman AM.

Untuk bilik tidur AM yang lain-lain pula AM menggunakan kipas KDK juga tetapi hanya 3 bilah kipas sahaja. Ini kerana bilik ini tidak digunakan sepenuhnya nanti kerana AM masih lagi berdua bersama isteri. Maka kipas biasa-biasa sahaja. 

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Rumah Idaman : Pemasangan Kipas

Hanya masih berbaki kipas ruang dapur sahaja yang belum siap dipasang dan juga kesemua exhaust fan yang masih belum dipasang kerana kerja-kerja mengecat untuk bingkai atau frame belum dilakukan oleh AM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk memilih jenis dan model kipas yang telah AM kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.



Khamis, 22 September 2016

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas

Alhamdulillah…

Semakin hampir untuk memiliki dan mendiami Rumah Idaman AM sendiri nanti. Hanya kerja-kerja pemasangan lampu,kipas dan meter TNB sahaja lagi belum sempurna.

Hampir sebulan yang lepas AM dan isteri sudah mula mencari kedai-kedai lampu untuk Rumah Idaman kami bersama.

Pada permulaan kami merancang untuk membeli kesemua lampu dan kipas di House Lighting di Puchong.

TETAPI…

Memandangkan kami telah mengubah perancangan untuk memakai lampu dan kipas biasa sahaja. Maka pencarian kami hanya sekitar Kota Bharu, Kelantan sahaja.

Ada beberapa kedai yang kami singgah dan ada juga yang kami sekadar memandang sahaja kedai yang lain. Antara kedai yang kami singgah adalah

Kindom Electric Sdn Bhd, jalan Sultanah Zainab
Ini adalah kedai yang pertama kami singgah, banyak barang yang dijual termasuklah lampu-lampu hiasan. Bawa je duit banyak-banyak. AM dan isteri hanya sekadar window shopping sahaja. Harga bagi AM sedikit mahal. Pilihan juga tidak berapa nak banyak.

TNT Glory Enterprise, Jalan Sultan Yahya Petra.
Kedai yang sedikit terlindung bagi AM kerana kedudukan yang ke belakang sedikit dan dibayangi oleh Bank Muamalat. Kedai ini adalah kedai yang AM dan isteri tidak merancang untuk singgah.

Kerana tidak merancanglah menjadi pilihan AM dan isteri untuk membeli lampu Rumah Idaman. Harga adalah murah sedikit berbanding dengan kedai lampu yang lain sekitar Kota Bharu. Untuk lampu sahaja ya.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Disini AM membeli lampu downlight 12watt dari Ledeon dan juga lampu 18watt dari YetPlus. Untuk kipas hanya jenama yang baru sahaja ada disini. AM merancang untuk menggunakan kipada dari jenama Panasonic atai KDK sahaja.

Onn Lighting & Electrical, Jalan Pengkalan Chepa
Kedai ini juga bukan kedai pilihan AM dan isteri juga kerana kedai yang kecil sahaja berbanding dengan 2 kedai yang AM cerita di atas. Kerana bukan pilihan juga menjadi tempat AM membeli beberapa barang terutamanya kipas siling.

Apa yang AM rancang dan hendak berada disini, kipas KDK akhirnya menjadi pilihan AM untuk digunakan Rumah Idaman AM dan isteri.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Untuk bilik tidur AM menggunakan Kipas KDK K14X2 yang mempunyai 3 bilah bersama remote control yang berharga RM 210 sahaja. Sebanyak 3 unit dibeli.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Selain itu, kipas untuk ruang tamu dan ruang keluarga juga AM menggunakan kipas dari jenama KDK juga iaitu K15Y2 yang mengunakan 5 bilah kipas dan remote control. Kipas ini berharga RM 490 untuk 1 unit.

Hard Wire Trading, Jalan Abdul Kadir
Kedai ini adalah kedai yang AM selalu membeli barang terutamanya barang-barang elektrik. Semasa membina Rumah Idaman AM. Kesemua barang-barang elektrik AM membeli disini. Kerja-kerja awal pendawaian elektrik

Lokasi yang dekat dengan rumah sewa dan juga harga yang murah berbanding dengan kedai elektrik yang ada sekitar dengan kedai ini.

Untuk bilik tidur utama iaitu bilik AM dan isteri sedikit kelainan daripada bilik tidur yang menggunakan kipas biasa KDK.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


AM membeli kipas jenama KDK juga dengan model yang berbeza iaitu K14Y5 yang mempunyai 5 bilah dan remote control. Harga bagi model ini adalah RM 298 untuk 1 unit.

Begitu juga dengan beberapa unit Exhaust Fan atau Wall Mounted Ventilating Fans. AM membeli disini juga kerana harga yang amat murah jika dibandingkan dengan Onn Lighting.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Untuk Exhaust Fan ini, AM menggunakan model 25AQM7 yang bersaiz 10inci kerana frame atau bingkai yang bersaiz 12inci. Sebanyak 5 unit AM beli untuk 3 bilik tidur, 1 untuk ruang tamu dan 1 unit untuk ruang keluarga. Model ini berharga RM 105 untuk 1 unit.

Rumah Idaman : Lampu dan Kipas


Bagi ruang dapur AM menggunakan model yang berbeza dengan model di atas kerana tugasan kerja yang berbeza. AM menggunakan model 25AUFA yang bersaiz 10inci juga.  Model ini berharga RM168 untuk 1 unit.

Kipas sahaja yang AM belum pasang kerana AM masih lagi membaiki tetulang siling kapung yang terpaksa dipotong untuk membeli ruang kepada pemasangan lampu dan juga kipas.

Mungkin hujung minggu ini AM akan mula memasang kipas di Rumah Idaman AM. Kos untuk keseluruhan untuk lampu dan kipas yang AM beli akan AM kongsikan nanti setelah kesemuanya selesai dipasang.

Sedikit sebanyak perkongsian yang AM dapat kongsikan untuk sahabat AM bagi membina Rumah Idaman sendiri nanti. Untuk membina Rumah idaman bukan sukar tapi sedikit rumit apabila hampir siap..




Rabu, 21 September 2016

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN

Alhamdulillah…

Semalam AM baru sahaja kongsikan Bagaimana Untuk Memohon Meter TNB yang AM memohon sendiri melalui laman web MyTNB.

Permohonan sekarang sudah boleh dilakukan oleh pengguna sendiri tetapi perlu juga bantuan dan lessen daripada orang pendawaian yang bertauliah. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memiliki syarikat yang berdaftar dengan SSM dan juga dengan TNB.

Kerana urusan sekarang adalah online semuanya. Permohonan kita juga semuanya akan melalui tapisan pihak TNB di ibu pejabat mereka. Tidak lagi melalui mana-mana cawangan TNB yang sebelum ini.

Pihak kontraktor yang AM gunakan telah pun menghantar permohonan AM pada sebelah malam 19.9.2016. kebetulan pada hari lahir AM yang ke… Rahsianya.

Dan pagi semalam AM juga menerima AM yang menyatakan pihak kontraktor telah pun menghantar permohonan dan pihak TNB telah menerima permohonan tersebut. 

Semalam dengan rasminya AM kongsikan Rumah Idaman : Memohon Meter TNB dan petang semalam juga AM terima email dari pihak TNB yang menyatakan permohonan AM telah LULUS..
Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Alhamdulillah…

Dipermudah OlehNya segala urusan memohon meter TNB.

Nasihat AM : 

Pastikan segala borang dan dokumen yang berkaitan disiapkan awal-awal bagi memudahkan pihak kontraktor menghantar permohonan kita.

Tidak berapa lama kemudian AM menerima lagi email dari pihak TNB yang menyatakan jumlah yang perlu AM bayar kepada pihak TNB.

Memandang AM telah memilih elektrik untuk 3 phase atau 3 fas, maka bayaran adalah sedikit banyak berbanding dengan elektrik 1 fasa. Kenapa 3 fasa? Nanti AM kongsikan kelebihan dan kekurangan pendawaian dan juga meter TNB 3 fasa berbanding dengan 1 fasa. Doakan AM sentiasa sihat ya.

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Email dibawah adalah jumlah yang perlu AM bayar untuk email pertama adalah RM 795. Am sendiri pun sedikit keliru mengenai bayaran ini. Jangan Tanya AM bayaran apa ya..Tidak di maklumkan secara detail.

Dibawah pula adalah surat rasmi yang dihantar melalui email oleh pihak TNB untuk beberapa perkara yang dinyatakan di dalam surat berkenaan.

Rumah Idaman : Permohonan Meter TNB di LULUSKAN


Antara bayaran yang dikenakan adalah 
  • Wang Cagaran
  • Duti Setem
  • Caj Pemprosesan
  • Caj Meter

 Apa perlu AM lakukan adalah membuat bayaran yang telah dinyatakan oleh pihak TNB, dan alhamdulillah, pihak kontraktor telah info bahawa pihak mereka boleh lakukan pembayaran berkenaan. AM hanya perlu serahkan jumlah tadi kepada mereka sahaja. Senang kerja AM, tidak perlu ke cawangan TNB.

Perlu diingat juga jumlah bayaran yang TNB nyatakan tidak termasuk untuk pihak kontraktor yang membuat urusan permohonan kitanya. Yang ini tertakluk kepada budi bicara pihak kontraktor untuk mengenakan berapa jumlah yang mereka minta.

Pihak kontraktor AM pula mengenakan RM 300 untuk urusan mereka menghantar dan juga lain-lain kerja sehingga meter TNB dipasang di Rumah Idaman AM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina rumah dan memohon meter TNB dengan sendiri melalui portal MyTNB.


Selasa, 20 September 2016

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB


Alhamdulillah…

Hampir selesai sudah kerja-kerja pendawaian Rumah Idaman AM yang dilakukan oleh AM sendiri dan dibantu oleh sahabat AM.

Kerja-kerja pendawaian ini telah dilakukan hampir 2 minggu yang lepas dan juga dilakukan pada sebelah malam sahaja. Hanya 3 jam sehari untuk AM dan sahabat melakukan kerja pendawaian ini kerana masing-masing mempunyai pekerjaan hakiki yang lain.

Sudah sebulan juga AM cuba bertanya mengenai cara untuk memohon meter TNB bagi Rumah Idaman AM. Kebetulan pula pada bulan Ogos TNB melakukan kerja-kerja menaik taraf kesemua sistem.

Untuk bulan September pula, kesemua urusan yang melibatkan TNB sudah boleh digunakan secara online sahaja dengan laman sesawang MyTNB. makin senang sudah sekarang untuk berurusan dengan TNB. Persoalannya adalah makin memudahkan atau makin susah???

AM mencuba untuk memohon meter TNB di Rumah Idaman AM. Langkah-langkah memohon meter TNB seperti di bawah.

1. Buka laman sesawang MyTNB. Daftar dahulu sebagai pengguna MyTNB. Apabila dah dapat ID dan Password. Login je kat web MyTNB seperti di bawah. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

2. Selepas dah login akan keluar paparan seperti di bawah nie. Kira papan muka atau dalam bahasa english adalah My Dashboard. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

3. Kerana Rumah idaman AM adalah rumah baru dan AM hendak memohon meter baru TNB, maka klik pada Applications untuk memohon meter dan sebagainya. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

4. Applications juga mempunyai pelbagai pilihan seperti gambar di atas. AM klik pada Supply Application untuk memohon meter TNB. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

5. Pada bahagian Supply Application nie ada 2 pilihan pula iaitu <100kVA atau >100kVA, ini adalah beban yang kita perlukan. Untuk Rumah Idaman AM, sekadar <100kVA sahaja. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Ini adalah detail mengenai Load Requiment bagi <100kVA dan juga >100kVA.


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB
6. Kerana Rumah Idaman AM adalah rumah biasa, permohonan adalah Single Premise sahaja. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

7. Apabila kita memilih untuk Single Premise masih perlu memilih untuk akaun pula. Pilih akaun Individual untuk perseorangan. Dah selesai semua pilih memilih, masih ada beberapa langkah yang WAJIB di isi dan mengikut langkah-langkah. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

8. Mula-mula adalah isi maklumat peribadi anda, nama, no ic, alamat, nama ibu, email, no telifon, waris dan sebagainya. Selesai semua..  


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB


Untuk alamat rumah pula pilih By Address . Pilih pula  Create a new address dan seach alamat rumah anda.

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

9. Untuk Premise Information ini perlu sedikit teknik try and error kerana AM juga mengalami masalah untuk mendapatkan alamat Rumah Idaman AM. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Jika anda bermasalah mengenai alamat boleh merujuk gambar di atas ini, boleh membantu anda. 

Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

10. Jika rumah biasa sila pilih Landed sahaja. dan masukkan no lot atau no tanah. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

11. Other Information juga perlu pilih memilih juga, bagi Premise Type pilih pada Domestic sahaja. Jenis bangunan pula adalah kategori bangunan anda, jika membina rumah seperti Rumah Idaman AM, pilih sahaja Bungalow. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

12. Langkah seterusnya pula adalah memilih pihak kontraktor untuk menguruskan segala dokumen dan menjadi orang tengah untuk anda dan TNB. 

Nasihat AM : Dapatkan pihak kontraktor dahulu. Nama syarikat mesti berdaftar dengan pihak TNB. Seach dan pilih sahaja. 


Rumah Idaman : Memohon Meter Elektrik TNB

Apabila dah siap semua. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti 
  • Surat Akuan S&P bagi yang membeli rumah dengan pihak pemaju.
  • Salinan kad Pengenalan Diri
  • Borang A.

Hanya 3 salinan ini perlu scan dan juga upload ke dalam sistem MyTNB.

PERINGATAN...

AM sendiri Surat Akuan S&P tidak ada dan Rumah Idaman AM di atas tanah ayah AM. Untuk menyelesai permasalah ini, pihak TNB akan meminta Surat Akuan Kebenaran untuk membina Rumah Idaman dari ayah AM dan saksi pula adalah Penghulu Kampung. 

Borang A pula anda kena print dari sistem MyTNB tadi. Anda sain dan juga scan dan upload ke dalam sistem kembali.

Dah siap semua anda boleh sumit permohonan anda kepada pihak MyTNB. Tunggu pula jawapan dari pihak kontraktor untuk menguruskan permohonan anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua.






Isnin, 19 September 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Alhamdulillah..

Semalam AM kongsikan seminggu perkembangan Rumah Idaman AM yang tak sempat AM kongsikan kerana cuti berhari raya korban tahun 2016.

Hari ini AM nak kongsikan lagi perkembangan Rumah Idaman AM, AM harap sahabat AM tak jemu dan tak bosan membaca perkongsian Rumah Idaman AM yang tak seberapa ini.

Seminggu yang lepas juga selepas kerja-kerja pemasangan pintu Rumah Idaman AM siap. AM hubungi pula tukang grill rumah untuk kerja pemasangan grill. Untuk pemasangan grill sebenarnya tak melibatkan urusan pemasangan pintu tapi AM lebih suka ada pintu baru pasang grill.

Pemasangan tingkap Rumah Idaman AM telah siap dipasang dan AM pernah kongsikan Kerja-kerjaPemasangan Tingkap Rumah Idaman AM.

Setelah 2 bulan AM meminta sahabat AM yang melakukan kerja-kerja besi untuk membuat grill Rumah Idaman AM dan beberapa kali melawat ke kedai beliau dan AM amat berpuas hati dengan hasil kerja beliau.

Temujanji telah dilakukan untuk kerja-kerja pemasangan grill pada minggu lepas sebelum hari raya korban. Untuk grill Rumah Idaman AM ini sedikit kelainan daripada grill rumah yang biasa dilakukan.

Kelainan yang dimasukkan adalah bingkai atau frame yang AM minta dari tukang grill adalah Besi Siku atau Angle Bar.

Kenapa Besi Siku??

Kerana besi ini mempunyai 2 permukaan yang bersudut 90 darjah dan ukuran perlulah tepat untuk disesuaikan dengan tingkap Rumah Idaman AM nanti. Disebabkan ukuran adalah sedikit berbeza antara tingkap dan tukang grill hanya mengambil purata sahaja ukuran untuk kesemua tingkap Rumah Idaman AM.


Dibawah adalah antara kerja-kerja pemasangan dan juga hasil pemasangan grill Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Antara kerja yang terpaksa dilakukan kerana grill sedikit besar berbanding dengan tingkap. Maka kerja-kerja membuang lebihan dinding pada tingkap terpaksa dilakukan. Apa boleh buat grill telah siap dicat, tingkap la menjadi mangsa mereka semua. Hampir keseluruhan terpaksa dilakukan seperti ini.

Hasil selepas kerja-kerja bedah membedah ini adalah seperti dibawah :- 

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Grill Rumah

Hasil kerja tukang grill untuk seharian kerja mereka. Masih lagi berbaki untuk grill pintu dapur dan juga grill tingkap ruang dapur yang belum sempat disiapkan. Bukan mereka tak siapkan tetapi memerlukan sedikit pengubahsuaian kerana tingkap ruang dapur mempunyai tiles. AM pernah kongsikan Pemasangan Tiles Kabinet Dapur yang mempunyai tingkap.

Begitu juga dnegan pintu dapur yang belum sempat AM catkan lagi. Banyak perkara yang AM cuba selesai untuk menjimatkan belanja Pembinaan Rumah Idaman AM ini. 

Mungkin minggu ini AM sempat siapkan pemasangan lampu-lampu di Rumah Idaman AM.

Kos untuk semua grill Rumah Idaman AM adalah RM 3 750 sahaja. Jika sahabat sekitar Kota Bharu yang berminat untuk mendapat khidmat pemasangan grill boleh hubungi sahabat AM yang ini. Maklum sahaja dapat daripada Along Misuari yang bekerja di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

En. Zainal - 0127075717

Ahad, 18 September 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah

Alhamdulillah..

Sebelum raya korban 2016 bercadang untuk menutup Rumah Idaman AM dnegan kesemua pintu-pintu yang ada di Rumah Idaman AM.

Semasa kerja-kerja pemasangan tiles, AM ada juga berbual dengan tukang tiles dan bertanya mengenai tukang pasang pintu yang hanya kerja beliau memasang pintu sahaja. Bukan tukang rumah yang boleh memasang pintu.

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah


Kenapa AM tak berminat dengan tukang rumah yang boleh memasang pintu? Kerana tingkap rumah ayah AM telah dipasang oleh tukang rumah dan hasil amat mengecewakan ayah AM.

Untuk Rumah Idaman AM kali ini, AM bertekad untuk mendapatkan tukang pintu yang betul-betul pakar. Akhirnya apabila berbual dengan tukang tiles rupanya mempunyai sahabat yang pakar dalam memasang pintu rumah.

Dengan bantuan tukang tiles, AM dapa menghubungi beliau dan bertanyakan harga untuk pemasangan pintu utama dan juga pintu bilik tidur. Alhamdulillah, harga yang diberi adalah termurah dikalangan tukang-tukang pasang pintu yang AM tanyakan sebelum ini.

Dengan harga RM 180 untuk pintu utama dan RM 60 untuk pintu bilik. Masa yang ditunggu telah tiba. Kebetulan pula pada hari pemasangan pintu adalah hari AM juga ambil cuti.

Guna sepenuhnya masa cuti untuk melakukan kerja-kerja memantau dan juga bersama-sama mereka untuk menyiapakan Rumah Idaman AM. Bukan sahaja tukang pintu malah tukang rumah juga bersama disamping sahabat AM juga datang untuk menyiapkan pendawaian elektrik yang masih berbaki sedikit.

Tukang rumah melakukan kerja-kerja pembaikan tangki septik dan main hole. Berbalik kepada tukang pintu pula, kehadiran mereka untuk bekerja adalah mengikut waktu pejabat iaitu jam 8 pagi mereka sudah berada di Rumah Idaman AM.

Mereka memulakan kerja pemasangan pada pintu utama dahulu, gambar pemasangan pintu adalah seperti di bawah ini. 

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah

Hanya ini sahaja yang AM sempat rakam kerana AM sendiri juga terlibat dalam kerja-kerja baik pulih tangki septik dan juga main hole, selain itu AM juga bersama-sama sahabat melakukan kerja-kerja pendawaian di dalam siling Rumah Idaman AM.

Tukang pintu memasang kesemua 3 pintu untuk bilik tidur AM dan kepantasan mereka bekerja memang di luar jangkaan AM sendiri. Dengan pemasangan pintu utama, 3 pintu bilik, 1 pintu dapur dan 2 pintu bilik air hanya mengambil masa 4 jam sahaja untuk disiapkan kesemuanya termasuk aksesori yang AM minta mereka pasangkan.

Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat AM rakam hasil kerja pemasangan mereka. Pintu bilik tidur AM terlupa untuk rakam, nanti AM rakam dan masukkan di dalam posting yang seterusnya. 

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Pintu Rumah

Kesemua pintu Rumah Idaman AM hanya sempat di cat dengan cat alas yang pernah AM kongsikan sebelum ini. Sehingga kini AM masih lagi berkesempatan untuk mengecat pintu-pintu Rumah Idaman AM, maklum sahaja AM masih lagi fokus kepada pendawaian dan pemasangan lampu pada Rumah Idaman AM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti. Dibawah adalah nama dan no talifon tukang pintu AM. 

En. Kori - 0199420304



 Maklum kepada beliau dapat no talifon daripada Misuari Pulau Belanga. Kos keseluruhan pemasangan pintu adalah RM 440 sahaja.

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah

Alhamdulillah…

Seminggu bercuti dan seminggu juga lah AM tak menulis mengenai Rumah Idaman AM. Selama seminggu juga banyak perkembangan yang berlaku tetapi kesibukan dan kekalutan untuk beraya membataskan waktu untuk AM berkongsi.

Kali ini AM nak kongsikan perkembangan seminggu terus kepada anda semua. Selepas kerja-kerja pemasangan tiles siap dan porch juga siap dibina. Tukang Rumah Idaman AM mula melakukan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan seperti membaiki Tangki Septik yang telah ditanam sebelum ini.

Untuk tangki septik ini hanya kerja-kerja pembaikan yang melibatkan kerja-kerja untuk meninggikan permukaan tangki septik yang telah mendap selepas hujan yang lebat pada penghujung bulan julai yang lepas. 

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah

Begitu juga dengan paip air buang dari sinki juga telah disiapkan oleh tukang Rumah Idaman AM. AM mengambil cuti untuk menemankan tukang Rumah Idaman AM bagi memantau kerja-kerja baik pulih ini. Bukan tak percaya tetapi kerja-kerja ini perlu AM bersama kerana kerja-kerja yang memerlukan persetujui AM.

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah


Begitu juga dengan Main Hole juga terpaksa dibaiki kerana masalah paip yang berhubung antara Main Hole telah mendap juga. Kaki lima terpaksa di belah sedikit untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sistem paip untuk Main Hole telah dibuat kembali dan yang lama telah dibuang. Kerja ini mengambil masa hampir seharian juga.

Rumah Idaman : Perkongsian Seminggu Waktu Cuti Sekolah


Begitu juga dengan kerja-kerja pemasangan perkakasan tandas utama dan juga tandas tertamu. Kesemua perkakas tandas seperti kepala paip, mangkuk tandas, singki dan penyangkut kain telah siap sebelum AM memulakan kerja-kerja pembinaan Rumah Idaman lagi.

Pembelian ini dilakukan semasa Karnival Perkakasan Rumah di Kota Bharu pada awal tahun 2016. Semasa karnival ini juga AM membeli atap Rumah Idaman AM iaitu Elephant Roof Tile. Harga semua barang di  karnival berlangsung adalah promosi dan harga runtuh. Sediakan duit secukupnya sahaja.

Ini adalah antara perkembangan sepanjang seminggu yang lepas semasa waktu cuti sekolah untuk perayaan korban 2016.

Memandangkan kerja-kerja pendawaian elektrik dilakukan oleh AM dan kawan AM sendiri. Banyak perkembangan tidak dirakam oleh lensa AM kerana kami masing-masing sibuk melakukan kerja pendawaian dan kerja ini dilakukan pada sebelah malam.

Kerja pendawaian ini mengambil masa hampir 3 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dan hanya 2 malam seminggu sahaja kerja pendawaian dilakukan kerana kekangan masa yang terhad antara kami. Nantikan perkembangan pemasangan lampu dan kipas yang akan AM kongsikan.

Sekarang kerja-kerja menebuk lubang siling kapur untuk lampu dilakukan oleh AM sendiri. Selain itu kerja-kerja akhir pendawaian elektrik juga telah siap semalam. Nanti AM kongsikan pada artikel yang akan datang.


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua.

Khamis, 15 September 2016

Adsense : Permohonan Kali Kedua Masih Ditolak

Tags
Adsense…

Ramai yang memohon dan ramai yang ramai dan terus mengalah. AM bukan nak memburuk atau merendahkan sesiapa.

Pengalaman mengajar erti kehidupan dan ketabahan. Sebelum AM aktif dengan AlongMisuari.com pun AM pernah memohon adsense melalui blog lama AM iaitu kehidupanseorangbujang.blogspot.my.

Mungkin semasa AM memohon dengan blog lama penuh dengan artikel-artikel yang panas dan beberapa kod HTML yang menganggu dan menyalahi peraturan adsense.

Untuk kalipertama AM memohon akaun adsense dengan AlongMisuari.com yang AM kongsikan sebelum ini telah pun ditolak oleh pihak adsense kerana mempunyai kod HTML yang memberi traffic kepada blog AM yang jelas melanggar peraturan adsense. Tindakan telah diambil dan dibaiki oleh AM dengan bantuan beberapa orang pakar yang sentiasa menjadi rujukan AM selama ini.
Panduan Raja Adsense

Setelah semuanya dibaiki dan AM yakin untuk menghantar sekali lagi permohonan AM untukmemohon akaun adsense pun telah AM kongsikan suatu ketika dahulu. Ayat macam dah lama sangat kan.

Setelah permohonan pertama ditolak, AM memohon lagi dan kali ini permohonan AM mengambil masa hampir 2 minggu untuk mengetahui keputusan dari pihak adsense.

Masih lagi KECEWA..

Kali ini alasan yang diberi pihak adsense adalah seperti dibawah ini. 



Adsense : Permohonan Kali Kedua Masih Ditolak


Kandungan Tidak Mencukupi

Antara sebab kenapa kandungan tidak mencukupi kerana sebelum ini AM cuba untuk membuat posting dengan 300 patah perkataan dan ke atas. Kekadang ketika tiada idea untuk menulis akan menjadi kurang daripada 300 patah perkataan.

Pihak adsense juga memberi beberapa tips dan cadangan untuk menyelesaikan permasalah di atas.

  • Pastikan bahawa laman anda mempunyai cukup teks - laman web yang mengandungi sebahagian imej, video atau animasi Flash tidak akan diluluskan.
  • Kandungan anda harus mengandungi ayat yang lengkap dan perenggan, bukan sahaja berita utama.
  • Pastikan bahawa laman web anda dibina sepenuhnya dan dilancarkan sebelum anda memohon AdSense - tidak terpakai manakala laman web anda masih dalam beta atau "dalam pembinaan" fasa atau hanya terdiri daripada template laman web.
  • Letakkan kod iklan pada halaman langsung laman web anda. Ia tidak perlu untuk menjadi halaman utama, tetapi halaman ujian yang kosong kecuali kod iklan AdSense tidak akan diluluskan.
  • Menyediakan sistem navigasi yang jelas bagi pengunjung anda supaya mereka boleh dengan mudah mencari semua bahagian dan muka surat laman web anda.

Solusi dari AM..

  • Mungkin kerana posting AM yang tidak mencukupi untuk memohon adsense. Kena membuat posting yang melebihi 300 patah perkataan untuk memohon adsense.
  • Lain-lain perkara mungkin telah siap AM lakukan sebelum ini.
  • Am juga banyak merujuk kepada Panduan Raja Adsense yang banyak membantu AM dalam menyediakan beberapa perkara yang penting untuk memohon Adsense.

Sabtu, 10 September 2016

Rumah Idaman : Pinjaman Peribadi

Alhamdulillah..

Impian untuk mendiami Rumah Idaman Tahun Baru Hijrah tidak kesampaian lagi. Ini kerana masih lagi menunggu kehadiran pihak TNB untuk memasang meter elektrik di Rumah Idaman AM.

Sebelum ini AM pernah kongsikan bagaimana untuk memohon meter TNB secara online. Mungkin kerana system baru dan permintaan yang tinggi membuat mereka tidak cukup staff untuk memantau kesemua permohonan meter dan pelbagai isu yang timbul. Kita pengguna mampu bersabar sahaja.



AM tinggalkan kesemua permasalahan TNB dahulu bagi memberi ruang dan peluang kepada kerja-kerja lain yang masih berjalan dengan perlahan dan berterusan.

Untuk menyiapkan Rumah Idaman AM ini, AM terpaksa dan berkorban lagi untuk meminjam lagi pinjaman dengan pihak Bank Rakyat sebanyak RM 10 000.  Jika sebelum ini AM telah meminjam sebanyak RM 50 000 dengan pihak Bank Islam dan juga isteri AM juga melakukan perkara yang sama dengan pihak Bank Rakyat sebanyak RM 50 000.

AM memerlukan sedikit lagi pinjaman untuk menyiapkan kerja-kerja akhir untuk Rumah Idaman AM. Sebanyak RM 10 000 terpaksa di pinjam lagi.

Dengan RM 10 000 ini AM menyiapkan kerja-kerja akhir pemasangan grill Rumah Idaman, membeli tangki air steel dan juga water pump, langsir, lampu dan juga kipas Rumah Idaman.

Alhamdulillah, urusan untuk meminjam dengan pihak bank telah diuruskan oleh isteri AM, AM hanya perlu ke bank untuk tandatangan sahaja.

Alkisah AM mula meminjam dengan bank rakyat adalah pada tahun 2010 lagi semasa AM masih lagi bujang. AM meminjam untuk membeli kereta dan juga sedikit untuk tambahan perkahwinan AM 4 tahun yang lepas.

Untuk tahun 2016 pula AM terpaksa meminjam untuk menyiapkan Rumah Idaman AM pula.

Mungkin ini adalah pinjaman terakhir yang AM lakukan. Selepas ii berniat untuk tidak meminjam lagi jika tidak ada keperluan yang mendesak sangat.

Sedikit perkongsian antara pinjaman Bank Rakyat dan Bank Islam ini kerana AM juga mempunyai kedua-dua pinjaman dengan 2 bank ini.

Kedua-dua bank ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang perlu di ambil perhatian oleh pihak peminjam termasuklah AM sendiri. Dibawah AM kongsikan pengalaman dengan pihak bank semasa AM hendak meminjam semasa permulaan AM nak bina Rumah Idaman AM.

Bank Islam



Sebanyak RM 50 000 AM layak pinjam semasa awal tahun 2016 yang lepas sebelum AM membina Rumah Idaman dan juga sebelum kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji bagi penjawat awam.

AM hanya perlu maklum kepada pihak bank dan pihak bank akan menghubungi AM untuk melakukan temujanji bagi menguruskan pinjaman yang AM perlukan.

Alhamdulillah, urusan kali ini dipermudahkan dan hanya masa kelulusan sahaja sedikit lambat kerana masa AM tandatangan hampir dengan Perayaan Tahun Baru Cina.

Untuk banyaran bulanan adalah sedikit murah berbanding dengan pinjaman bank Rakyat sebanyak RM 570 sahaja berbanding Bank Rakyat sebanyak RM 580 yang isteri AM bayar kepada pihak Bank Rakyat.

Kekurangan bank islam pula potongan gaji tidak diberi oleh pihak bank islam. Setiap bulan AM terpaksa memasukkan jumlah pinjaman ke dalam akaun bank islam.

Bank Rakyat



Untuk membuat pinjaman kali kedua atau lebih dikenali dengan Overlap lebih mudah kerana kita tidak memerlukan sebarang pengesahan daripada pihak majikan. Maklumat kita telah ada dengan pihak bank.

Hanya perlu maklum kepada pihak bank nak meminjam berapa banyak dan berapa banyak yang kita lepas dengan gaji semasa kita.

Untuk 2016 AM lepas sebanyak RM 55 000 dengan gaji semasa dan juga pinjaman lain-lain. Untuk pinjaman kali kedua ini AM hanya memerlukan RM 10 000 sahaja ditangan dan pihak bank memaklumkan AM hanya perlu mengambil pinjaman sebanyak RM 42 000 sahaja. Alhamdulillah lepas.

Setelah kesemua boring siap di tandatangan pada sebelah petang dan keesokkan harinya duit dah masuk ke dalam bank.

Bank Rakyat menyediakan potongan gaji melalui majikan dan tidak perlu ke bank untuk bank in ke akaun kita. Keburukan adalah jumlah potongan bulanan kita akan tercatat di dalam slip gaji kita.

Bulanan juga sedikit mahal berbanding dengan pinjaman dengan pihak Bank Islam.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan kepada sahabat AM untuk membuat perbandingan pinjaman peribadi untuk membina Rumah Idaman mahupun kegunaan lain.

Khamis, 8 September 2016

Apa Itu Strok Dan Cara Mengatasinya Sebelum Parah

Strok merupakan punca kematian atau lebih dikenali sebagai pembunuh dalam diam yang sangat digeruni. Penyakit strok ini tidak menunjukkan tanda-tanda awal kecuali anda tahu simptom, gejala dan cara mengatasinya dari terus menjadi parah.

Apa Itu Penyakit Strok?
Apa itu strok? Strok adalah serangan secara mendadak terhadap otak akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat.  Penyumbatan, penyempitan dan pembuluh darah yang pecah menyebabkan oksigen dan darah ke bahagian otak berkurangan. 


Oleh itu akan berlakunya reaksi biokimia di mana ia mampu merosakkan dan mematikan sel-sel saraf pada otak sekaligus melumpuhkan sebahagian atau seluruh anggota tubuh.

Tahukah anda penyakit strok mampu menyerang sesiapa sahaja dan di mana anda berada? 

Apakah Punca Berlakunya Strok?
Strok berisiko kepada mereka yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan terutamanya mereka yang menghidapi penyakit seperti:
  • Hipertensi (Tekanan darah tinggi)
  • Kolestrol Atreosklerosis Gangguan pada jantung
  • Kencing Manis Faktor keturunan
  • Migrain yang teruk (sebelah kepala sahaja)

Selain dari penyakit di atas, cara hidup atau lebih dikenali sebagai lifestyle juga mempengaruhi punca berlakunya strok.  

Antara faktor behavior antaranya:
  • Pengambilan makanan segera
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol berlebihan’
  • Pengambilan makanan yang diawet/diproses
  • Kurang bersenam

Menurut kajian hampir 80% strok disebabkan oleh masalah hypertensi dan atreosklerosis.
Oleh itu, ketahui cara yang berkesan untuk mengawal serta mengurus stress anda.

Apakah Gejala Strok?
Pada peringkat awal ia merupakan perkara yang sangat penting untuk kita, keluarga dan masyarakat mengetahui dengan jelas apakah tanda-tanda strok.
Tanda-tanda utama biasanya berlaku secara sederhana dan ia haruslah diberi perhatian dan difahami. Hal ini sangat penting agar orang disekeliling peka dan berwaspada terhadap bahaya serangan strok.

JANGAN PANDANG REMEH KEPADA TANDA-TANDA STROKE
  • Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja. 
  • Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
  • Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak. 
  • Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan 
  • Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Namun begitu, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh berlaku dan kita perlu berwaspada:
  • Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
  • Tidak sedarkan diri atau pengsan tiba-tiba.


Alternatif Yang Boleh Diambil Oleh Penghidap Strok Untuk Kembali Sembuh



Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut




Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut