Isnin, 31 Oktober 2016

Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah

Alhamdulillah..

Al kisah mengenai talian perhubungan masa kini yang semakin hari semakin rancak. Kisahnya mengenai beberapa plan yang di tawarkan oleh pihak Digi, Maxis, Celcom dan beberapa lagi syarikat yang menawarkan pelbagai pakej yang menarik sekali.

AM nak kongsikan bagaimana AM terjerat di dalam perkhimatan Digi selama hampir 8 tahun sudah. Bermula selepas AM tamat pengajian di Politeknik pada 2008, AM sudah mula menggunakan perkhimatan Digi secara Postpaid atau line yang berbayar.

Apabila sebut Digi mesti ramai yang terbayang akan abang kuning bukan? seperti dibawah ini, betul tak?
Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah


Abang kuning nie follow AM dari tahun 2008 lagi, Digi hanya menawarkan perkhimatan panggilan dan sms sahaja. Waktu ini internet atau data masih lagi mahal dan telefon bimbit juga tidak secanggih hari ini.

Waktu ini AM mendapat panggilan dan sms PERCUMA kepada mana-mana sub-line AM tanpa sebarang caj tambahan. Bulanan adalah RM 50 sahaja. Pakej ini AM bertahan selama hampir 6 tahun.

Penghujung 2014 pihak Digi mula menawarkan pakej internet pula kepada AM dengan bayaran yang sama iaitu RM 50 sebulan lagi. Panggilan dan sms bukan lagi PERCUMA untuk sub-line AM tetapi hanya 1000 minit untuk panggilan dan juga 1000 sms sahaja. Data pula hanya 5GB sahaja.

Pakej ini mampu bertahan selama 2 tahun sahaja. Bulan 10 2016 pula secara tak sengaja membuka web Digi untuk check baki semasa sahaja dan gatal tangan untuk melihat-lihat pakej postpaid yang terbaru.

Dengan tak sengaja ini AM menaik taraf pula pakej dari Digi 50 kepada Digi 80.

Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah



Apa kelebihan pakej yang baru dengan yang lama? Timbul pula persoalan Digi menberi pilihan 3 pakej yang tidak mampu AM tolak sekarang.

AM memilih untuk Digi 80 kerana beberapa kelebihan berbanding dengan Digi 50, kerana panggilan untuk mana-mana talian adalah PERCUMA. AM dapat apa yang AM nak selama ini iaitu panggilan PERCUMA untuk mana-mana talian di Malaysia. 

Mudah untuk AM melakukan sebarang urusan kerana AM lebih suka membuat panggilan berbanding dengan aplikasi WhatsApp mahupun sms.

Data pula adalah 20GB untuk sebulan tetapi hanya 10GB pada hari biasa dan 10GB pula untuk hujung minggu. 

Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah


AM mengaktifkan plan Digi 80 di Pusat Khimat Pelanggan Digi d Kota Bharu, kelulusan adalah segera dan apabila menggnakan aplikasi Digi yang di download dari Play Store, dapat PERCUMA 1GB selama seminggu.

Memang tak habis la kalau hanya untuk main Facebook dan WhatsApp sahaja. Memandang AM dah pun tinggal di Rumah Idaman AM yang baru, wifi juga tidak ada di sana. Maka plan Digi 80 adalah amat sesuai untuk AM ambil untuk di kongsikan apabila update blog AM nanti.


Perkongsian ini adalah pengalaman AM sendiri berurusan dengan Digi selama 8 tahun ini dan 8 tahun juga AM tinggalkan top up prepaid. Jika hari ini ada sahabat yang meminta tolong untuk masukkan beberapa digit nombor top up memang AM tak dapat nak buat.

Terbaru pula pihak Celcom juga mengikut jejak Digi dengan tawaran plan yang hampir sama. Sahabat semua boleh rujuk web Celcom atau mana-mana pusat khimat pelanggan Celcom.

Khamis, 27 Oktober 2016

4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple

Semua orang mengimpikan kehidupan yang sihat dan bahagian bersama keluarga tersayang. Betul bukan?

Memandangkan keadaan ekonomi dan juga desakan hidup yang melampau, ramai di kalangan kita yang semakin hari mengabaikan bab kesihatan diri untuk mencari nafkah kepada keluarga.



Hari ini juga pelbagai penyakit mudah menyerang kita semua yang sentiasa mengabaikan isu kesihatan. Ramai juga di kalangan kita sakit baru nak menjaga kesihatan.

Antara penyakit yang kerap kita dengar sekarang adalah serangan jantung, masalah migraine yang teruk dan ada juga yang menjadi gemuk kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik.

AM nak kongsikan 4 Tips Menjaga Kesihatan yang ramai orang abaikan selama ini. Antaranya adalah :-

1) Elakkan stress
4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple

Jika seseorang itu mengalami stress, otot-otot wajah akan menegang dan menimbulkan garis-garis halus. Stress inilah akan melemahkan sistem ketahanan badan, akibatnya badan cepat sakit dan kulit terdedah kepada pencemaran dan cuaca yang tidak elok. Cubalah seimbangkan badan dengan mengambil makanan yang sihat, seimbangkan antara pekerjaan dan hiburan serta lakukan latihan untuk lebih sihat dan tenang.

2) Jangan paksa semasa senaman

4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple


Senaman yang dilakukan secara rutin boleh meningkatkan kemampuan badan, seterusnya badan menjadi lebih sihat dan kulit kelihatan cantik. Namun, senaman yang berlebihan atau terlalu keras boleh meningkatkan stress dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Gabungkan beberapa jenis senaman seperti kardio dan angkat beban untuk mendapatkan hasil yang optimum.


3) Elakkan gula berlebihan

4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple


Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula boleh merosakkan kolagen dalam badan. Akibatnya, kulit kelihatan lebih tua dan tidak mampu melawan radikal bebas. Untuk kesihatan terjaga dan awet muda, ambillah gula dan karbohidrat yang terdapat dalam nasi perang, roti gandum dan buah-buahan.

4) Tidur yang cukup

4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple


Ketika anda tidur, tubuh akan menghasilkan hormon yang merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang membuatkan kulit kelihatan muda dan sihat. Kurang tidur akan menyebabkan lingkaran gelap bawah mata, kulit kusam dan badan lesu. Baca juga 10 Kebaikkan Cukup Tidur Malam.


4 Tips untuk Kesihatan yang berterusan dan awet muka untuk anda semua. Jika kita menjaga kesihatan diri sendiri dan juga keluarga dengan baik, keluarga akan menjadi lebih bahagia dan harmoni.

AM juga mempunyai keluarga dan sekarang tinggal berhampiran dengan rumah mak dan ayah. Kesihatan AM dan keluarga menjadi semakin penting kerana jika mak atau ayah yang sakit nanti akan memberi kesan kepada kami sekeluarga.


Selasa, 25 Oktober 2016

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanta seperti mengalami haid yang banyak dan berpanjangan, sakit smasa haid dan sakit semasa bersama suami dan sebagainya.

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Tumbesaran fibroid bergantung kepada hormone estrogen yang dirembes selepas haid bagi wanita. Pembesaran fibroid adalah pelbagai dari kecil sehingga sebesar sebiji bola.

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


AM juga pernah kongsikan mengenai Fibroid – Ancaman buat wanita masa kini. Fibroid bukan kanser. Jangan tersalah sangka pula.

Mengimbangi hormone adalah satu bahagian penting dalam bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan. Terdapat makanan yang boleh menyebabkan pengeluaran berlebihan estrogen dan sebaliknya, ada makanan yang boleh membantu mencegah keadaan dominan estrogen.

Boleh membaca perkongsian AM mengenai Fibroid – Cara mencegah dan cadangan supplement. Apabila berbicara mengenai pemakanan yang boleh mencegah ketumbuhan fibroid, AM ingin berkongsi 10 Tips Pemakanan Untuk Mengilangkan Fibroid Tanpa Pembedahan.

10 Tips Pemakanan Untuk Mengilangkan Fibroid Tanpa Pembedahan.

1.     Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Salah satu tips bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan adalah dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna dan kekacang juga digalakkan untuk diamalkan selalu.

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Buah-buahan dan sayuran dan pelbagai kekakacang mengandungi banyak nutrient vitamin, mineral dan serat yang memberi manfaat kepada badan di samping beberapa  fitoestrogen yang mengandungi persamaan dengan estrogen yang dihasilkan oleh badan.

Sembelit adalah masalah utama dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon kerana toksin dan bahan buangan yang terkumpul dalam badan tanpa dihapuskan. Jika anda mempunyai fibroid, anda perlu makan lebih banyak serat supaya badan boleh menghilangkan estrogen yang berlebihan dan sisa berbahaya.


2.     Elakkan Makanan Diproses

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Makanan yang diproses, dibekukan, dan makanan dalam tin sebaiknya dielakkan. Cuba untuk makan makanan yang tidak diproses, segar, organic dan bebas daripada bahan kimia seperti racun perosak, antibiotic dan racun serangga yang boleh mendatangkan malapetaka pada hormone anda kerana mereka memperkenalkan “xenoestrogen” yang estrogen kimia dalam badan.

3.     Makan Makanan Laut Dalam
Makanan laut dalam ikan air sejuk seperti ikan salmon, antara ikan yang mempunyai khasiat yang tinggi biasanya penuh dengan antibiotic. Hadkan jumlah kerang yang anda makan kerana walaupun mereka mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, ia juga mengandungi bahan tercemar seperti merkuri dan berkolesterol tinggi kerana kilang biasanya senang diperolehi dipersisir pantai yang tercemar.

4.     Elak makanan Berkolestrol Tinggi

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan

Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi serta lemak tepu termasuk makanan segera, makanan bergoreng, produk tenusu dan lain-lain.

5.     Kurangkan Pengambilan Gula

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Cuba untuk menjauhkan diri daripada gula putih serta pelbagai makanan dan minuman yang dibuat dengan gula putih. Gula tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh menggalakkan sebuah negra yang dominan estrogen.

6.     Banyakkan Minum Air Masak

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Menghapuskan minum minuman yang berperisa dan jus buah-buahan. Minum lebih banyak air untuk untuk memastikan anda kekal terhidrat, membantu penyinkiran bahan buangan terutamanya jika anda mula akan lebih banyak serat. Lebih banyak serat memerlukan lebih banyak air di dalam badan untuk memudahkan pengerakkan bahan buangan melalui dan keluar dari badan.

7.     Elakkan Pengambilan Alkohol

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Elakkan dan mengurangkan pengambilan alcohol kerana alcohol menyebakam ketidakseimbangan hormon.

8.     Hadkan Pengambilan Garam

Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Garam laut adalah alternative yang lebih baik dan lebih sihat. Garam laut mengandungi pelbagai mineral termasuk iodine yang merupakan satu ubat semula jadi untuk membantu mengecutkan fibroid.

9.     Makanan Tambahan jangan Diabaikan


Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan


Bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan adalah dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi zink yang tinggi seperti bijan, bunga matahari, labu dan supplement dari SHAKLEE yang pelbagai untuk menbekalkan makanan tambahan kepada badan kita.

10.  Bonus
Makan beberapa hidangan kecil sehari bukan 2 atau 3 hidangan besar. Makan 3 hidangan kecil yang sihat untuk sarapan pagi, makan tengahari dan 2 hidangan ringan untuk makan malam. Ini dapat membantu menurukan berat badan dengan menjaga metabolism anda. Obesiti menyebabkan ketidakseimbangan hormone dan mencetus pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Pengambilan makanan tambahan seperti multivitamin juga dapat membantu untuk mencegah daripada penyakit fibroid. Mencegah lebih baik dariapda mengubati permasalahan.


Untuk vitamin yang sesuai dengan permasalahn fibroid, AM pernah kongsika sebelum ini di dalam artikel Fibroid –Cara mencegah dan cadangan supplement.

Isnin, 24 Oktober 2016

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Semalam AM kongsikan mengenai Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini. Kita sudah pun mengetahui punca-punca penyakit fibroid ini. 

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Kini tiba giliran untuk kita mengetahui langkah atau cara mencegah penyakit fibroid ini pula. Di bawah AM senaraikan beberapa langkah yang boleh di amalkan oleh kaum wanita.
1. Cepat kahwin

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Bila kahwin cepat, hormon wanita akan lebih stabil. Tak percaya? Cubalah kawin. AM dah kahwin tau..


2. Hamil dan lahirkan zuriat seramai yang boleh:

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Sebolehnya bila cepat kahwin, maka anda boleh lebih cepat hamil. Hamil di bawah umur 35 tahun merendahkan risiko mengalami masalah kesihatan yang lain seperti kanser dan lain-lain.


AM masih lagi berusaha untuk emndapatkan zuriat. Boleh baca perkongsian AM mengenai Ujian Sperma untuk Lelaki.

3. Makan makanan yang seimbang

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Makanan seimbang bukan sepertimana piramid makanan yang pernah kita belajar dulu. Makanan seimbang merangkumi 2 bahagian sayuran, 1 bahagian protein dan 1 bahagian karbohidrat.


Seimbang juga dengan waktu makan yang sesuai. Jika pengambilan makanan seimbang tapi makan waktu lewat malam juga tidak guna sebenarnya.

4. Kurangkan stress, amalkan senaman

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau berdepan dengan masalah, cuba bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan jangan over think. Hidup ini terlalu singkat untuk kita fikirkan segala masalah.


Manusia yang normal tidak lari daripada permasalahan, bergantung kepada kita untuk meyelesaikan permasalahan tersebut. Tenangkan diri, selesaikan permasalahan yang kecil hingga kepada permasalahan yang besar.

5. Jauhkan pengambilan hormon estrogen seperti pil dan make up
Ini kerana pengambilan hormon estrogen tambahan tidak dapat memperbaiki tahap kesihatan anda.

6. Amalkan rehat yang mencukupi dan tidur

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Rehatlah juga ya, badan perlu rehat yang mencukupi. Tubuh adalah amanah Allah, mestilah kita kena pulangkan dalam keadaan yang baik juga kan.


7. Amalkan pengambilan suplemen seperti vitamin C, E dan fish oil

Fibroid - Cara Mencegah dan Cadangan Supplement

Pelbagai sumber yang kita boleh dapati sekarang. Paling senang adalah dengan pemgambilan pil-pil supplement sahaja. AM kongsikan di bawah

Cara Rawat Fibroid Di Kalangan Wanita

JIka anda disahkan menghidapi cyst atau fibroid, anda boleh mengamalkan pengambilan suplemen GLA dan vitamin ACE.
GLA Complex
GLA Complex bertindak menyeimbangkan hormon estrogen dan progestron. Ia mampu membetulkan hormon wanita yang ada. Ada yang mula mengamalkan katanya haidnya teratur tetapi jadi tak teratur selepas pengambilan GLA Complex. Sebenarnya GLA Complex sedang memperbetulkan hormon , pengambilan GLA Complex yang berterusan dengan dos tertentu sehingga haid kembali seperti biasa.

Vitamin ACE
Vitamin ACE terdiri daripada Carotomax, Vita C SR Plus dan Vita E Complex. Ketiga-tiganya merupakan vitamin anti oksida yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan cyst atau fibroid tumbuh kembali. Ada kes dimana, cyst dah kecut tapi ia muncul kembali disebabkan tidak mengamalkan lagi pengambilan vitamin ACE. Ini kerana masalah utamanya iaitu hormon xenoestrogen tidak dihapuskan sepenuhnya oleh vitamin ACE.

Bolehke ambil GLA Complex sahaja?
Boleh cuba, memang ada yang berjaya dengan cara ini, namun GLA Complex dan vitamin ACE mempunyai fungsi berlainan. GLA Complex hanya membetulkan hormon yang tidak seimbang, manakala vitamin ACE pula menghapuskan hormon xenoestrogen.
 
Sekadar perkongsian untuk hari ini. Persoalanya pula Bagaimana untuk mendapatkan GLA Complex dan Vitamin ACE?
Boleh hubungi AM di 0172945851 untuk mendapatkan 2 vitamin yang ajaib ini dengan harga promosi..


Ahad, 23 Oktober 2016

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Fibroid sebenarnya jauh lebih biasa daripada yang kita fikirkan untuk berlaku ke atas wanita.
Kira-kira 50-80% wanita kemungkinan mempunyai ketumbuhan fibroid di dalam rahim mereka, dan kebanyakannya tidak menyedari kehadirannya.
Apakah itu fibroid?
Dan persoalan yang lebih merunsingkan wanita lagi ialah, sejauh mana fibroid mempengaruhi kesuburan, atau mengganggu proses persenyawaan sehinggalah kehamilan?

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Apakah itu fibroid?
Secara ringkasnya, bolehlah AM katakan fibroid ialah sejenis ketumbuhan jenis benign (ketumbuhan bukan kanser) yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya.
Saiz fibroid adalah berbeza-beza saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga mencapai saiz yang sangat besar hingga mengubah saiz rahim, sehingga adakalanya wanita kelihatan mengandung akibat kawasan abdomen yang membesar.

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Faktor saiz fibroid yang sangat kecil juga menyebabkan kebanyakan antara kita tidak menyedari kehadirannya di dalam rahim, malah bertahun-tahun lamanya.
Jika dikesan sekalipun, sama ada ianya sudah membesar sehingga kehadirannya dirasai, ataupun simptom dan gejala yang ketara, ataupun dikesan semasa imbasan ultrabunyi ketika temujanji antenatal ibu hamil!

Penyebab fibroid

Ini merupakan topik yang sangat menarik minat kita.
Post-post ‘ilmiah’ di facebook juga banyak yang berkongsi tentang penyebab fibroid dan berlegar-legar pula share tanpa jemu serta diterima bulat-bulat oleh pembaca.
Jika adapun penerangan oleh pihak yang lebih arif i.e. perubatan misalnya, cara olahan post tidak cukup sensasi untuk kita share kerana bersifat fakta yang ‘dry’ dan kurang memberi rasa thrilled atau ancaman. 
Sekadar contoh, ‘Bahaya soya penyebab fibroid’. Contohhh…
Lagipun, membaca artikel temuramah dengan doktor adalah ‘too mainstream’ berbanding membaca artikel oleh ‘pakar konspirasi perubatan – “apa yang doktor anda tidak beritahu”.
Jadi, apa sebenarnya punca fibroid?
PUNCA SEBENAR, the exact cause, tidaklah diketahui.
(Jangan ingat dunia perubatan ni semua kita tahu detail sedetailnya, malah semakin dalam dikaji, semakin kabur sesuatu perkara itu kerana kebarangkalian itu banyak.Nothing is certain, atas sebab itu dunia kajian klinikal ini terbuka tanpa definitive answer “soya penyebab fibroid” – ilmu Allah sangat luas, benda-benda saintifik ni pun dalam lingkungan ilmuNya).
Namun, dipercayai, fibroid dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh kelenjar ovari wanita.
Ini menerangkan kenapa adakalanya, sesetengah fibroid membesar ketika hamil, suatu keadaan ketika hormon-hormon ini tengah memuncak.
Ini juga menerangkan kenapa fibroid mengecut kembali setelah kita, wanita, melahirkan anak.

Jenis-jenis fibroid

Terdapat 3 jenis fibroid iaitu:
1. Intramural – fibroid terletak pada dinding uterus atau rahim.
Jenis ini merupakan fibroid yang paling biasa terjadi.
2. Submucosal – fibroid yang terletak dalam lining uterus.
3. Subserosal – fibroid yang terletak di luar kawasan rahim.
Nak senang cerita, AM tunjuk rajahnya.

Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini

Jadi, apakah simptom-simptom fibroid?

Atau dalam erti kata lain, apakah gejala atau tanda-tanda yang ramai berkemungkinan besar telah pun mempunyai ketumbuhan fibroid di dalam rahim wanita?
Seperti yang AMnyatakan di atas, kebanyakan wanita tidak sedarpun kemungkinan kehadiran fibroid sehinggalah penyakit ini menunjukkan tanda-tanda.
Namun, wanita dengan fibroid yang sudah sudah membesar, akan menunjukkan tanda-tanda berikut;
– sakit ketika hubungan kelamin.
Kalau nak Google, istilah perubatan merujuknya sebagai dyspareunia (dys – tidak selesa, sakit, pareunia – hubungan kelamin). 
Simpton ini juga menunjukkan kepada banyak lagi kemungkinan penyakit-penyakit lain, jadi, sila sahkan dengan doktor.
– haid yang banyak, sakit ketika hadi, dan berpanjangan (dysmenorrhea)
– tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar.
– sembelit
Fibroid yang membesar ini menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar.
Apabila najis ini terhimpit, lama kelamaan menyebabkan sembelit kronik atau berpanjangan.
Sama juga halnya dengan apa-apa ketumbuhan seperti di ovari, pundi kencing dan sebagainya. Sebab itu sembelit kronik tidak boleh diambil mudah.
– kerap kencing atau kencing tidak lawas
Sama seperti sembelit, ketumbuhan fibroid ini menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing mengecil.
Ini menyebabkan sedikit air kencing dapat disimpan menyebabkan kekerapan hendak membuang air kecil.
Begitu juga dengan kecing tidak lawas, ketumbuhan menekan pada bahagian salur kencing menyebabkan kencing tidak dapat mengalir dengan lancar.

Bagaimana untuk merawat jika telah mempunyai permasalahan fibroid? Mencegah lebih baik dari merawat. Boleh juga membaca Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Wanita yang menjadi pilihan pembaca di blog AM ini.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat AM kongsikan mengenai permasalahan fibroid yang menjadi satu ancaman buat kaum wanita di Malaysia yang kurang mendapat perhatian daripada mereka semua.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para wanita untuk menjaga kesihatan dan juga sentiasa memeriksaan kesihatan.


Selasa, 18 Oktober 2016

Fakta Mengenai Air Mani dan Sperma

Jika hanya satu sperma dan satu telur yang diperlukan untuk hamil, mengapa lelaki perlu membuat sperma begitu banyak? Dan berapa banyak sperma dianggap normal? Berapa lama sperma hidup? Bolehkah mereka hidup di luar badan? Adakah lelaki berhenti menghasilkan sperma semasa tua? Adakah apa-­apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran sperma atau meningkatkan kesihatan sperma ? berapa lama sperma hidup?

Fakta Mengenai Air Mani dan Sperma



Begitu banyak persoalan mengenai sperma sahaja bukan?

Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting di mana sperma berada. Di atas permukaan yang kering seperti pakaian atau di tempat tidur, sperma akan mati apabila air mani kering. Dalam air seperti mandi di dalam tab, sperma akan mungkin hidup lebih lama kerana mereka hidup di dalam persekitaran basah. Walau bagaimanapun, peluang sperma dalam tab air untuk mencari jalan masuk ke dalam badan  wanita dan menyebabkan dia hamil adalah sangat rendah.


Di dalam tubuh wanita, sperma boleh hidup sehingga lima hari bergantung kepada keadaan. Jika mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan walaupun beberapa hari sebelum wanita mengeluarkan telur, ada kemungkinan terjadinya kehamilan.

Fakta Mengenai Air Mani dan Sperma


Berapa banyak sperma yang anda perlukan untuk mencapai kehamilan?


Purata ejakulasi mengandungi hampir 100 juta sperma. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lelaki yang mempunyai kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani mungkin berisiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan.

Hanya satu sperma untuk mensenyawakan telur dan mencapai kehamilan. Tetapi mengapa berjuta sperma dikeluarkan jika hanya satu sahaja untuk menghamilkan isteri?

Bagaimana untuk melakukan ujian untuk mengetahui jumlah sperma? AM pernah kongsikan Prosedur Untuk Ujian Sperma sebelum ini.


Untuk berjumpa telur, air mani mesti melalui dari faraj ke tiub fallopio. Ia adalah suatu perjalanan yang sukar untuk sperma terus hidup. Bagi sperma-­sperma yang telah melengkapkan perjalanan, persenyawaan telur boleh menjadi sukar kerana telur dilindungi oleh lapisan tebal. Pakar percaya proses ini mungkin cara semulajadi untuk membenarkan hanya sperma yang paling sihat untuk mensenyawakan telur. Dengan itu adalah peluang terbaik untuk membentuk bayi yang sihat.


Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesihatan sperma. Ini termasuk:


# Mengelakkan rokok dan dadah, terutamanya steroid anabolik
# Mengelakkan pendedahan kepada racun seperti racun perosak dan logam berat
# Menghadkan pengambilan alkohol
# Makan dengan diet yang seimbang dan mengekalkan berat badan yang sihat
# Menjaga skrotum dan tidak mendedahkan kepada haba. Kerana haba melambatkan pengeluaran sperma. Elakkan mandi air panas dan kolam air panas, memakai boxer bukannya seluar dalam, dan mengelakkan seluar yang ketat.

Ahad, 16 Oktober 2016

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Alhamdulillah..

Selesai kerja-kerja mengecat pintu utama dan pintu bilik yang kesemuanya adalah putih sesuci kalbu. Sebanyak 3 lapisan perlu dilapis untuk mendapat warna putih yang AM impikan.

AM pula pada hari bekerja semestinya tidak dapat melakukan kerja-kerja mengecat yang memerlukan ketelitian yang lebih kerana kekangan masa yang amat terhad.

Untuk kerja mengecat akhir ini AM meminta sahabat AM untuk melakukan kerja-kerja mengecat ini. Untuk kali ini AM meminta sahabat untuk melakukan kerja mengecat bahagian luar rumah.

Sebelum ini AM kongsikan kerja-kerja mengecat bahagian luar Rumah Idaman AM yang berwarna kuning. Alhamdulillah, mendapat pujian jiran-jiran pilihan warna yang sesuai dengan Rumah Idaman AM.

Mungkin kerana trend semasa rumah-rumah sekarang untuk dicat dengan 2 warna yang berbeza pada bahagian dinding luar rumah. Termasuk juga dengan Rumah Idaman AM, mengenakan 2 warna untuk dinding luar.

Warna utama dinding luar adalah kuning dan bahagian bawah pula warna lain pula yang sedikit gelap. AM juga pernah kongsikan pengalaman memilih warna Rumah Idaman AM.

Al kisah mengenai cat bahagian bawah dinding pula sedikit kelakar dan kepelikkan. AM telah memilih warna Quick Sand 1153 dari Jotun seperti gambar di bawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Tetapi selepas AM membeli pada bulan Julai 2016, AM tak pernah nak buka selagi tak guna. Apabila sahabat AM membuka untuk melakukan kerja mengecat inilah menjadi masalah dan kepelikkan.

Warna yang terhasil adalah seperti dibawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Amat jauh sekali berbeza warna yang AM beli dengan hasil daripada pihak kedai hasilkan. Psersoalan adakah salah AM atau salah kedai yang membasuh cat AM beli??

Ini pula hasil apabila sahabat AM mula melakukan kerja mengecat dinding luar Rumah Idaman AM. Memang jauh sangat berbeza kan?

Kelam kabut juga dibuatnya dengan warna yang berbeza nie. Kod dan warna pada label adalah betul tetapi warna yang berbeza.

Akhirnya AM dan sahabat mengambil keputusan untuk membawa kesemua cat untuk ditanya di kedai yang AM membeli cat.

Alhamdulillah..

Pihak kedai megaku salah dan ditukar dengan cat yang baru dan warna yang betul.

Permasalahan ini timbul akibat kecuaian pekerja baru yang tersalah base atau warna asas yang disediakan pihak Jotun kepada kedai.

Rupanya base ada warna asas ini mempunyai beberapa warna asas seperti putih, hitam, kuning dan beberapa warna lagi. Apanila tersalah base akan menjadikan warna yang dibasuh menjadi lain.

Bagi AM sedikit membuang masa untuk datang dan tukar cat ini pula. Pihak kedai juga memohon maaf di atas kesilapan ini. Lega sikit dah tak jadi nak marah-marah.

Setelah cat di tukar dan sahabat AM melakukan kerja-kerja mengecat dinding luar Rumah Idaman AM. Dan hasilnya adalah seperti dibawah.

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah

Rumah Idaman : Cat Bawah Luar Rumah


Alhamdulillah..

Dah nampak seperti Rumah Idaman AM semakin nak siap dan dah boleh nak diduduki tak lama lagi. Masih tertinggal beberapa bahagian yang perlu disiapkan lagi untuk kerja mengecat ini.


Begitu juga dengan bahagian dalam yang perlu  dibasuh dan dicuci. Tunggu perkongsian AM yang seterusnya.